Bab 3

Short Story Completed 3964

SETAHUN KEMUDIAN

Bagaikan angin bayu yang berlalu membawa berita duka atau gembira namun semuanya tidak akan sama seandainya makin banyak derita dari bahagian yang dikecapi.


Pendirian yang sukar di tafsir sama ada ingin terus mencintai insan yang sekarang atau masa lalu atau memilih untuk tidak menerima sesiapa sekiranya takut hati semakin kecewa dengan keputusan yang tidak pasti.


Kini Nureen memulakan kembali kehidupannya sebagai suri rumah tangga setelah Nureen memilih untuk berhenti kerja setelah suaminya menyambung legasi keluarga dalam menguruskan syarikat.


Membesarkan Naura bukan perkara yang mudah ditambah Nureen terpaksa membahagikan masa dalam menguruskan rumah tangga dengan memilih tidak akan mengabaikan suaminya setelah memiliki cahaya mata.


Nureen Mardihah melangkah keluar dari perut kereta sesekali matanya memandang kearah sekeliling kawasan parkir yang dipenuhi dengan kereta mewah.

Langkah diatur kearah pintu masuk pusat membeli belah sambil tangan lincah meletakkan kunci kereta kedalam tas tangah pantas mata melirik kearah jam yang masih awal memandang suaminya belum sampai.


Hari ini Nureen dan Khair ingin makan tengahari bersama memandangkan Naura ditinggalkan dengan ibu mentuanya serta segala kelengkapan telah di berikan kepada Puan Salsabila.

"Nureen.."Sapa Zaf Husaini pantas langkah Nureen terhenti sambil mata memandang kearah Zaf Husaini sambil mengerutkan dahi.


Setelah sekian lama lelaki ini mendiamkan diri tanpa khabar berita kini lelaki ini hadir dengan pelbagai persoalan bermain di minda.Nureen keliru dengan hubungan antara mereka berdua walaupun masih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Datin Sherry dan Hajah Zulaika sedikit sebanyak perasaan ragu bermain di fikiran Nureen.


"Boleh kita bincang?"Soal Zaf Husaini pantas Nureen mengangguk laju lalu berjalan ke arah cafe berhampiran.


Setelah memesan minuman Nureen memandang kembali wajah lelaki yang masih menjadi tanda tanya.

"Kenapa pandang saya macam tu?"Soal Zaf Husaini pantas Nureen mengalihkan pandangan.


"Abang pergi mana?Sampai Reen bersalin baru abang nak muncul?"Soal Nureen lalu meletakkan tas tangan diatas ribaan.Zaf Husaini melepaskan sebuah keluhan dihati.


Matanya masih memandang kearah Nureen yang mengaku bahawa mereka masih adik-beradik walhal mereka tiada pertalian darah sekalipun.


"Awak percaya kalau kita berdua adik-beradik?"Zaf Husaini berani mengoalkan perkara berkenaan pantas Nureen mengerutkan dahi.


"Abang merepek apa?"Soalan dibalas dengan soalan.Zaf Husaini menyisirkan rambutnya.


"Saya tak pernah merepek dengan awak Nureen."Ujar Zaf Husaini tegas.Nureen semakin hairan dengan kelakuan lelaki dihadapannya kini.


"Habis? "


"Saya bukan abang kembar awak Nureen."Tegas Zaf Husaini pantas Nureen mengalihkan pandang kearah sekeliling kawasan cafe.


"Jangan rumitkan keadaan Abang.Reen tak nak abang tegakkan lagi perkara yang sudah terang kita adik beradik."Pinta Nureen dadanya turun naik menahan rasa sebak di hati walhal hatinya kian mengolak memikirkan seandainya mereka benar bukan adik-beradik.


"Saya tak pernah pertahankan perkara yang salah kalau kita memang bukan adik beradik."Jelas Zaf Husaini lagi pantas mereka berdua bingkas berdiri sambil mata bertentang mata.


"Reen tak nak layan abang kalau abang tetap macam ini."Langkah diatur ingin beredar meninggalkan lelaki yang selalu mendesaknya dari dahulu sampailah sekarang.


"Reen, Mama sendiri mengaku yang Mama menipu selama ini sebab takut kehilangan awak Reen."Langkah Nureen terhenti dia tersedar akan sesuatu bahawa benar mereka bukan adik beradik yang sah.


Kenapa Datin Sherry tega menipu mereka sekeluarga dengan menjelaskan Zaf Husaini adalah abang kepadanya walhal semuanya hanyalah helah Datin Sherry sendiri.Nureen semakin buntu dengan kenyataan ini.


"Jadi Reen kena buat apa kalau kita bukan adik-beradik?"Soal Nureen tanpa berpaling memandang kearah Zaf Husaini yang sudah menghampiri Nureen.


"I'm still love you."Bisik Zaf Husaini pantas air mata Nureen mengalir laju.


"Four years ago you never love me Zaf Husaini."Nureen berpaling sambil mengesat air mata yang mengalir.


"Jangan ungkit perka.."


"Awak yang tidak perlu ungkit Zaf!Saya isteri Khai dia suami saya awak kena terima hakikat ini yang kita tiada jodoh walaupun kita bukan adik-beradik sekali pun."Ujar Nureen bergetar suaranya menahan rasa kecewa dihati.


Segala harapan untuknya mendapat kembali kasih sayang seorang abang kembar hancur begitu sahaja tanpa sedetik penjelasan dihati.


"Buktikan pada saya kalau hati awak tu benar-benar mencintai Khai Marteen."Desak Zaf Husaini sambil memegang kedua-dua belah lengan Nureen.


Tujuannya hanya satu menginginkan wanita ini kembali bagi menebus segala kesilapan dalam perhubungan mereka walaupun terpaksa merampas dari insan lain.


"Buktikan apa kalau seluruh jiwa dan raga saya hanya untuk suami saya."Nureen menepis pegangan lantas memandang sekeliling takut suaminya melihat situasi sebegini akan menambahkan curiganya.


"Dia pernah tolak cin.."


"Sekurangnya dia tak pernah sakitkan hati saya dengan menolak cinta saya cara baik."Bidas Nureen sambil bertentang mata dengan Zaf Husaini.Laju air matanya mengalir lembut benar hatinya ingin tersentuh apabila kenangan lama diungkit kembali.


"Benci betul awak dekat saya."Zaf Husaini pasrah.


"Tiada istilah benci dalam hidup Reen cuma Reen minta sekali sahaja Zaf hormat Reen sebagai isteri orang."Nureen melangkah pergi meninggalkan Zaf Husaini yang melepaskan keluhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience