Kaulah Segalanya - Bab 2

Romance Series 26496

“Assalamualaikum..” sapanya membuatkan Maisara sedikit terperanjat. Alif di atas ribanya di angkat, dan dia turut bangun. Alif kejap memegang tangan kanannya. Firdaus memandang. Maisara menjawab salam perlahan. Perasaan malunya datang tiba-tiba. Apatah lagi dihadapannya ini adalah dua orang lelaki sedang memandangnya. Amir menghulur senyum. Cantik juga gadis kampung ini. Seingatnya, sejak sampai semalam, semua gadis yang ditemui di pantai ini cantik-cantik. Hmm.. dia patut melupakan gadis bandar, kerana nampaknya gadis kampung lebih memikat hati.

“Maaf, ini anak awak?” soal Maisara perlahan. Matanya merenung Firdaus. Perlahan Firdaus mengangguk.

“Saya rasa jari dia luka. Mungkin sebab tadi dia pegang kulit siput yang kat sana tu, tajam sikit.” Terang Maisara membuat Firdaus terkejut. Lantas dia mengambil jari anaknya dan meniliknya. Betul. Ada segaris luka kecil. Dia pandang Alif. Tidak rasa sakitkan anaknya ini?

“Saya boleh mintak adik saya belikan plaster untuk balut luka tu. Walaupun sikit, mungkin sakit juga kalau dibiarkan terdedah.” Maisara mempelawa namun Firdaus menggeleng. Tidak mahu menyusahkan sesiapa, kerana dalam begnya di chalet juga ada tersimpan kotak first aid kecil sebagai persediaan ketika kecemasan.

“Tak apa.. saya dah ada, terima kasih.” Jawabnya perlahan. Maisara mengangguk dan mahu berlalu. Namun sempat pula dia mencubit lembut pipi montel Alif walaupun si kecil itu berada dalam dukungan Firdaus. Firdaus terpana. Begitu bersahaja lagaknya berhadapan dengan anak kecil. Tentu gadis ini menyenangi kanak-kanak. Fikirnya. Matanya terus menyoroti langkah Maisara yang memimpin tangan adik lelakinya. Amir menyiku lengannya.

“Tiba-tiba jantung terasa tidak mampu berdegup ke??” usik Amir. Firdaus yang tersedar tersenyum. Mana mungkin.. Dia hanya gadis biasa, tidak punya apa-apa yang menarik hati lelakinya. Hati lelaki yang pernah dan masih ditakluk oleh cinta Nur Aina.

“Mengata aku.. bukan kau ke yang rasa macam tu?” tukas Firdaus. Amir tergelak sakan. Memang dia berkenan. Namun tidaklah sampai jatuh hati. Gadis itu tidaklah cantik mana, namun ada manisnya terutama bila tersenyum. Wajahnya yang hitam manis menyerlah bila tersenyum kerana senyuman itu menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

“Haa… kan betul, kau yang…” Firdaus mengusik. Amir ketawa.

“Berkenan aje..bukan jatuh hati.” Amir membela diri. Firdaus menggeleng. Perhatiannya kembali kepada jari anaknya yang luka. Mereka terus pulang ke chalet selepas itu. Hari pun sudah hampir senja dan agak tidak sesuai jika masih berada di pantai bersama anak kecil di waktu begini. Lagipun, luka tangan Alif perlu disapu ubat.

******

Maisara termenung di jendela malam itu. Masih terbayang wajah comel kanak-kanak itu. Hatinya teruja melihat wajah comel itu. Namun hatinya sempat berdegup kencang sebentar tadi tatkala bertentang mata dengan bapa kepada anak kecil yang comel itu.. Hehehehe.. ‘sejak bila pulak aku jadi perempuan gatal ni?’ getus hatinya.

“Apa yang dimenungkan lagi tu Sara. Datang tolong mak kejap.” Tegur emaknya tatkala melihat Maisara begitu asyik mengelamun.

“Baik, mak.” Jawab Maisara perlahan. Dia tahu emaknya mendapat tempahan nasi lemak dan nasi kerabu yang agak banyak esok pagi. Dia tidak pernah berat tulang membantu, malah kadang-kadang emaknya pula yang melarangnya dan menyuruhnya berehat. Namun sebagai anak, Maisara tidak sampai hati membiarkan emaknya bertungkus-lumus melakukannya seorang diri.

“Mak, tadi Sara jumpa budak kecik.. comel sangat-sangat mak. Geram.” Cerita Maisara kepada emaknya semasa membantu emaknya menmbersihkan kacang panjang dan kobis untuk dijadikan ulam nasi kerabu. Emaknya Mak Sidah hanya tersenyum. Hmm.. Anaknya itu kalau pasal budak kecik, comel aje..

“Hah, jadi cepatlah kahwin. Dapat anak sendiri.” Mak Sidah mengusik. Maisara mengeluh. Kahwin? Umur baru nak masuk 21 tahun, kahwin?

“Mak ni, orang tengah nak belajar, dia cakap pasal kahwin. Lambat lagi lah mak, study pun ada 2 tahun lagi.. hehe” jawabnya lembut bersulam nakal. Mak Sidah senyum. Memang cukup kenal anaknya ini. Payah nak cerita pasal lelaki. Mak Sidah mencuri pandang anaknya yang tekun menghiris ulam. Dia tahu, mungkin anaknya tidak suka berbicara tentang lelaki kerana mungkin anaknya itu beranggapan bahawa dirinya tidak cantik. Warna kulitnya agak gelap berbanding adik beradik yang lain. Hidungnya tidak mancung, cuma dia punya sepasang lesung pipit yang menghiasi wajahnya tatkala tersenyum. Mak Sidah tersenyum. Dia tahu hati anaknya itu.

“Mak, nanti bila orang dah nak balik kampus nanti, mak buatkan nasi lemak tau. Nanti kat sana, susah nak jumpa nasi lemak yang sedap.” Maisara berceloteh lagi. Mak Sidah hanya mengangguk. Anaknya ini memang menjadi penawar hatinya kala sepi dan duka.

“Esok Sara temankan adik hantarkan nasi lemak ni kat warung Pak Mail dan restoran kat chalet tu ye.” Pinta emaknya. Maisara lantas mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience