Rahsia - Bab 3

Romance Series 26498

What? Additional Science? Tak pernah aku dengar pun subjek tu. Gila ke apa? Well, dah seminggu aku di sini dan ini adalah hari pertama aku masuk kelas. 4 Sains4. Sungguhku tak sangka! Dah ada Bio, Kimia, Fizik, ada lagi Add Science? Oh My God, aku tak pernah google pun subjek tu! Macam mana ni?

*****

“Melly, macam mana periksa kau? Mesti top 3 lagi ni,” Fifi bersuara di hujung talian.

“Guys, result terburuk yang pernah aku dapat. You know what? D for Add Science!” bisaku dengar semburan air di hujung talian. Kemudian, disusuli pula dengan sedakan. Aku tahu dan aku sedia maklum keempat-empat kawan aku ada di hujung talian.

“Add Science? Bukan kau memang ambil aliran Sains ke?” tanya Caca pula.

“Sampai hati kau, Melly. Dah dekat enam bulan kau kat sana tapi tak cakap pun yang kau belajar Add Science,” cebik Yaya.

“Ya, bukannya aku tak nak bagitau korang tapi benda alah tu betul-betul menyeksa aku so, aku tak naklah cakap pasal the most horrible subject tu,” aku berterus-terang.

“Ish, kau ni, Ya! Tak payahlah nak merajuk-rajuk bagai. Melly bukannya ada banyak masa nak cakap dengan kita. Aku debik kang,” ugut Fifi. Amboi, kasarnya kau, Fi!

“Yalah.. Yalah. So, kau nak buat apa sekarang?” tanya Yaya. Okey, kekasaran Fifi membawa ‘kebaikan’.

“Aku tak tahulah. Budak-budak sekelas aku pun dah pandang aku semacam je. Apa yang aku tahu dari budak yang rapat dengan aku, akulah penyebab kelas kami jadi number dua,” aduku.

“Aik, budak-budak sekolah tu kekal sampai form five ke duduk sekelas?” tanya Fifi pula.

“Tak adalah. Majoriti dari kelas yang sama tahun lepas. Budak-budak kelas lain paling rendah C. Aku yang paling teruk. Urgh!! Tension gila.”

“Kau tak nak pergi tanya budak yang score ke?” tanya Caca yang lebih kepada saranan.

“Budak yang paling score Add Science pun budak lelaki. Tak nak kut,” tolakku.

“Eleh. Budak lelaki je pun. Eh, kau nak tahu tak? Batch kita tahun ni dah pecahkan tradisi turun-temurun tau,” Caca bermukadimah.

“Oh, no! Don’t tell me Nabil yang mula dulu,” kataku. Baruku teringat rancangannya enam bulan yang lalu. Ingatkan dia tak serius.

“As what you’ve said six months ago.. Nabil started it first,” Fifi ketawa riang.

“Amboi, sukalah tu,” usikku.

“Eh, kau nak tahu tak lepas je ‘pengisytiharan’ pecah tradisi tu. Fifi terus rapat dengan Naim. Tak sangka betulkan kawan kita ni gatal, kan?” Caca berseloroh.

“Alah, Ca! Apa yang nak dihairankan sangat? Fifi ni memang selau tweet dengan si Naim tu. Kau tak payahlah nak buat teruk macam tu,” Yaya pula mengusik Fifi. Aku tahu mesti Fifi sekarang ni dah merah padam dah.

“Alah. Korang ni. Normallah, kan? Kita, kan baru 16 tahun so, perasaan suka-menyuka ni perkara biasalah,” Fifi mengayat cover.

“Whatver-lah, Fi. Jangan sampai kau hanyut sudahlah tapi sebaik-baiknya kau elaklah daripada couple. Aku baru tahu yang couple ni haram termasuklah couple Islamic sekalipun,” nasihatku. Memang betul. Aku baru tahu yang walaupun ‘pasangan’ kita selalu menasihati kita bab-bab agama, tapi Allah sudahpun melarang kita mendekati zina dan Abu Hurairah pun ada meriwayatkan perkara itu. So, untuk aku yang tak berapa banyak pahala ni, baik aku jauhi dosa selagi termampu. Kalau dosa yang aku buat di luar kesedaran tu, aku cuma harapkan Allah mengampunkanku melalui doa-doaku. Amin wa wallahualam.

“Okey, ustazah,” Fifi menjawab menandakan dia dengar nasihatku.

“Melly, ada spotcheck,”Farhana menampar bahagian belakangku. Dia pun pelajar baru yang bawa phone dan kami agak sangat rapat. Dia jaga rahsia aku, aku jaga rahsia dia. Hehehehe.. Rahsia bawa phone ke asrama.

“Guys, aku letak dulu. Ada spotcheck. Nanti aku call korang balik. Assalamualaikum,” selepas mendengar mereka menjawab salam, aku membuang SIM Card lalu ku sembunyikan di dalam lipatan bajuku.

Ha, semua baju harianku, aku jahitkan semula supaya aku boleh letak SIM Card aku. Aset terpenting dalam handphone. Handphone-ku pulaku selitkan dalam lipatan kertas yang aku temple di sebalik dinding luar tingkap. Handphone Farhana pun aku letakkan juga dalam lipatan tu sebab dia tak berani bab-bab menyelit ni. Takut jatuh. Sejurus selepas itu, kami berdiri di tepi katil masing-masing. Fuh, tindakan tak sampai seminit itu benar-benar mendebarkan jantungku! Sepanjang enam bulan aku di sini, tak pernah lagi ada spotcheck. Ni first time.

Usai sahaja spotcheck, aku bagi isyarat tunggu dalam sepuluh minit paling kurang pun untuk memastikan yang keadaan benar-benar dah selamat. Tapi, aku tak sedap hatilah.

“Farhana, nak tak kalau kita ambil tengah malam nanti? Aku takutlah.. Rasa tak sedap hati,” aku menerangkan sebab munasabab aku berbuat seperti itu.

“Aku ikut je. Weh, baru aku teringat! Charger kau letak kat mana? Aku tak nampak pun kau letak kat belakang tadi,” tanya Farhana.

“Hehehe.. Charger aku tertinggal kat bilik basuhan. Citra pinjam tadi, so, aku tak tahulah nasib charger tu. Charger kau pula?” tanyaku prihatin. Citra ada darah campuran Indonesia.

“Aku memang selalu selit dalam poket seluar. Kecut gila aku tadi kau tahu tak sebab aku baru teringat pasal charger tu masa diorang buang laci kita. Nasib baiklah Kak Fina malas nak buat sangat. Dia pun halal-balal jelah. So, for this time aku terselamat,” ujar Farhana lalu mengurut dadanya.

“Nasib kau,” balasku semula tanda aku mendengar cerita ‘sepah’nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience