Bab 10

Short Story Completed 3964

Nureen Mardihah memandang jam dipergelangan tangan lantas mata melilau memandang kearah luar jalan yang kosong tanpa kenderaan.


Nureen memandang kembali kearah Naura yang rancak bermain lantas langkah di atur ke dapur meninggalkan Naura keseorang di ruang tamu.


Hatinya semakin tidak enak apabila teringatkan kelakuan suaminya yang berlainan hampir sebulan malahan ingin berbual lama denganya juga semakin kurang.


Nureen mencuba berfikiran positif walhal segala yang dilihatnya sudah jelas namun dia tidak mahu semuanya akan merosakan rumah tangga mereka berdua.


Setiap detik dan masa telefon bimbitnya pasti akan berbunyi membuatkan Nureen semakin menjauh hati serta layanan pada Naura juga semakin kurang oleh suaminya.


"Reen, Umi tengok resah sahaja kenapa?"Soal Puan Salsabila sambil meletakkan pinggan berisi sambal di atas meja.


"Akak risaukan Abang?"Soal Shasha lalu meletakan cawan berisi air di atas meja sambil mata memandang kearah akak iparnya yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi.


"Akak rasa Abang ada masalah."Duga Nureen yang masih keliru dengan keadaan yang berubah namun sempat dia memesan pada hati supaya berfikiran positif.


"Sha tak rasa macam tu."


"Sha.."Sebut Puan Salsabila dia takut anaknya akan menceritakan perkara sebenar dia takut seandainya pergaduhan dahulu bakal tercetus kembali.


Nureen hanya tersenyum hambar memandang kearah Ibu mentua dan adik iparnya tanpa menyoal lebih lanjut walhal dia sudah mengetahui semuanya namun hatinya masih tidak mampu menerima kebenaran.


Nureen kerap kali terserempak Khair Marteen bersama Atilia Aisha namun apabila ditanya pasti Khair beralasan dengannya atau mengelak daripada berbual dengannya.



"KHAI awak selalu keluar dengan saya Reen tahu tak?"Soal Atilia menginginkan kepastian dia takut yang dia akan disalahkan kelak disebabkan menjadi penganggu keluarga mereka.


"Tolong bercakap pasal perkara lain."Dalih Khair Marteen lalu mengusap lembut rambutnya.


"Tolong jangan berdalih Khai.Saya tidak mahu Reen salah sangka dan rumahtangga awak rengang."Ujar Atilia Aisha yang semakin bimbang.

"Sakit yang saya rasa sekarang tidak akan sama dengan sakit yang dia akan rasa nanti."Kata-kata Khair Marteen membuatkan Atilia semakin keliru.


"Khai, awak bercakap pasal apa?Buang niat awak untuk sakitkan Reen saya tak suka!"Jerkah Atilia Aisha amarahnya mula menguasai keadaan dengan sikap Khair yang mula berubah.


"Dia tidak pernah cintakan saya."Ujar Khair Marteen tanpa berdalih lagi.


"Siapa cakap?"


"Someone."


"Awak jangan jadi bodoh Khai!"Jerkah Atilia Aisha lantas melepaskan keluhan berat sambil mata merenung kearah Khair Marteen yang masih bertegas dalam keputusannya.


"Kalau semua betul macam mana?"Soal Khair Marteen ragu-ragu dengan rumahtangga sendiri.


"Apa guna awak bernikah dengan Reen bertahun-tahun tapi sedikit pun rasa percaya awak pada dia tiada?Sama sahaja jika awak memilih untuk mula-mula mengenali dia Khai!


Awak tak pernah terfikir yang semuanya hanya kata-kata kosong?Kalau Reen tak cintakan awak dia tidak akan menerima awak kembali dan dia tidak akan melahirkan zuriat awak Khai!


Jangan berfikiran singkat sebegini hanya ingin menutup segala kebenaran di hati awak! Saya tidak suka Reen persalahkan saya dengan kelakuan awak saya tidak akan menjadi yang ketiga dan tidak layak menjadikan yang ketiga."Jelas Atilia Aisha kesal dengan perubahan kelakuan Khair Marteen yang mudah mendengar kata-kata orang lain dari mempertahankan rumahtangga sendiri.


"Tapi saya sudah mula sayangkan awak."Luah Khair Marteen membuatkan Atilia Aisha tetap bertegas menolak segala kata-kata Khair Marteen.


"Khai sedarlah!"


"Awak jangan heret saya dalam masalah awak!"Jerit Atilia Aisha semakin berang dengan sikap Khair Marteen yang tidak memikirkan hati dan perasaan Nureen.


"Buang rasa sayang awak pulihkan kembali keadaan."Pinta Atilia Aisha lantas mengeluh berat.


"Married me."Khair Marteen mencapai tangan Atilia Aisha pantas ditepis.


"No! saya tidak akan bahagia di atas derita orang lain termasuk kawan baik saya sendiri."


"Pleasee..."


"Buang niat awak Khai hanya untuk menyakiti hati Reen.Saya tidak akan menerima awak dan kehadiran saya disini tidak ingin memutuskan persahabatan kita dahulu."Ujar Atilia Aisha lalu mencapai tas tangan pantas melangkah pergi meninggalkan Khair Marteen yang segera meraup wajahnya berkali-kali.


Melalui masa takdir akan diciptakan memilih untuk sesiapa bakal bersama dan bakal dipisahkan segalanya atas tangan yang berkuasa namun jika perhubungan mampu dibaiki ia akan pulih sediakala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience