Rahsia - Bab 4

Romance Series 26498

“Weh, teruk gila kut aku kena marah dengan pengetua tadi,” aduku kepada Fifi and the gang.

“Kau kena marah? Wo.. For the first time aku dengar kau kena marah dengan pengetua. Dulu, nama kau selalu jadi kebanggaan pengetua. Sekarang, kau kena marah pula?” seloroh Fifi.

“Fifi, kejamlah kau ni. Melly, kenapa kau kena marah?” tanya Caca.

“Pasal Add Science tulah. Kan aku bagitahu korang yang aku dapat D. Tapi, D aku tu cukup-cukup makan je. Dah nak dekat E dah pun,” ceritaku serba sedikit.

“Alah. Bukannya fail lagi pun,” balas Yaya.

“Memanglah tak fail lagi dan lumrahlah kalau fail sebab kita ‘baru’ form four. Actually, monthly test hari tu pun aku dah kena warning sebab batch 0610 yang the strongest. Sebab tu kalau boleh pengetua nak tahun ni jadi yang terbaik. Boleh naikkan nama sekolah,” ceritaku tak seberapa panjang lebar.

“Asyik naikkan nama sekolah je. Ingat kita ni robot ke apa,” sela satu suara. Macam aku kenal je.

“Qiqi, kau ke tu?” tanyaku setelah penganalisaanku usai.

“Yes, Qiqi’s here,” riang je suaranya.

“Bila kau balik? Miss you,” aku pula yang nak melompat kat sini.

“Aku pun rindu kau juga. Aku baru je sampai rumah petang tadi sebab sekolah aku jado tuan rumah untuk cricket match. Cuti sampai dua minggu so, aku baliklah dulu,” terang Qiqi. Baguslah tu tapi Tisya je yang tak aku tak dengar suara dia lagi. Tisya tu susah sikit. Terlalu ikut peraturan. Aku dengan yang lain-lain pula selalu ikut kepala kita orang je. Sebab tu, kumpulan kami agak ditak-disukai oleh beberapa pelajar kat sekolah lama tapi ada kami kisah?

“Oh, I see,” aku bersuara pendek.

“Melly, kau pergilah jumpa dengan budak lelaki yang kau cakap tu. Tak salah, kan?” nasihat Qiqi.

“Ish, aku seganlah! Kaukan tahu aku tak biasa dengan ‘spesies’ tu. Tradisi kita aku terikut-ikutlah,” ujarku.

“Jangan macam tu, Mel. Kau tak boleh buat macam tu. Aku cakap by experience tau. Dekat sekolah aku lagi teruk. Aku masa tu kena naik pentas sebab dapat D subjek Bio. D yang nak dekat C kut. Tu pun kena jugak Aku bukan apa, Melly, tak nak kau kena benda yang sama. Manalah tahu pengetua sekolah kau buat macam tu juga ke?” Qiqi menyatakan rasa bimbangnya kepada kawannya.

“Fine, nanti aku try cari budak tu,” aku mengalah. Qiqi ni sangat mengambil berat pasal kawan-kawan dia. Aku tumpang simpati dekat dia. Dia suka teknikal tapi mak ayah dia paksa dia belajar Bio sebab diorang tu doktor. Nasib.. nasib.. Aku pula? Nasib baik mak ayah aku memahami. Diorang tak suruh aku belajar akaun sebaliknya menasihati aku supaya belajar bidang yang aku suka. Barulah ada peningkatan dan bila ada peningkatan, barulah result SPM elok. Kalau result SPM elok, bolehlah pergi belajar dekat universiti yang aku suka. Tak gitu, cikgu yang mengajar Sivik form three?

Dan malam itu, kami bersembang panjang. Mana taknya? Enam bulan aku dekat sini, enam bulan jugalah aku tak sempat nak jumpa diorang. Sebab, aku cuma boleh balik masa cuti panjang je. Kalau cuti tiga hari tu, sorry.. tapi aku memang tak boleh balik. Rumah aku jauhlah. Lepas tu, bila balik masa cuti panjang, ada jugalah kawan aku yang balik kampung. Apa nak dikatakan lagi? Kalau membelakangkan keluarga, takkah biadab namanya tu? Mak ayah susah-susah membesarkan dan menjaga korang, senang-senang je korang pilih kawan daripada parents. Lainlah kalau keluarga korang sendiri suruh korang berbuat maksiat, itu patut korang lawan sehabis baik. Kalau tak mampu, serahkan kepada pihak berwajib.

*****

“Err.. Farid,” panggilku. Doh, malu gila siot.

“Ya?” Farid mengangkat keningnya.

“Aku tak fahamlah Add Science ni.. Boleh tak kalau kau ajar aku?” aku bertanya sambil merenung ke arah buku teks. Malu gila kalau kena tengok muka dia. Aku bukannya apa. Memang tak biasalah dengan benda-benda macam ni. Mak.. nak balik!!!

“Kau tak faham yang mana?” tanya Farid.

“Aku tak faham apa yang kita belajar. Langsung,” aku berterus-terang. Tak payah berselindung sangat dan aku bertekad untuk tak sembunyikan kelemahan aku. HARUS!

“Okey, aku boleh ajarkan kau semua tapi waktu rehat nantilah sebab aku sibuk sekarang ni. Ada benda yang aku nak kena settle. Orang lain dah cup aku dulu,” seloroh Farid.

“Okey. Eh, Farid,” panggilku. Farid mengangkat mukanya.

“Ya?” Sekali lagi Farid mengangkat keningnya.

“Thanks,” ucapku. Dah orang berbudi, kita mestilah berbahasa, kan? Ya tak? Ya tak?

“No problem,” ujar Farid semula seraya keluar dari kelas. Setahuku, dia adalah pelajar yang boleh diharap dan sangat diharap. Orang lain selalu cup dia untuk mengajar. Haiya! Nasib baik dia ni bukan jenis yang berkira. Kalau berkira, aku guarantee duit dia berkepok-kepok dalam locker sebabnya dia boleh jadi ‘cikgu tuisyen’. Oh, tidak! Otak bisnes parents aku menjadi-jadi balik. Dan aku rasa sangat letih sekarang. Aku rasa aku patut tidur dulu sebelum cikgu masuk dan mulakan sesi pembelajaran.

Oh, ya! Aku ni bukannya jenis yang suka study pun. Kalau mood aku nak belajar, aku bukalah kitab. Kalau tak, tertutuplah buku reference sekali dengan buku teks dan mata aku pun tertutup sekali.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience