Kaulah Segalanya - Bab 4

Romance Series 26498

“Tak mengapalah. Bukan salah anak berdua. Sara pun dah cerita kejadiannya yang sebenar. Dia pun tak apa-apa tu.” Lembut bicara Pak Hasim melegakan hati Amir. Firdaus hanya mendiamkan diri. Dia asyik memerhati Maisara yang leka bermain dengan Alif. Leka Firdaus memerhati lagak gadis itu mengagah-agah Alif yang ketawa sejak tadi. Nampaknya Alif cepat mesra dengan gadis itu.

“Hmm.. macam tu lah anak mak cik tu kalau dah dapat jumpa budak kecik. Dia memang sukakan budak-budak. Mana-mana anak orang yang dia jumpa kat supermarket pun dia akan tegur. Anak-anak sedara dia yang kat Bangi tu pun semua manja dengan dia.” Mak Sidah yang datang dari dapur dengan menatang dulang berisi jag air berkata apabila melihat Firdaus yang leka memandang anaknya. Maisara yang berada tidak jauh dari mereka langsung tidak menyedari dirinya diperkatakan kerana dia lebih suka melayan Alif yang keletah. Dan tidak lama kemudian dia menghilang bersama Alif ke dapur.

“Tak apa lah. Alif tu pun, sebenarnya…dah tak ada mak..” Firdaus berkata perlahan. Mak Sidah dan Pak Hasim terdiam. Pandangan mereka jatuh pada Alif. Kesian.

“Tak apa lah, mungkin Allah ada perancangan yang lain untuk Fid dan anak..” ujar Pak Hasim. Dia sudah boleh memanggil Firdaus dengan nama Fid setelah didesak oleh Firdaus. Firdaus tidak sedap hati jika orang tua itu memanggilnya dengan panggilan encik.

“Minumlah. Ini saja yang ada kat rumah kami, Amir, Fid. Orang kampung, macam ni lah.” Kata Mak Sidah sambil menghidangkan teh o’ limau dengan pisang goreng. Firdaus dan Amir hanya tersenyum.

“Ni pun dah cukup, mak cik. Tak payah susah-susah..” sela Amir.

Mereka menikmati minum petang sambil berbual-bual dengan Pak Hasim. Sedikit sebanyak mereka tahu kehidupan yang dijalani oleh Pak Hasim sekeluarga. Pak Hasim hanya melakukan kerja-kerja kampung, Mak Sidah pula membuat jualan kecil-kecilan. Maisara, sekarang menuntut di IPTA dalam jurusan undang-undang. Adik lelakinya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di bandar, dan adik bongsunya yang baru berusia 9 tahun pun menunjukkan potensi yang baik dalam pelajaran. Dalam diam, Firdaus kagum. Kehidupan yang agak miskin namun dipenuhi kegembiraan dan kejayaan anak-anak. Sesekali, matanya mencuri pandang Maisara yang sedang menyuap Alif makan bubur yang di campur ikan bilis yang dikisar. Sempat pula Maisara membuat semua itu untuk Alif? Hmm.. memang gadis ini punya sifat keibuan yang begitu tinggi. Amir yang perasan Firdaus sedang memerhati Maisara dari tadi tersenyum. Sudah jatuh hati ke sedara???

Mereka beransur pulang ke chalet menjelang senja. Mak Sidah sempat berpesan agar mereka sudi singgah ke rumahnya sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

******

Firdaus mengelamun. Sejak tadi terbaring di atas katil di sebelah Alif yang lena. Amir yang baru lepas menghubungi seseorang di talian mendekatinya.

“Hei, sedara, termenung teringat siapa?” soal Amir mengusik. Firdaus senyap. Dia sebenarnya terbayangkan situasi di rumah Pak Hasim tadi. Terbayang layanan Maisara terhadap Alif. Terbayang sifat pemalu gadis itu yang langsung tidak membuka mulut ketika di rumahnya tadi. Hanya bermain-main dengan Alif, dan menyuapkan Alif makan. Langsung tidak menyertai perbulan mereka. Tingkahnya amat lembut, sopan..dan….menarik hati. Dia terkenang arwah Aina. Jika Aina ada, tentu sahaja layanan yang sama , malah lebih dari itu yang akan Aina lakukan terhadap Alif.

“Mungkin ALLAH merencanakan sesuatu yang lain yang lebih baik untuk Fid dan anak”. terngiang-ngiang kata-kata Pak Hasim yang berwajah tenang itu di telinganya. Kata-kata yang membuatkan dia bertambah ikhlas dan redha menerima segalanya.

“Hello.. Dr. Afid Firdaus. Apa yang sedang awak menungkan? Esok mahu pulang ke KL, malam ni mengelamun. Kenapa? Hatimu sudah terpaut pada kampung ini? Atau….pada gadis yang menghuni kampung ini?” soal Amir tidak puas hati melihat Firdaus tidak mengendahkannya. Firdaus yang tersedar, tersenyum. Terpaut pada gadis kampung ini? Siapa? Mana mungkin! Hatinya masih kuat mengingati Aina. Tapi, jika benar kasihnya hanya pada Aina, kenapa dari tadi dirasakan gadis bernama Maisara itu bagaikan menyeru-nyeru namanya? Kenapa gadis itu yang sedang dia bayangkan sekarang ini??

“Apa pandangan kau tentang Sara?” soal Firdaus tiba-tiba. Amir terkejut. Buang tabiat apa orang tua ni? Maisara pula yang menjadi topik perbualan? Dahulu kata tak berkenan..

“Gadis yang baik. Lemah lembut dan sopan, sesuai dengan karakternya sebagai anak kampung. Anak kampung yang educated. Aku tengok dia layan Alif, so caring. Kenapa? Kau berkenan? Dah jatuh hati?” soal Amir. Firdaus diam. Berkenankah dia? Jatuh hatikah dia? Mana mungkin. Mustahil hatinya akan jatuh cinta lagi setelah Aina. Tapi kenapa dari petang asyik terfikirkan Maisara?

“Entah. Mungkin setakat suka je kot, lagipun hati aku tersentuh tengok dia layan Alif. Itu aje.” Dia masih mahu menafikan. Dia sendiri tidak pasti. Amir mengangkat kening. Duda macam Firdaus yang setia pada cinta memang sukar untuk jatuh cinta lagi. Tapi jika sudah Allah tetapkan mereka akan jatuh cinta, tetap akan terjadi juga kan..? Amir bermonolog. Dia tersenyum. Melepaslah mahu pikat Maisara. Dia mahu memberikan laluan untuk Firdaus dahulu. Dia sudah tidak sanggup melihat kesepian Firdaus.

“Mungkin itu namanya bunga-bunga cinta..” usik Amir dan dia mengaduh menerima tumbukan lembut daripada Firdaus. Firdaus menggeleng. Tidak mungkin.

******

Mereka dijamu dengan masakan yang cukup menyelerakan daripada Mak Sidah tengah hari itu. Seperti yang dijanjikan, sebelum pulang mereka singgah dahulu ke rumah Mak Sidah dan Pak Hasim. Tidak sampai hati pula mahu menolak apabila meihat layanan baik kedua-dua orang tua itu terhadap mereka bertiga. Tomyam campur, ikan kerisi goreng berlada dan kerabu sotong amat menyelerakan. Firdaus dan Amir memang begitu berselera makan apatah lagi menerima layanan baik dari Pak Hasim. Hati Firdaus tersentuh. Sungguh, keluarga ini kurang berada dari segi material, namun amat kaya budi bahasa dan adat. Sesekali matanya mengerling Maisara yang sedang menyuap nasi lembik yang digaulkan dengan daging ayam bercampur sayur bayam yang dikisar. Memang menu yang sihat untuk kanak-kanak sekecil Alif. Firdaus memandang wajah Maisara dari sisi. Tenang. Namun, tiada siapa yang tahu debaran di hati kecil Maisara setiap kali matanya mencuri pandang Firdaus, apatah lagi tatkala itu kedudukan mereka bersebelahan!

“Kaki Sara dah baik?” soal Firdaus, sengaja ingin mencetuskan perbualan dengan Maisara yang hanya sesekali mencelah perbualan mereka di meja makan. Maisara mengangguk.

“Mana tak baik, doktor yang handsome dan baik hati yang ubatkan…” sela Amir dengan gelak ketawa. Semua yang ada turut ketawa melainkna Maisara yang terasa sedikit malu. Selesai makan, Firdaus meminta izin mahu menunaikan solat zuhur dahulu sebelum bertolak. Begitu juga Amir.

“Boleh tolong jagakan Alif sekejap? Abang dengan Abang Amir nak solat.” soal Firdaus kepada Maisara dan gadis itu mengangguk. Mengangguk dalam debaran. Abang..

*****

“Kami balik dulu la mak cik, pak cik. Tak sangka bercuti kali ini dapat tuah.. makan sedap.. hehe..” ujar Amir sambil menyalami Pak Hasim dan Mak Sidah. Pak Hasim mengangguk.

“Maaflah kalau layanan kami ada yang kurang. Maklumlah, orang kampung, tak sama dengan di bandar.” Pak Hasim memang suka merendah diri.

“Semuanya dah lebih dari cukup pak cik. Janganlah cakap begitu.” Firdaus pula mencelah sambil menyalami Pak Hasim. Kemudian dia mengambil Alif dari dukungan Maisara.

“Terima kasih…untuk semuanya.. Alif tentu tak akan lupakan makanan yang disuap oleh acik Sara, kan..?” ucap Firdaus sambil matanya memandang Maisara dan Alif bergilir-gilir. Maisara senyum. Pipi Alif yang berada di dukungan Firdaus dicium. Perasaannya yang menyayangi Alif membuat dia lupa semasa itu bahawa kedudukan dirinya dengan Firdaus begitu dekat. Firdaus terkesima. Seminit, wajah Maisara direnung.

“Ini, ada bubur untuk Alif. Yang lebih dia makan tadi, Sara sengaja buat lebih sikit untuk bekal Alif.” Mak Sidah yang datang dari dapur menghulur bekas plastik kecil berisi bubur. Firdaus kehilangan kata-kata.

“Terima kasih..” dia memandang Maisara lagi dan tersenyum. Maisara mengangguk. Firdaus meyalami Mak Sidah dan mereka bertiga masuk ke dalam perut Honda Accord berwarna silver itu.

******

Maisara bingung. Dia tidak boleh menerima Bakri hanya kerana simpati. Tidak pernah disangka Bakri sahabatnya itu menyimpan perasaan lain terhadapnya. Hatinya keliru. Dia baru sahaja memberi jawapan yang mengecewakan Bakri. Ada rasa simpati dan rasa bersalah terhadap sahabatnya itu, namun dia perlu lebih mengasihani dirinya terlebih dahulu. Dia berharap sangat Bakri dapat memahaminya dan mereka akan terus berkawan kerana lelaki itu cukup baik sebagai kawannya selama ini, cuma hatinya tidak terbuka untuk menukar status kawan itu kepada kekasih. Entah mengapa, janganlah ditanya kerana dia sendiri tidak tahu. Yang dia tahu, dia langsung tidak mempunyai sedikit pun rasa cinta kepada Bakri.

“Wei, apa yang kau menungkan? Takkan anak manja masih teringat kat kampung.. dah tiga minggu balik ke sini, takkan masih terbayang kampung lagi..? Exam dah nak dekat. Mengelamun je..” Nabila teman sebiliknya menyapanya sambil menghulurkan mug Nescafe kepadanya. Maisara kembali menghadap buku dihadapannya. Assignment masih ada yang perlu disiapkan.

“Bakri…” ucapnya perlahan namun sudah cukup membuat Nabila teruja.

“Kenapa?”

“Dia baru cakap yang dia suka aku lebih dari seorang kawan. Aku tak pernah anggap dia lebih dari itu. Aku dah beri jawapan. Aku tolak. Tapi kadang-kadang rasa kesian. Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri, aku langsung tak cinta dia. Istilah cinta, memang tak ada dalam kamus hidup aku.” Luah Maisara sebak. Nabila yang perasan keadaan Maisara mendekati. Dia faham perasaan bersalah dan keliru Maisara. Dia tahu sahabatnya itu punya satu sifat yang kadang kala boleh membahayakan diri sendiri. Mudah berasa simpati pada orang!

“Dalam hal ini, kau yang berhak menentukan Sara. Dengar pada kata hati kau, dan jangan rasa bersalah lagi jika itu yang hati kau katakan. Ok? Aku yakin Bakri bukan selemah itu untuk terlalu kecewa dan berdendam.” Pujuk Nabila. Maisara memandangnya.

“Tapi sampai bila kau tak nak buka hati untuk cinta Sara? Kau ni memang kalis cinta. Tak ada ke orang yang berjaya buka hati kau? Hairan aku. Siapa yang kau tunggu agaknya ye? Pada siapa agaknya kunci hati kau tu berada? Lelaki manakah yang bertuah yang sedang memegang kunci itu?” Nabila berkata-kata tanpa menyedari Maisara sudah tersenyum geli hati mendengar kata-katanya.

“Kau ni. Hmm, aku pun tak tau siapa lelaki itu..” sebaik sahaja dia menghabiskan kata-kata itu, telefonnya berdering. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Siapa?

“Assalamualaikum..” dia memberi salam dan kedengaran suara garau yang boleh tahan machonya menjawab salamnya. Siapa lelaki ini.?

“Maisara?” soal lelaki di talian. Suaranya boleh tahan!

“Ye.. Siapa ye yang bercakap?” Maisara kehairanan.

“Hmm, abang, Firdaus.. Masih ingat?” Maisara hampir pengsan mendengar nama itu. Hampir tidak percaya bagaimana lelaki itu boleh wujud sekarang?

“Oh.. En. Firdaus..”

“Perlu ke..?” soal lelaki di talian membuatkan Maisara kebingungan. Perlu apa?

“Tak faham..” jawab Maisara, masih kaku untuk berbicara.

“Panggil encik.. Kenapa tak panggil je nama penuh? Letak doktor sekali kat depan.” Gurau Firdaus membuatkan Maisara tiba-tiba ketawa. Hahaha.. Dia kekok sebenarnya mahu membahasakan dengan panggilan abang atau sekadar nama kepada lelaki itu.

“Just call my name.. or if you don’t mind, can call me abang. Choose antara dua, I don’t mind, janji bukan encik.” Kata Firdaus lagi membuat Maisara berfikir. Terasa terlalu tidak beradab memanggil orang yang lebih tua hanya dengan hanya panggilan nama. Mahu tidak mahu, dia terpaksa memilih antara satu. Abang.. Eeii..tak apa lah. Asalkan kedengaran lebih sopan dari sekadar nama.

“Mana dapat nombor Sara?” masih kekok mahu aplikasikan panggilan itu nampaknya. Firdaus ketawa kecil.

“Mak Sara yang bagi masa abang nak balik KL hari tu. Dia kata talian kat rumah selalu ada masalah, jadi dia bagi nombor Sara sekali.” jawab Firdaus. Maisara kerut dahi. Ingat pula emaknya itu dengan nombor telefonnya ye..

“Err.. abang, ada ape ye call Sara?” soal Sara. Abang? Malunya.. Nabila yang mencuri dengar tersenyum-senyum. Sape pulak abang ni? Maisara mana ada abang? Skandal ni!

“Saje, mahu bertanya khabar. Khabar Sara, dan family..” jawab Firdaus selamba. Maisara terasa dirinya terawang-awang.. Hehe..ingat lagi rupanya lelaki duda ini kepada mereka sekeluarga. Padahal tempoh masa perkenalan mereka hanya seketika.

“Semua sihat. Baru je call mak semalam.” Maisara menjawab polos.

“Sara?”

“Sara pun sihat doktor. Jangan bimbang.” Maisara bagai tidak percaya dia boleh bergurau begitu. Kedengaran ketawa kecil meletus di talian Firdaus. Maisara senyum. Teringat kakinya yang terseliuh.

“Ermm. Abang, Alif…sihat?” tanya Maisara. Firdaus senyum. Alif jugak yang dia tanya..

“Dia baik-baik aje. Makin montel saje. Sekarang suka sangat makan bubur resipi Sara. Mak Limah selalu buatkan, tiga hari seminggu. Anyway, tanya khabar Alif saje ke..?” soal Firdaus membuat Maisara senyum.

“Anyway, lain kali lah abang call. Abang pun tak nak ganggu Sara study. Bye. Take care ok.” Firdaus mengundur diri, dan Maisara hanya tersenyum tatkala memutuskan taliannya. Nabila hanya memandang.

“Itukah gerangannya yang sedang memegang kunci hatimu, Sara?” usik Nabila dan lantas bantal kecil milik Maisara melayang mengena tepat pada tubuhnya. Dia tergelak. Maisara kembali menghadap buku dan komputernya. Buat-buat tidak dengar pertanyaan Nabila lagi. Kepalanya sekarang hanya berkisar kepada si pemanggil tadi. Tidak ku sangka… bisik hatinya. Kenapa ye, ada rasa aneh dalam jiwanya saat ini? Kenapa dia rasa amat gembira menerima panggilan dari lelaki ini? Mungkin kerana lelaki ini membuatkannya teringat pada keletah si kecil Alif..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience