Rahsia - Bab 1

Romance Series 26496

“Melly, tak best-lah kau pindah sekolah nanti. Siapa yang nak tunjuk ajar kitorang? Dahlah cikgu-cikgu tahun ni suka condemn budak kelas kita tahun lepas. Kau tak payahlah pindah,” pujuk kawanku yang bernama Siti Zawiyah. Kitorang panggil dia Yaya je. Alah… biasalah.. standard kalau budak ex 3 Permata tahun lepas ada nama samaran. Lebih glamour gitu.

“Haah. Kau tak payahlah pindah, Melly. Tisya dah pergi, Qiqi pun. Lepas ni, mesti Nabil monopoli kedudukan dalam kelas nanti. Ish, tak boleh bayang aku,” Zulaikha memberi pendapatnya. Tisya, Qiqi dan aku sebenarnya pelajar yang selalu monopoli kedudukan top 3 dalam batch dan dalam kelas. Bukan nak berbanggalah tapi rezeki Allah juga, kan?

“Korang.. Janganlah buat aku macam ni. Niat hati memang aku nak stay je kat sini tapi aku kena jaga hati parents aku juga. Alah.. bukannya kita terpisah terus. Nanti, kalau korang free, call-lah aku. Aku bawa phone. Insya-Allah,” aku cuba memujuk mereka lagi. Masuk hari ni, dah macam-macam ayat dah diorang tabur dekat aku. Hai, bukannya aku berpindah ke alam barzakh pun.. Ish! Astaghfirullahalazim.. Alam barzakh jangan dibuat main, Mellisa.

Masing-masing masih lagi terdiam. “Kalau korang tak faham cikgu ajar apa, korang boleh je,kan pergi cari cikgu lain dalam bilik guru tu. Bukannya sorang dua je cikgu dekat sekolah ni. Banyak kut,” pujukku lagi. Hati ni dah jadi semakin berat untuk meninggalkan kawan-kawan kesayangan aku ni.

“Kitorang seganlah,” Fifi memberi alasan lagi.

“Kalau korang segan, sampai ke sudahlah korang takkan faham. Lagipun, pelajaran ni kita kena aplikasi setiap hari. Rugilah kalau korang tak faham. Sampai ke tualah korang takkan tahu apa yang korang tengah buat. Takkah rugi 2 tahun korang belajar?” aku masih lagi tak henti-henti brainwash kawan-kawan aku yang sememangnya manja dengan aku. Bukannya aku tak nak nasihati diorang pergi belajar je dengan Nabil, tapi tradisi batch aku memang kami tak discuss apa-apa dengan budak lelaki and vice-versa. Aku pun tak tahu kenapa. Alah.. Malas nak ambil pusing.

“Jojo, sudahlah.. kita memang tak boleh nak lawan dengan ex-debate ni. Memang confirm kita kalah,” Yaya membuat ayat pasrah.

“Ya, janganlah cakap macam tu. Kau ni..” aku tahu kalau aku tak pujuk si Yaya ni, memang alamatnya sampai ke sudahlah dia merajuk dengan aku. Kan aku dah kata, kawan aku ni semuanya agak manja. Tapi, bila ada sukan extreme tahap fear factor, dioranglah juaranya. Alahai kawan aku ni..

“Kita akan selalu contact each other, okay?” Caca tahu, tiada aksara yang mampu memujuk aku lagi saat ini. Memang aku perlu meletakkan keluarga aku di atas. Memang keturunan kami diajar mengutamakan keluarga sebab setahu aku keluarga aku ada darah keturunan Rom sebelah ayah. Sebelah mak pula ada darah Tunisia sikit. Tapi, bila dah banyak kali kahwin dengan orang Melayu ni, maka secara tak rasminya aku berketurunan Melayu. Cerita dah Rom dan Tunisia ni hanyalah dari bibir ke bibir keluargaku saja. Mulanya tu memanglah aku tak percaya sebab muka ini boleh dikatakan 98 percent macam orang Melayu tapi, bila tengok sepupu aku sebelah ayah dan mak, bolehlah aku akui cerita ‘turun-temurun’ ni dan aku harap tradisi ni tak akan berhenti sampai bila-bila.

“Korang pun jangan lupa selalu-selalulah contact aku. Nanti aku ke-boring-an pula,” ujarku.

“Eleh. Setakat nak call kau tu kami tak kisah. Ni, kau pula? Jangan lupa contact kitorang. Yalah.. biasanyakan kalau orang pindah sekolah budak pandai ni, dah tak layan dah kitorang kat sekolah harian ni,” seloroh Caca.

“Ca, kau jangan cakap macam tu boleh tak? Macam kau doakan aku lupa daratan pula,” kali ni, giliran aku pula nak merajuk. Apa? Ingat korang je yang pandai merajuk?

“Yalah.. yalah.. Ish, sensitiflah pula Melly ni,” cebik Yaya.

“Melly,” panggil satu suara. Kelima-lima kami menoleh ke belakang. Nabil rupanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience