Rahsia - Bab 6

Romance Series 26496

“Melly, aku nak balik Malaysia esok,” sapa Tisya melalui Skype. Dah boyot dah setahu aku.

“Seriously? Eh, datanglah jumpa aku,” secara tak rasminya aku ajak Tisya datang ke rumah aku yang tak seberapa mewah ni. Aku yang pilih rumah sewa ni tau. Nak save budget!

“Boleh je. Kalau boleh, kau ajaklah kawan-kawan kita yang lain tu. Esok mesti cuti, kan?” sahut Tisya.

“Boleh tu bolehlah tapi Qiqi dengan Yaya mesti tak boleh datang. Diorang belajar dekat Europe sana tu. Yang lagi dua orang tu aku tak tahu. Nanti aku try cari diorang.”

“Tak pa, tak pa. Aku boleh cari diorang. Kau masak sedap-sedap tau,” pesan Tisya.

“Tak ada maknanya. Nanti tak pasal-pasal korang diarrhoea makan yang aku masak. Setakat kek tu, bolehlah,” selorohku.

“Hai, anak dara ni. Yalah tu. Tapi, kenapa muka kau macam kau ada masalah je ni?” tanya Tisya prihatin. Kepekaan Tisya memang sukar ditandingi.

“Tisya, macam mana kau tahu yang kau dah jatuh cinta?” tanyaku. Apa punya soalan ni, Melly? Dah gatal sangat ke kau ni?

“Cinta? Melly, ni kau ke?” tanya Tisya.

“Yup. This is me. Kenapa?” tanyaku. Tapi tak sampai sesaat, terus aku menyambung kata-kataku. “Ah, forget it.”

“No, no, no. Ni mesti something happen ni,” ujar Tisya.

“Taklah. Nothing happen. Mengarut jelah kau ni.”

“Hai, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang? Yang kau pula? Tiba-tiba je tanya pasal cinta. Mesti kau dah mula sukakan Farid, kan? Entah-entah orang lain,”sakat Tisya. Amboi, siap berperibahasa lagi dengan aku.

“Kau ni, tak adalah. Karut je.”

“Melly, bumi ni luas tau. Esok lusa tahulah aku apa kena dengan kau. Okeylah, aku ngantuk ni. Assalamualaikum,” setelah salamnya dijawab, Tisya mematikan talian Skype-nya. Tinggallah aku seorang dekat sini. Farid ni mentang-mentanglah dapat kawan baru, terus aku ditinggalkan. Peribahasa habis madu sepah dibuang boleh aku gunakan tak dalam konteks ayat ni?

*****

“Assalamualaikum, Mellisa.. a,” tu dia.. Gabungan empat suara. Tak ketuk pintu tapi bagi salam je.

“Woi, kejaplah,” aku menyarungkan tudung ke kepala lalu membuka pintu. Amboi, macam nak beraya je, Masing-masing bawa kuih raya. Ni mesti buat sendiri, kan? Tak ada maknanya kedai nak jual. Lagi empat bulan nak puasa. Maknanya, lagi lima bulanlah nak beraya.

“Amboi, bawa kuih raya nampak,” sapaku lalu menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

“Ah, biasalah. Tahun lepaskan kita tak sempat nak beraya sama-sama. So, kitorang pun tebuslah hari ni,” Fifi berkata seraya mengangkat kuih tart strawberi. Fuh, Fifi ni kalau buat tart strawberi, mengalahkan kedai kek. Sedap tu memang perghhlah. Mak aku pun pernah puji.

“Yalah tu. Letak kat atas meja tu,” jari telunjukku aku unjurkan ke meja yang terletak di sudut rumahku. Usai mereka meletakkan baling kuih raya mereka, kami mengangkat meja itu lalu meletakkan di ruang tengah ruang tamu. Kemudian, mereka membuka penutup balang kuih-kuih tersebut. Selepas itu, kami pun memulakan bicara.

“First time aku jumpa dengan Mikail, aku dah rasakan macam dialah jodoh aku. Masa seakan-akan berhenti. Melodi irama bermain-main masa tu. Telinga aku ni cuma boleh tangkap lagu tu aje,” ujar Tisya. Aduh, dia ingat lagi ke pasal soalan aku hari tu?!

“Tisya, kau ni nak buat drama kat sini ni kenapa?” tu dia.. Yaya mengangkat tangannya membentuk separa bulatan masa sebut perkataan drama. Matanya pun turut terjuling ke atas siling rumah aku yang sederhana ni. Oh, ya! Lupa nak cakap! Yaya balik Malaysia kejap. Dia tak apalah.. Anak orang kaya. Cawangan syarikat bapanya dah pun ada di serata dunia. Tapi, Yaya tak pernah kekok bila bergaul dengan orang yang kurang bernasib baik.

“Guys, nak tahu tak? Kawan kita ni dilamun cinta,” Tisya menampar bahuku. Ya Allah! Dah kahwin pun tapi tamparan dia tetap tak lembut. Kuat gila. Hurm.. tamparan wanita!

“Siapa? Melly ke? Dengan siapa?” tanya Caca kalut.

“Tak adalah. Tisya ni karut je. Eh, ibu mengandung memang macam ni, ek? Suka nak menyakat bujang macam aku ni?” aku memulangkan paku buah keras.

“Eh, tolong sikit eh! Kalau tak ada apa-apa, macam mana kau boleh tanya aku pasal cinta ni masa dekat Skype hari tu? Ni mesti ada apa-apa ni.. Kau fall in love dengan Farid, kan?” ejek Tisya. Haiya mom-to-be ni..

“Dia tanya pasal cinta dekat kau?” Fifi membeliakkan matanya. Matanya yang bundar tu tak nampak sangat pun macam terbeliak.

“Yalah. Nasib aku tak rakam je. Kalau aku rakam, confirm korang semua gelak sakan. Aku yang dengar korang gelak rasa-rasanya boleh terberanak dekat sini,” Tisya masih lagi galak mengusikku.

“Korang ni, tak ada benda lain ke nak cakap? Kang tak pasal-pasal ada juga yang sembur cat dekat rumah aku sebab bising sangat. Anak diorang nak tidur pun susah,” ujarku, berharap mereka akan berhenti bercakap pasal cinta.

“Okeylah.. As your requestion, kita cakap pasal lainlah. Malaslah nak cakap pasal benda ni,” Jojo bersuara. Nasib baiklah Siti Zulaikha binti Mad Zain ni tolong aku. Kalau tak, memang aku jadi bahanlah hari ni. Apa-apa pun, aku susah nak marah dekat diorang sebab kami memang dah rapat sejak form one lagi. Aku pun rasa mesti ada chemistry antara kami ni yang buatkan aku susah nak marahkan diorang.

TAHUN TERAKHIR, CUTI SEM TERAKHIR

“Melly, kau nak buat apa cuti ni?” tanya Farid. Cuti sem dah pun tiba tau..

“Aku? Aku nak pergi snorkeling. Kau?” tanyaku.

“Abang Farid, Sheila nak ajak Abang Farid pergi Bali. Kenapa Sheila call abang tapi abang tak angkat? Jenuh Sheila kena cari Abang Farid dekat sini,” Sheila menyampuk. Hai, Nur Suhaila binti I-Don’t-Know-Who ni.. Kacau line betullah. Yang Farid ni melayan dia kenapa entah? Gedik semacam je aku tengok.

“Nantilah abang fikirkan. Nak tanya mummy dengan daddy dulu,” jawa Farid.

“Aunty dengan uncle pun ikut sekali. Your siblings semua ikut. Jomlah,” ajak Sheila lagi.

“Ha, Melly. Cuti ni aku pergi Bali,” Farid memberitahuku. Sheila pula? Hurm.. dia melayangkan tangannya ke udara dan cakap ‘yes’ sambil terloncat-loncat. Macam apa je. Aku tengok macam dia berpura-pura nak tarik perhatian. CAPAT! (Cari publisiti tambahan)!

“Kau nak ikut tak? Daripada kau menyelam tak pasal-pasal sampai benua mana pula, jom ikut aku pergi Bali,” pelawa Farid. Aku tengok Sheila pun macam tarik muka 14 je. Tak naklah aku.

“Farid, kau ni macam tak kenal aku pula. Of course aku takkan ikut kau. Lagipun, aku dah lama nak pergi snorkel. Baru kali ni tertunai,” Farid sedia maklum aku ni bukannya jenis yang suka minta duit dari parents aku. Aku ni jenis yang suka berdikari.

“Okey kalau tu yang kau nak,” Farid mencebik.

“Terhegeh-hegeh betullah kau ni. Eh, nanti, kalau dah pergi Bali tu, jangan lupa beli hadiah kat aku. Aku tunggu,” ujarku lalu ketawa ceria. Ni bukannya aku menggedik tau tapi memang sejak azali aku macam ni.

“No problem. Kau pun, nanti kau cabut jelah batu karang tu. Bawa balik kat aku,” pesan Farid.

“Tengok dululah. Kalau aku rajin, aku ambil. Kalau tak, nanti kantoi,” balasku. Memang. Kalau idea aku tengah gila, memang aku akan ‘curi’ harta alam. Memang jahat, kan? Tapi, mak aku tak pernah tahu pun aku buat macam tu.

SEMASA CUTI SEM, SELEPAS MENYELAM..

“Baguslah cik dah sedar. Cik rasa sihat?” tanya seorang nurse yang sedang mengambil data semasa aku. Tak perlu banyak cerita. Tengok langsir pun aku dah tahu aku dekat hospital. Malas nak buat soalan sudahlah gaharu, cendana pula, dah tahu bertanya pula, aku pun tanyalah soalan yang aku tak tahu.

“Kenapa dengan saya ni, nurse? Kenapa saya masuk hospital?” Sesungguhnya, aku memang tak ingat apa dah jadi.

“Kawan cik hantar cik ke hospital tadi. Dia cakap dia jumpa cik dalam keadaan pengsan. Memang selalu ke cik pengsan?” tanya nurse itu ramah. Memang kerja dia ke? Entahlah. Aku pun tak tahu sebab aku jarang masuk hospital. Adik aku yalah.

“Erm, tak sangat pun. Seingat saya, nilah first time saya pengsan,” jawabku.

“Tak apalah. Kami akan ambil darah cik dan akan buat pemeriksaan. Untuk sementara tu, cik berehatlah dekat sini dulu,” Amboi, bagusnya diorang ni! Selalu aku tengok dalam drama, kalau orang tu dah sedar je, diorang boleh balik terus. Maybe pengarah dia cut kut part ni.

*****

“Cik Mellisa binti Azizi. Macam mana rasa? Okey?” tanya Dr. Siti.

“Biasa je, doktor. Kenapa?” tanyaku pelik. Memang ni ayat doktor ke? Ah, baik aku tak payah tanya. Nanti, aku sendiri jawab soalan ni.

“Cik, ada tak cik rasa tak larat ke, lebam dekat badan naik tanpa sebab ke? Ada tak?” tanya Dr. Siti macam nak kepastian je. Apahal ni?

“Adalah. Kadang-kadang saya demam sikit.. Lebam tanpa sebab tu? Saya rasa ada juga kut. Kenapa doktor? Saya ni ada apa-apa penyakit ke?” tanyaku lagi. Oh Miss Doctor, aku tak suka main teka-teki teka tekuk ni..

“Maafkan saya, cik. Kami sahkan cik dah menghidap leukemia tahap dua,” ujar Dr. Siti seraya menepuk lembut bahuku.

“What? Impossible! Tak mungkinlah saya sakit. No way,” aku tak boleh terima kenyataan tu.

“Cik, pihak kami dah pun check darah cik berkali-kali. Dan kami dapat keputusan yang sama.”

“Mustahillah. Saya tak ada apa-apa tanda pun sebelum ni. Demam sikit-sikit tu, standard-lah, kan? Lagipun, sebelum ni saya bersemangat je. Saya nak buat pemeriksaan sekali lagi,” pintaku.

“Cik, demam tu bagi cik mungkin biasa. Tapi, masa demam tu, ada tak cik rasa letih? Mungkin kalau cik rasa letih, cik akan cakap itu perkara biasa masa demam tapi boleh ke cik terangkan lebam tanpa sebab tu?” tanya doktor itu. Aku terdiam. “Cik mungkin menghidap leukemia limfoid kronik tapi kalau cik nak buat pemeriksaan sekali lagi tu boleh tapi cik mesti terima apa saja keputusan tu,” ujar doktor itu semula. Kalau hasilnya sama, aku nak pergi check dekat hospital yang dekat dengan area perumahan aku tu.

Setelah menunggu keputusan darahku, memang betul kata doktor tu. Ya Allah, aku tetap tak boleh terima. Dan aku akan buat test darah dekat tempat lain pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience