Rahsia - Bab 7

Romance Series 26496

Ya Allah, jawapannya tetap sama! Menurut Dr. Rashdan, aku menghidap penyaki leukemia limfoid kronik. Aku mungkin tak rasa tanda-tanda awal sebab leukemia limfoid kronik memang macam tu. Apa yang perlu aku buat? Aku tak nak buat kemoterapi sebab kalau aku buat, perubahan pada diri aku mesti akan nampak ketara. Aku tak nak sesiapa pun tahu yang aku sakit.

Tadi, masa timbang jisim badan aku, memang jisim aku menurun. Mula tu memang nak banggalah tapi lepas aku balik je rumah, aku google pasal penyakit ni, penurunan berat badan walaupun diet aku sama tiap-tiap hari pun salah satu daripada simptom leukemia. Apa yang perlu aku buat?

Okey, relax, Melly. Kau mesti boleh lalui. Mataku terarah kepada ubat yang diberikan oleh doktor. Aku minta ubat penahan sakit dan beberapa ubat lagi yang disarankan. Tapi aku tahu, melalui percakapan Dr. Rashdan, aku tak boleh bergantung dekat ubat lagi. Pengambilan ubat ni just nak bagi penyebakan sel darah putih jadi lebih perlahan je. That’s mean aku masih lagi ada banyak masa. Insya-Allah.

Aku call Farid untuk tak memikirkan pasal ni. Keputusan darah aku koyak dan aku bakar. Padan muka kau, kertas! Disebabkan kaulah aku rasa sedih sekarang ni. Ish, ish, ish Melly! Apa kena dengan kau ni? Ni ujian Allah. Aku kena sabar!

Bunyi tut tut je? Apasal Farid tak jawab? Argh.. Serabut punya kawan! Tiba-tiba, telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku membukanya.

Sorry, aku tak boleh nak jawab sekarang. Aku sibuk. Ada apa kau call aku time ni?

Farid ni kalau mesej memang suka eja penuh. Keypad diakan macam keyboard.

Tak ada apalah. Saja ja nak kacau kau petang-petang ni. Kalau kau sibuk, tak pelah. Sorry kacau.

Aku pun dah macam dengan dia dah. Sejak aku guna handphone yang keypad dia macam keyboard ni, aku pun suka eja full. Tak pelah. Aku boleh call orang lain, bukannya dia sorang je kawan aku tapi kenapa aku rasa sebak semacam je ni? Oh, mungkinkah sebab penyakit aku? Argh!!! Tak de, tak de. Aku tak sakit. Aku sihat walafiat! Titik!

*****

Cuti sem pun berakhir. Badan aku pula dah macam-macam yang jadi. Ada je setiap malam bila aku bangun je, badan aku berpeluh padahal ada je aircond. Aku pasang suhu 17 degree Celcius kut.

“Farid, aku tak faham yang ni,” aku tunjukkan bukuku kepada Farid. Itu buku nota aku. Aku tulis besar-besar tajuk yang pensyarah ajar tadi sebab aku tak faham sepatah haram pun ayat dia. Farid yang kidal ni pun mulalah buka ‘tuisyen tak rasmi’ dia.

“Eh, kau dah tunang ek?” tanyaku yang ternampak cincin di jari manisnya.

“Ha, dah,” jawab Farid ringkas.

“Kejam punya kawan! Tak ajak aku pun!” aku menampar meja. Dah aku tak boleh tampar bahu dia, aku pun tampar jelah meja. Dia pun sedia faham dengan aku yang menjaga batas pergaulan ni. Hehehehe.. macam perasan je.

“Kau ni! Majlis kecil-kecilan je pun. Yang nak emo ni kenapa?” Farid mengerutkan dahinya. Kenapa nada dia macam marah je ni? Farid menutup bukunya lalu beredar dari situ. Aiseymen kawan aku ni! Yang dia ni nak emo kenapa? Biasalah, kan? Mataku julingkan ke atas lalu memasukkan barang-barangku ke dalam beg sandangku.

“Wei, Farid! Yang kau nak emo ni kenapa? Aku melawak je pun. Wei, tunggulah,” seraya itu, aku tersepak batu besar lalu terjatuh melutut. Doh, malu kut!

“Wei, Melly. Kau ni.. jalan pun tak reti,” Farid menghampiriku. Tanganku aku gabuskan kerana terlekat tanah. Haiya! Dekat bawah pokok ni jugalah kau nak jatuh, Melly. Haiya! Tangan berdarah da..

“Tengok, kan dah berdarah dah tangan kau. Nah,” Farid memberikan sapu tangannya. Aku menyambut huluran tersebut lalu melapkan tanganku. Pedih sikit tapi akukan tough! Mestilah boleh tahan.

“Engkaulah ni. Emo sangat. Penat tahu tak nak kejar kau.”

“Penat? Sejak bila kau jadi lembik sangat ni?” Farid tertawa kecil di hujung ayatnya. Jadi lembik? Tiba-tiba je aku rasa nak sesak nafas. Tak, aku tak lembik! Aku kuat!

“Banyaklah kau. Ni, kau tunang dengan siapa ni? Bila nak kahwin?” tanyaku.

“Kau ni.. Cakap pasal benda tu lagi. Yalah.. Aku tunang dengan Sheila. Habis je ijazah, aku kahwinlah dengan dia,” jawab Farid lalu mengerutkan dahi seraya mencebikkan bibir.

“Maksudnya, nilah tahun last kau membujang? Tahniah! Aku tumpang gembira untuk kau,” ucapku. Dalam hati ini ada satu perasaan iaitu perasaan sedih. Wah! Dah macam cerita Kongsi dah ayat aku ni.

“Tahniah? Tahniah?” Farid buat muka tak percaya.

“Kenapa? Tahniahlah sebab kau kahwin muda. Terhindarlah kau daripada maksiat,” aku menerangkan kepadanya. Kenapa pula dia cakap macam tu? Aku sebagai kawan mestilah kena tumpang gembira untuk dia. Betul tak, hati?

Farid mengambil tempat di akar pokok yang timbul. “Aku ni kau anggap siapa pada kau?” tanya Farid lemah.

“Kawanlah. Takkan abang aku pula?” jawabku selamba.

“Kawan? Just friend? Melly, selama ni aku anggap kau lebih dari tu,” Farid berterus terang.

“Farid, kita cuma boleh jadi kawan je. Dan aku cuma anggap kau sebagai kawan. Tak lebih dari tu,” aku bersuara lemah. Ya Allah, sabarkanlah hatiku.

“Kenapa kau tak boleh ambil aku lebih dari kawan? Kenapa, Melly?” tanya Farid. Apa aku nak jawab? Aku memang nak kau jadi lebih dari kawan tapi tak boleh sebab aku sakit? Tak, aku takkan bagitahu dekat sesiapa pun. Sebagai jalan penyelesaian, aku hanya mendiamkan diri sahaja.

“Kau ni memang tak ada hati,” Farid meninggalkan aku sendiri di situ. No, I cannot cry! Aku mesti kuat! Air mata, janganlah kau mengalir. Aku rayu. Tapi, kenapa bila aku lap je air mata yang mengalir ni, mesti ada air mata yang keluar lagi? Berhentilah..

*****

Mellisa menutup diarinya. Sejak dari peristiwa tu, Farid menjauhkan diri darinya. Tempat duduk dalam dewan kuliah pun dia ambil tempat lain. Sebelah Sheila! Makin terderalah perasaan aku masa tu. Farid, masa aku dah tak lama tapi macam ni kau buat dekat aku.

Seminggu selepas graduation day aku, aku terlantar dekat hospital. Aku pengsan dekat rumah dan masa tu, ada banyak small purple spot dekat badan aku. Abang aku bawa aku ke hospital sebab masa tu parents aku tak ada dekat rumah. Dan, rahsia yang aku simpan selama ni pun terkantoi! Aku minta jangan cerita dekat parents kami. Aku tak nak urusan diorang terganggu sebab aku. Mula tu, memang abang aku tak setujulah tapi lepas aku yakinkan dia yang aku okey, dia pun.. okeylah. Sebabnya, lagi tiga hari baliklah mak dan ayah tercinta aku tu. Tak lama pun, kan?

Kudratku semakin melemah tapi aku mesti kuat. Aku takkan mengalah dengan penyakit ni. Farid pula mesti sekarang dah buat persiapan untuk bernikah. Aku pun tak tahu. Lepas berminggu-minggu dia tak datang cakap dengan aku, aku block fb dan segala macam yang berkaitan dengannya. Number phone dia pun aku padam. Sakit hati aku dengan dia. Orang dah nak masuk kubur ni, boleh pula dia buat mogokan. Kali ni, aku takkan mengalah sebab dia yang mula dulu.

Tiba-tiba je air mata aku mengalir laju. Ya Allah, sebenarnya aku rindukan Farid dan kalau boleh sebelum aku pergi, aku nak tatap muka dia. Aku nak jumpa dia. Tasbih yang terletak di atas drawer yang disediakan oleh pihak hospital aku ambil lalu aku membasahkan bibir dengan istighfar. Ya Allah, sampaikanlah mesej kepada Farid yang aku rindukan dia.

“Jam di dinding berdenting, memberitahuku yang masa melawat sudahpun tiba. Aku mengambil tudung lalu menyarungkan ke kepala. Wad aku kelas pertama so, aku tak perlu bertudung 24 jam sebab takut ada pelawat lelaki atau doktor lelaki datang. Lagi satu, aku dah minta doktor perempuan yang rawat aku. So, kemungkinan bilik aku kena rempuh dengan doktor lelaki tu insya-Allah tak ada.

“Melly, apasal kau tak bagitau yang kau sakit,” mata Qiqi, Yaya, Jojo, Caca dan Fifi dahpun merah. Ni mesti sebab nangis ni.

“Aku sihatlah. Korang ni, suka melebih. Aku okey je. Cukup masa nanti aku keluarlah,” ujarku. Apasal aku terasa macam ayat aku lambat je ni?

“Muka kau pucat macam ni pun kau cakap kau sihat lagi? Kau ni, biar betul. Aku tak percayalah,” balas Caca. Jojo menahan air mata lalu keluar dari bilik aku. Apa kes dia ni?

DI LUAR BILIK MELLISA

“Jangan menangis sangat,” pujuk kakak Mellisa iaitu Marina.

“Kak Ina, kawan kami bertarung dengan nyawa tu tapi dia tak pernah nak tanggung dengan kami. Dahlah kami jumpa dia sekali sekala ja. Tup tup semalam Kak Ina call cakap Melly kena leukemia. This is not fair,” Sekali lagi air mata Jojo berhamburan.

“Jojo, dia tak nak cakap sebab dia mesti dah tahu korang semua akan jadi macam ni. Melly tu terlalu kuat. Kak Ina yakin dia mampu lawan dengan penyakit dia.

“Akak, last stage, akak. Last stage. Akak tak dengar ke apa yang doktor dah cakap tadi? Kemungkinan dia nak sembuh tu tipis. Nak operate pun doktor dah bagitahu dia tolak awal-awal dan kebarangkalian untuk dia ‘kalah’ masa operation tu ada,” Jojo mengelap air matanya sekali lagi.

“Jo, akak percaya dengan keajaiban Tuhan. Tak pe, nanti akak mintalah mak akak pujuk dia sampai dia setuju. Jojo jangan risau, ya?”

“Akak, akak nak lagi buat pembedahan tu? Akak, kalau dia tewas nanti macam mana? Kami tak sanggup nak terima.”

“Dia takkan tewas.” Kedua-dua pasang kemilau indah itu beralih kepada pemilik suara itu. “Aku yakin dia takkan tewas. Melly yang kita kenal sangat kuat. Dan aku yakin dia takkan tewas,” Caca mengulang ayatnya.

*****

“Tak naklah. Melly tak nak operation,” putusku. Aku menyandarkan badan yang terasa letih ini.

“Melly, kalau Melly tak buat pemindahan sum-sum tulang tu, macam mana Melly nak sembuh?” tanya ibuku lembut.

“Umi, Melly sihat je. Lagipun, pemindahan ke, kemo ke, sakitlah umi. Tak naklah,” tolakku lagi.

“Melly, lebih baik sakit sekejap daripada sakit terus. Melly operate, ya,” ibuku yang tak tahu erti mengalah ni masih lagi terus-terusan memujukku. Actually, I have a bad feeling about my operation. Aku pun tak faham kenapa.

Abang aku yang tak boleh diharap tu rupa-rupanya cerita sebiji, sebiji dekat parents aku. Diorang apa lagi? Ajak semua family aku buat pemeriksaan sumsum yang sesuai dengan aku. Dan, yang paling mengejutkan sumsum adik aku yang sesuai dengan aku. Lagilah aku tak nak buat. Gila apa nak seksa adik aku? Biar aku yang sakit sudahlah. Jangan adik aku!

Dan walau setegar mana pujukan mereka sekalipun, aku tetap tak mengalah. Aku takkan bua operation tu. NEVER!

“Melly,” panggil Tisya. Dia fly dari Jepun semata-mata nak tengok aku. Sayang kau, Tisya.

“Tisya, kalau kau still nak bahas dengan operation tu, sorry, I’m not interested!” ujarku.

“Taklah. Aku faham kalau kau tak nak buat pemindahan tu tapi Farid tahu tak yang kau ni sakit?” tanya Tisya prihatin.

“Buat apa pula aku nak bagitahu dia? Lantak dialah,” aku menjeling ke arah lain.

“Oh, kau bergaduh dengan dialah ni?” tanya Tisya.

“Dia yang mula dulu. Dahlah kahwin tak jemput aku. Entah-entah dah pergi berbulan madu dekat mana sana tu,” ujarku geram. Aku perlukan dia tapi dia tak ada. Air mataku sekali lagi bertakung. Aku segera mengelapnya sebelum ada orang lain yang perasan.

“Dekat Hawaii,” kata Tisya.

“Macam mana kau tahu?” Mellisa ternyata terkejut dengan perkhabaran itu.

“Aku friend dengan dia dekat fb. Okeylah. Kalau macam tu, biar aku bagitahu dia yang kau sakit. Mesti dia menyesal sebab layan best friend aku macam ni,” Tisya mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Janganlah,” rayuku.

“Kalau macam tu, apa kata kau buat pemindahan tu atau aku telefon dia, bagitahu yang kau sekarang ni terlantar,” ‘ugut’ Tisya.

“Tisya, kau tahu tak tulang yang sesuai dengan aku tu adik aku tau. Takkan aku nak biar dia sakit pula?” soalku. Persoalan mereka kenapa aku getir sangat nak buat pemindahan tu terjawab.

“Tak pe, Kak Melly. Ikhwan redha. Lagipun, nanti sakit sikit je. Lepas tu, Kak Melly bolehlah bersatu dengan kami dan keluarga kita akan lengkap semula,” ujar adikku, Ikhwan.

“Wan,” belumpun sempat aku menghabiskan kata-kata, organ di dalam badanku terasa sakit. Jantung aku pun rasa macam lemah je. Aku tercungap-cungap. Aku nampak Kak Ina panggil doktor dan lepas tu, suasana terus kelam.

SELEPAS PEMERIKSAAN

“Dia terlalu letih and let her rest for sometime. Saya sarankan jangan bagi dia banyak berfikir dan biarlah dia tenang dulu. Ubat penenang tu akan berkesan untuk jangka masa yang agak lama berbanding dengan sebelum ni dan saya harap lepas dia sedar nanti jangan bagi dia stress sangat, ya,” maklum Dr. Nadiah.

“Berbanding sebelum ni? Maksud doktor?” Ikram bertanya tak puas hati.

“Sebelum sebelum ni pun dia selalu keletihan dan kami terpaksa bagi dia ubat penenang. Ada satu masa ni, dia macam tak boleh nak terima kenyataan yang dia sakit dan waktu itulah dia akan meronta-ronta nak balik,” Dr. Nadiah cuba menyusun kalimah yang sesuai.

“Baiklah, terima kasih, doktor,” Pn. Haslinda mengucapkan terima kasih dan dibalas dengan ucapan sama-sama. Untuk seketika,mereka berfikir, wajarkah mereka memaksanya menjalani pembedahan atau membawanya pulang sahaja?

*****

“Tak ada seleralah, umi. Melly nak balik. Boring-lah,” pintaku. Aku dapat merasakan aku semakin lemah dan aku dah tak boleh nak jadi seceria sebelum ini lagi. Ditambah pula dengan kerinduan yang menggunung terhadap Farid.

“Melly, Melly makanlah sikit. Melly bukan budak kecil lagi,” pujuk Pn. Haslinda.

“Melly nak balik. Melly nak tengok sunset. Tolonglah, umi,” pintaku yang lebih kepada memaksa.

“Okey, kalau Melly nak balik. Abang bawa. Tapi, biar abang bincang dengan doktor dulu,” ujar Ikram. Melly tak mampu mengucapkan ayat keramatnya iaitu ‘abang terbaik’ sebaliknya hanya mampu menggariskan senyuman dan bersandar semula.

*****

“Tisya, nanti bila aku dah tak ada, tolong bagi ni dekat Farid,” Mellisa menghulurkan sampul surat kepada Tisya. Fifi, Qiqi, Jojo, Caca dan Yaya mengalihkan pandangan mereka ke arah Melly yang memberikan surat kepada Tisya. Mellisa kini berbalut dengan baju sejuk yang tebal. Siap berbulu lagi walaupun sekali dua dia menolak. Dia dah tak ada tenaga untuk bercakap banyak seperti dulu apatah lagi berdebat.

Menurut En. Azizi, penyakit Melly adalah penyakit keturunan. Ingatkan penyakit itu terhenti sampai nenek sebelah En. Azizi sahaja tapi rupa-rupanya bersambung dekat Melly. Sungguh tak diduga.

“Melly,” air mata Caca berhamburan.

“Ca, janganlah sedih. Nanti aku tak tenang.”

“Kau cakap apa ni? Janganlah macam cakap macam tu. Dahlah macam-macam kau rahsiakan dari kami, sampai hujung nyawa kau pun kau cakap macam tu,” Caca menyambung tangisannya lagi.

“Ca, aku tak ada niat pun. Sorry,” ujarku perlahan. Harapnya Caca dengar dan dia mengerti.

“Melly, sunset!” Fifi mengunjurkan jarinya ke hadapan kami. Tengok sunset dekat pantai macam ni memang bagus. Usai kami melihatnya macam orang yang tak sabar nak tutup mata, kami pun bergerak pulang. Tak disangka, nafas Melly jadi sesak dan dia pengsan di situ. Abang Ikram pun apa lagi? Dia drive laju-laju sampai ke hospital dan Melly ditempatkan di ICU.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience