Rahsia - Bab 5

Romance Series 26498

“Farid, thanks for the Add Science,” ujarku seraya tersenyum puas. Farid pun senyum sekali. Berbalas senyuman pula dengan aku. Ni kalau Ratu Gosip nampak, habislah kitorang dipadankan sekali.

“Kau dapat berapa?” tanya Farid prihatin.

“A solid. Tapi, kalau aku usaha sikit je lagi, aku rasa boleh kut kau berbangga dengan aku.. hahaha.. aku mula perasan,” ujarku. Farid pun ikut ketawa denganku. Aku rasa bukan sebab aku cakap yang dia boleh bangga dengan aku tapi dia gelak sebab aku cakap ‘aku mula perasan’. Macam-macam ayat dah aku pernah cakap sepanjang aku belajar dengan dia dan bila dia gelak, dia akan cakap..

“Peliklah kau ni,” kan? Aku tak sempat cakap lagi dia dah cakap dah. Ayat tulah yang dia akan sebut. Sebatlah. Aku tak kisah pun.

*****

Fulamak! Setelah dua tahun aku berhempas pulas, akhirnya aku berjaya! Tapi, result-nya aku tak tahu lagi. Yang pasti aku dah habis belajar (di tahap sekolah menengah) dan dah habis SPM. Seronoknya Tuhan sahaja yang tahu!

“Melly,” panggil Farid. Aku menoleh ke arahnya.

“Apa?” tanyaku. Oh, ya! Aku dan Farid dah jadi kawan baik. Pernah satu time ni aku jauhkan diri dari dia sebab ada orang gosip pasal aku dengan dia. Aku ni jenis yang malas nak ambil pusing dan cerita panjang, so, aku ambil keputusan jauhkan diri dari dia. Satu lagi yang memanaskan hati aku, dia tak tahu langsung pasal gosip tu. Lepas tu, aku tak tahulah pula dia ni jenis yang tak suka berteka-teki. Ada satu hari ni, dia mesej kat aku so, aku ceritalah. Dia cakap yang aku tak payah ambil pusing. Diorang sengaja nak usik aku je tu. Demi kebaikan result aku, aku ikut je nasihat dia dan hari ini, Alhamdulillah aku boleh jawab Add Science dengan jayanya. Cis! Perasan betul aku. ‘Dengan jayanya’. Result aku tak tahu lagi.

“Macam mana tadi? Okey tak?” tanya Farid. Aku dah agak dah.

“Alhamdulillah. Bolehlah. Kau mesti okey, kan?” aku berbasa-basi. Tak perlu ditanyalah pelajar cemerlang ni.

“Alhamdulillah tak ada yang stuck otak aku tadi. Eh, cuti ni kau buat apa-apa tak?” tanya Farid lagi.

“Maybe aku kerja kut. Lepas tu aku nak ambil lesen motor dengan kereta. Aku tak dapat lagilah lesen motor tahun lepas,” ceritaku.

“Kenapa kau tak dapat?” tanya Farid hairan. Kami berborak sambil berjalan menuju ke kawasan asrama.

“Sebab aku tak minta lagi. Hehehehe…”

“Tak guna kau. Eh, cuti nanti, jangan asyik baca novel tau. Nanti majikan kau fired kau time-time tu juga,” pesan Farid. Aku ingat lagi aku pernah baca novel depan Farid, dah novel tu novel cinta. Aku ni memang jenis yang tak percaya dengan novel cinta. Lepas tu, ada satu part tu, adakah patut daripada kawan baik jadi laki-bini? Memang mustahillah.

Aku cakap macam tu depan Farid. Lepas tu, dia cakap kalau benda tu jadi dekat aku, dia nak gelak tujuh hari tujuh malam sampai berguling dekat tujuh padang yang ada dekat bumi ni. Boleh percaya ke? Aku yang sebagai kawan rapat dia ni memang taklah nak percaya. Boleh ke manusia gelak tujuh hari tujuh malam dekat tujuh padang dalam bumi ni? Memang mustahil.

“Yalah. Weh, kau janganlah lupa text aku cuti ni,” aku saja ja cakap macam tu sebab aku tahu dia takkan contact aku kalau tak ada apa-apa yang penting.

“No problem,” ujarnya. Kami berpisah sebaik-baik sahaja sampai di depan padang yang memisahkan aspura dan aspuri. Cakap pasal padang ni, aku teringat satu hari tu. Aku memang selalu fly pun. Satu hari ni, aku fly sorang-sorang aku. Masa tu Farhana sakit perut tapi disebabkan petang tu kawan aku minta tolong beli nasi, aku pun beranikan diri jelah fly sorang-sorang.

Lepas tu, masa aku dekat pagar padang tu, Farid call aku. Aku pun jawablah. Dia tanya aku dekat mana. Aku cakap jelah aku dekat pagar padang. Betul-betul bertentangan dengan aspura siap aku nampak boys lagi tapi aku tak tahulah siapa orang tu. Sebabnya, jauh. Aku cuma nampak kelibat je. Farid bagi amaran dekat aku jangan masuk aspuri lagi tapi disebabkan aku degil aku masuklah juga. Asal aku masuk je, ada satu ‘benda’ ni datang tegur aku. Muka dia berdarah-darah. Disebabkan aku terlalu terkejut, pengsan aku dekat situ.

Aku tak tahulah lama ke sekejap ke tapi yang aku tahu Farisha datang bangunkan aku. Dia cakap Farid call dia dan cakap dia nampak aku tumbang dekat padang. Cepat-cepat aku dengan Farisha masuk dorm dan bedak makanan dekat orang yang order. And again, thanks to Farid sebab hantar penyelamat dekat aku. Dekat tiga hari jugalah asal dia nampak aku je dia gelak. Kurang asam betul!

*****

Akhirnya, setelah tiga bulan menanti, result pun keluar. Alhamdulillah.. aku dan majoritinya dapat straight As. Hampir dua puluh orang dapat straight A plus dan aku serta Farid tergolong dalam kumpulan tu. Yes! Ni confirm. Balik kampung nanti, aku mesti akan jadi tumpuan mengalahkan selebriti tersohor kat dunia. Wow! Exciting!

“Farid, congrats!” ucapku.

“Kau pun,” Farid tersenyum. Kemudian, kami mendapatkan beberapa rakan yang lain dan saling mengucapkan tahniah. Lepas tu, kami ada ‘shooting’ sikit.

*****

Tunggu punya tunggu, akhirnya aku dapat juga universiti tempatan. Bukannya tak dapat universiti luar negara tapi aku sendiri yang tolak. Rasanya tak payah kut. Aku lebih selesa belajar di negara sendiri sebab aku tak yakin aku boleh bawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Farid? Aku confirm dia dapat luar negara. Aku ada dengar juga kawan-kawan aku yang lain dapat universiti luar negara. Boleh kira ramai jugalah. Oh, ya! Fifi, Qiqi, Tisya, Yaya dan Caca pun dapat universiti terkemuka juga tapi tak sama dengan aku. Tapi tak pa. Aku dan diorang ni macam selalu akan sentiasa berhubung.

Tisya confirm akan berpindah ke Jepun sebab dia ikut suami. Ha! Aku pun tak tahulah apa anginnya dia nak kahwin awal dan aku pun tak faham apa yang dia cakap dekat mak dia sampai mak dia bersetuju untuk memberikannya keizinan kahwin awal. Aku tolak jauh-jauh kemungkinan yang buruk. Aku belum buta lagilah nak menilai kawan baik aku ni. And, the most good thing is suami dia dah berkerjaya. Haahlah, kan? Kalau nak fikirkan balik, tualah suami dia. Beza tujuh tahun. Jauh gila, kan? Tapi, apa nak dikata? Dah jodoh.

Dan Tisya akan belajar kejuruteraan di universiti di Jepun. Itu adalah janjinya kepada ibunya sebab yang aku dengar kalau dia nak kahwin juga, dia mesti sambung belajar. Tak boleh berhenti terus. Mak dia berfikiran jauh. Macam-macam yang mak dia cakap dan semestinya dia bersetuju. Tisya sukakan pelajaran dan suaminya pun tak menghalang sebaliknya menyokong. Aku cuma mendoakan dia akan bahagia dengan pilihan hatinya. Amin.

Telefonku bordering. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, aku terus tekan skrin colour hijau untuk menerima panggilan.

“Melly,” sapa pemanggil. Mellisa kenal sangat dengan suara tu!

“Assalamualaikum,” Mellisa memerli si pemanggil. Padan muka.

“Hehehe.. Waalaikummussalam,” Farid tertawa kecil di hujung talian.

“Ada apa kau call aku ni? Tak de angin, tak de rebut, tup tup handphone aku nyanyi lagu Pakai Buang. Ada apa?” soalku.

“Amboi, kau ni! Kena ada hal dulu ke baru aku boleh call kau?” tanya Farid.

“Tak adalah. Selalunya kau ni susah nak call aku. Mesej pun asyik aku yang mula dulu. Satu lagi! Aku tengok kau online tapi tak pernah nak chat dengan aku. Tetiba je hari ni kau call aku. Mestilah aku pelik. Well, kaukan pelajar terbaik Malaysia,” selorohku.

“Kau terasa ke?” usik Farid. Dari nada suaranya aku tahu dia tengah senyum. Angin apalah dia hari ni?

“Tak de maknanya aku nak terasa. Ish! Debik kang!” ugutku. Memang betul pun. Kalau dia tak ada pun, aku boleh je cari Fifi and the gang. Tak susah mana pun.

“Berlagak kau,” cebik Farid. Mengada-ngada betullah dia ni. Ish, karang tak pasal-pasal juga aku pergi Ipoh aku debik betul-betul budak ni.

“Cakaplah apa yang kau nak cakap. Hai, makin lama aku cakap dengan kau makin aku rasa nak pergi Ipoh tampar kau sampai lekat empat jari tiga tahun. Baru kau tau,” ugutanku semakin galak dilemparkan kepadanya.

“Hehehe.. ada bran ke kau? Datanglah kalau berani,” ugut Farid pula. Tension betul.

“Mohd. Farid bin Abdul Rahman!” aku menyebut nama penuhnya. Siap dengan bin sekali. Memang dia tahu kalau aku dah nak ‘meletup’, memang aku akan sebut nama penuh. Ada seorang mamat ni masa aku form four, cabar aku lagi. Memang lepas aku sebut nama penuh dia, aku tenyeh kepala dia dekat dinding. Tak pasal-pasal aku kena gantung sekolah seminggu. Budak tu pula? Lepas aku datang balik je sekolah, dah tak berani dah dia nak kacau aku.

“Okey, okey. Aku nak tanya kau. Kau dapat U mana?”

“USM. Kau? Mesti kau dapat University Oxford, kan?” tanyaku semula. Berani kerat kukulah kalau aku silap.

“Haah. Kau tak dapat Oxford ke?” tanyanya lagi.

“Dapat tapi malaslah aku nak pergi. Aku nak belajar dekat Malaysia dan nak melancong ke luar negara. Barulah best. Ini, asal pergi luar negara je mesti kena bawa amanah negara. Malaslah aku,” terangku kepadanya. Memang itulah rancangan aku sejak aku masuk tingkatan lima ni.

“Alah.. Macam tu pula? Eh, kau masuk asasi ke diploma?” tanya Farid lagi.

“Asasi je. Aku malaslah nak belajar lama-lama ni. Aku rancang lepas habis je ijazah, aku nak melancong ke luar negara. Fuh, perancangan yang rapi, gitu. Perasan lagi aku ni,” Farid tertawa kecil di hujung talian.

“Kau ni tak pernah pernah nak berubah, ye?”

“Aku kalau boleh tak nak berubah sebab inilah identiti aku. Farid, lepas kau balik Malaysia nanti, kalau kau tak cam muka aku, kau cam je ayat aku. Insya-Allah aku takkan ubah ‘tagline’ aku ni,” sempat lagi aku berpesan.

“Banyak songehlah kau ni. Sepak kang,” ujarku.

“Berani kau angkat kaki kat aku? Ni husband-to-be kau ni,” seloroh Farid.

“Farid, kalau kau tak nak aku update simptom awal kehamilan, baik kau jangan mengayat macam ni. Kang tak pasal-pasal aku share simptom tu kat fb kau, tak pasal-pasal abang kau jadi beruk sebab terkejut sangat,” ugutku semula. Farid dah berubah.. Hukhukhuk.. Dua tahun yang lepas, dia tak pernah cakap macam ni pun. Di manakah Farid yang dulu?

p/s Aku dah mula nak buat gedik.

“Eh, jangan. Abang aku tengok naya aku. Sampai hati kau. As my best friend, tak patut kau buat aku macam ni, tau,” Farid bernada sedih. Hailamak… Pelakon teater sekolah dah mula nak buat drama.

“Farid, kau ni memang nak aku share simptom awal kehamilan, ke?” tanyaku seakan-akan mengugut.

“Buatlah kalau kau berani. By the way, bila kau daftar?” tanyanya lagi.

“Dekat tiga minggu lagilah. Eh, nasib baik aku sempat tau sebab esok je dah tarikh tutup jawapan terima ke tak tawaran. Memang Allah Maha Kuasalah,” ujarku lagi.

“Kenapa? Kau terlupa nak check ke?” tanya Farid.

“Haah. Nasib baiklah aku baru terdengar orang gila depan kampung aku cakap pasal U. Terus aku teringat,” ceritaku lagi. Dah memang betul. Anak saudara Kak Bedah jadi gila sebab tekanan belajar, ditambah pula kehilangan mak ayah masa peperiksaan terakhir di universitinya dulu. Aku tumpang simpati wa Innalillahiwainnailaihirajiun..

“Kau patut berterima kasih dekat orang tu,” ujar Farid. Mesti dia nak cakap yang aku layar buruk, kan?

“Eh, aku cakap betullah pasal orang gila tu,” Tetiba je jam berbunyi menandakan dah masuk pukul tujuh.

“Weh, dah pukul tujuh dah ni. Aku letak dulu, tau? Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam, honey,” balas Farid. Apa kena dengan budak ni? Kau tunggu kau. Aku buat betul-betul karang, menyesal kau. Kau tunggulah.

******

“Farid?” aku betul-betul terkejut nampak Farid di sini. Tak mungkin Farid ada di sini. Mustahil.

“Apa Farid Farid? Sebab kaulah aku kena persoal tiga minggu lepas, tau? Macam duduk penjara. Dahlah aku tak ada saudara perempuan. Takkah pelik mak aku bila baca fb aku yang abang aku dah print? Nasib baiklah mak tercinta aku tu tak ada sakit jantung. Kalau tak, aku rasa dah kena heart attack dah kawan tu,” aku tahu Farid hanyalah bergurau. Tak marah aku sangat pun.

“Padanlah dengan muka kau. Siapa suruh gatal-gatal panggil aku honey sangat? Kan, aku dah bubuh status tu dekat timeline kau,” balasku. Masih lagi aku teringat! Lepas je perbualan kami, yang dia panggil aku ‘honey’ tu, esok tu aku google tanda-tanda awal kehamilan, lepas tu aku paste dekat fb dia. Baru tahu rasa dia!

“Aku ingatkan kau main-main,” balas Farid. Wahai Farid sahabatku, ingatlah, ketahuilah kamu yang Mellisa ni bukan jenis yang main-main. Hahaha.. p/s ketawa ahli sihir.

“So, kau buat apa dekat sini? Persediaan ke?” tanyaku. Sesungguhnya, aku masih lagi buta dengan kawasan baru ni.

“Tak, aku belajar dekat sini,” Farid meluahkan aksara sambil berjalan menuju ke peti air bikarbonat. Masukkan duit dan tekan air apa yang kau nak. Pandailah dia bergolek nanti.

“What? Kau belajar dekat sini?” betul-betul ‘terkezut’ aku saat itu.

“Kenapa? Kau tak boleh nak terima ke?” tanya Farid selepas meneguk air F&N perisa anggur itu.

“Tak, aku peliklah. Kau cakap kau akan belajar dekat Oxford tapi macam mana kau tercampak dekat sini ni?” soalku semula.

“Saja nak kelentong kau hari tu,” balas Farid lalu tertawa geli hati.

“Kau ni.. Orang taulah. Saja tanya,” balasku. Dan dari situlah aku dapat tahu yang aku akan sekelas dengan dia. Kami mempunyai cita-cita yang sama iaitu nak jadi ahli kimia! Atau mungkin tidak sebab bukan seorang dua je yang dapat course yang sama. Ramai lagi.

*****

Seperti yang dijangka, aku dan Farid sekelas tahun lepas dan tahun ini kami akan sambung ijazah cuma aku pelik sikitlah dengan detakan jantung aku bila aku nampak Farid dan Suhaila rapat semacam. Well, mungkin tu cuma perasaan biasa-biasa je, kan? Aku cuma takut aku akan kehilangan Farid. Sebagai KAWAN! TAK LEBIH DARIPADA TU. Betul tak, hati?

“Farid, aku tengok kau dengan Suhaila rapat semacam je. Ada apa-apa ke?” tanyaku petang itu. Waktu itu, kami sedang menyiapkan assignment di kafe.

“Suhaila? Oh,Sheila! Aku memang rapat dengan dia dari dulu pun. Parents kitorang kawan baik,” ujar Farid sambil menaip di laptop-nya.

“Oh, kiranya korang ni kawan baik sejak kecillah?” tanyaku lagi.

“Haah. Tapi, sejak masuk sekolah menengah, kitorang terpisah kejap. Lepas tu jumpa dengan dia bali tahun ni. Macam manalah aku tak perasan dia tahun lepas? Haiya,” Farid menggeleng-gelengkan kepalanya lalu menampar dahinya kuat, tanda dia menyesali kekesalannya. Suka buat teruklah kawan aku ni.

“Kau tu memang rabun,” selorohku. Farid hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak sempat nakk buat babak ketuk kepala Mellisa dengan fail tebal sebab diorang cuma ada tempoh sehari je lagi untuk siapkan assignment tersebut. Inilah akibatnya kalau tahu nak menangguh je kerja tu.

“Abang, siap tak lagi kerja yang Prof. Azmi bagi dua minggu lepas?” tanya Suhaila yang familiar dengan nama Sheila itu dari belakang. Tak ada angin, tak ada rebut, tup tup dia dah sampai. ‘Terkezut’ aku.

“Nak siapkan dahlah ni,” ujar Farid. Matanya masih lagi tak lekang dari laptop-nya. Nasib kaulah. Sheila. Farid ni memang bukan jenis nak layan orang kalau dia sendiri sibuk.

“And, siap!” Farid menyimpan hasil kerjanya. Kemudian, baru dia print.

“Weh, tak aci kau. Macam mana kau boleh siap awal daripada aku? Tak puas hati betullah,” leterku.

“Itulah kau, orang cepat-cepat siapkan kerja ni, boleh pula kau pergi makanlah, minumlah.. Lepas tu, boleh pula kau sembang-menyembang dengan aku. Tak buat kerja pula tu,” belumpun sempat aku membalas aksara Farid, Sheila mencelah.

“Hah! Kalau macam tu, abang tolonglah Sheila buat ni. Sheila tak fahamlah,” Sheila terus mengunjurkan failnya di hadapan Farid. Aku pelik betullah dengan perempuan ni. Apasal dia panggil Farid, abang, hah? Tak boleh ke dia panggil je Farid? Bukannya diorang ada pertalian darah pun. Parents kawan baik je.

“Mana?” tanya Farid dan bermulalah sesi penerangan Farid dan aku pula, sambung buat kerja yang terbiar sampai menyemak kepala aku buat semak assignment.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience