Rahsia - Bab 8

Romance Series 26496

“Keadaan Melly dah parah. Kita cuma boleh menunggu je,” ujar Dr. Nadiah perlahan.

“Apa? Menunggu? Itu je pilihan yang kita ada? Doktor tak boleh cari cara lain ke, doktor?” Fifi menyoal. Dr. Nadiah hanya mampu menggeleng.

“Melly adalah pesakit yang paling kuat yang pernah saya kenal. Berbulan-bulan dia tanggung sakit ni,” Dr. Nadiah pun turut mengalirkan air mata. Keadaan Melly yang berselirat dengan wayar dipandang. Dia dalam keadaan koma.

Qiqi, aku rindu sangat-sangat dekat Farid.

Melly, kau zikir banyak-banyak dan baca al-Fatihah. Sambil tu, kau berdoalah kepada Allah semoga Dia sampaikan salam rindu kau kepada Farid.

Perbualan mereka dua hari yang lalu bermain-main di minda Qiqi. “Farid,” Qiqi menggumam nama tersebut.

“Tisya, kau ada number Farid tak?” tanya Qiqi kalut.

“Number? Tak ada. FB adalah,” jawab Tisya.

“Qiqi, kau jangan buat kerja gila boleh, tak? Kan ke Melly pernah cakap kalau kita bocorkan rahsia dia, our friendship will goes to its ending?” Caca mengingatkannya.

“Tapi dia pernah cakap yang dia rindukan Farid. Mungkin dengan bawa Farid ke sini dia takkan terseksa macam ni,” Qiqi mengemukakan pendapatnya. Seketika, mereka berfikir sebelum mengambil keputusan yang muktamad.

“Okey, contact dia,” Abang Ikram memberi pendapatnya. Dia tahu apa erti menanggung rindu kerana itulah posisi dia sekarang. Dia terpaksa menahan rindu terhadap isterinya yang kini menyambung pelajaran ke peringkat phD di New York. Itu tak apa lagi. Ni, adiknya? Menanggung rindu terhadap suami orang.

Tisya membuat video call melalui fac. Malangnya, Melly dah nazak. Handphone masih lagi berada dalam genggaman.

“Hello?” suara Farid berbunyi di talian.

“Melly, sabar, Melly. Hold on,” Fifi cemas. Farid terkejut. Apasal kecoh sangat?

“Hello. Sesiapa ada tak dekat situ? What happen?” Farid menjadi kalut. Tidak mahu berlama-lama, Jojo bercakap.

“Farid, Melly sakit. Dia tenat dah sekarang ni. Kau baliklah,” Jojo bercakap sambil menangis tapi bait-bait aksaranya masih lagi sempat ditangkap oleh Farid.

“Sakit? Sakit apa?” tapi tiada sesiapa pun yang mampu menjawab. Mata Melly terbuka dan dia cuba membuang alat bantuan pernafasan.

“Melly, jangan, Melly,” Caca menghalang perbuatan Melly. Doktor Nadiah datang bersama-sama dengan jururawatnya. Caca sempat lagi nampak kepala Melly menggeleng.

“Tolong. Keluar dulu. Please,” pinta Dr. Nadiah. Mereka semua cepat-cepat keluar untuk memudahkan Dr. Nadiah merawat Mellisa.

“Dia sakit apa weh?” tanya Farid. Mereka sempat melihat dia dah mula mengemaskan baju-bajunya.

“Tak ada apa-apa. Kau relax je dengan bini kau kat sana,” Caca mencelah.

“Ish! Susahlah korang ni. Hospital mana?” tanya Farid.

“HKL,” jerit Qiqi untuk mengatasi suara Caca yang berbuat bising.

“HKL. Got it,” ujar Farid. Talian dimatikan.

“Ca, apa kau buat ni? Kenapa kau halang?” tanya Yaya.

“Ya, kau tak nampak ke kepala Melly bergeleng tadi? Dia tak nak kita bagitahu Farid, ujar Qiqi geram.

“Guys, she didn’t make it,” Dr. Nadiah menggelengkan kepala. Abang Ikram menumbuk dinding manakala yang lainnya terduduk. Ada yang terduduk di kerusi dan ada yang terduduk di lantai sambil menangisi pemergian Mellisa binti Azizi.

*****

“Farid, sebelum dia pergi, dia minta aku bagi ni,” Tisya menghulurkan sampul surat yang dikirimkan melaluinya semasa mereka di pantai tempoh hari. Mellisa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Jawa. Farid membukanya dengan hati yang pahit.

Ke hadapan Farid sahabatku,

Farid, mesti kau dah bahagiakan sekarang? Aku doakan kau bahagia dengan Sheila. Farid, tujuan aku bagi surat ni sebab aku nak bagitahu dekat kau, yang aku pernah anggap dan pernah berharap kita akan jadi lebih daripada kawan. Tapi, dalam masa yang sama aku sedar aku tak mampu nak bahagiakan kau, bahagiakan aku dan bahagiakan semua orang sebab aku sakit.

Kau ingat lagi tak aku pernah bagitahu kau yang aku nak pergi snorkeling? Masa tulah aku baru tahu yang aku ada leukemia tahap dua. Masa tu aku sedar aku takkan capai impian aku. Kalau tak aku bercadang aku nak berhenti je belajar sebab hakikatnya aku takkan dapat kerja pun. Aku semakin parah. Tapi, bila teringatkan kau, aku bersemangat untuk habiskan pembelajaran tahun ni. Tapia pa yang au dapat adalah kesakitan. Kau dah bertunang dank au jauhkan diri kau dari aku.

Farid, aku dah tak ada sebab untuk teruskan hidup aku. Aku pernah jadikan kau sandaran untuk aku teruskan hidup tapi sekarang kau dah berpunya. Maafkan aku sebab khianati persahabatan kita. I’m sorry but I love you more than friend and I’m because I always miss you. Sekarang kau dah fahamkan kenapa aku tolak cinta kau dulu? Sebab aku sakit dan tak mungkin kita akan habiskan masa kita bersama-sama untuk jangka masa yang panjang.

Sebelum aku akhirkan warkah ini, izinkan aku simpan sapu tangan yang pernah kau bagi walaupun tak mungkin aku akan bawa sapu tangan tu sampai mati. Kau jagalah Sheila baik-baik, ya?

Salam persahabatan,

Melly

Farid menutup surat itu bersama linangan air mata. Silap dia kerana mengahwini Sheila. Tiada sekelumit pun cintanya terhadap Sheila tapi dia tetap memaksa dirinya untuk mengahwini Sheila. Disebabkan perkahwinan tanpa rela ini jugalah telahpun menjarakkan jurang antara dia dan Mellisa.

Sheila tahu soal ini tapi dia berjanji yang dia tak akan memaksa Farid untuk menerimanya. Sheila sekarang jugalah yang menjadi isterinya. Sheila yang nampak suaminya sedang menangis itu perlahan-lahan mengurut belakang suaminya. Dia juga sedar dia telah merampas kasih Mellisa terhadap Farid dan sebaliknya.

Maafkan aku, Mellisa. Aksara itu hanya mampu terlafaz dalam hati Sheila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience