9

Romance Series 4563

Belle menghentikan kereta di hadapan rumah agam yang gah berdiri. Di rumah itu, dia pernah mengecapi bahagia. Dan di rumah itu juga, dia merasai hancurnya hati melihat keluarga nya berpecah belah. Bayangan nya membawa dia kembali kepada peristiwa lima tahun lalu.

Imbas kembali (5 tahun lalu)

Rumah agam Tengku Zachary dihias mewah untuk majlis pernikahan puteri tunggalnya. Seluruh keluarga berkumpul di rumah itu untuk menyaksikan penyatuan dua hati. Tengku Zachary berasa sangat bangga kerana impiannya untuk berbesan dengan keluarga Reid akhirnya menjadi kenyataan.

Seisi rumah sedang bergembira. Tetapi tidak bagi Belle. Dia sudah membuat perancangan dengan sepupunya, Aliya. Aliya akan bertukar tempat dengannya dan menyamar sebagai pengantin sementara Belle menyamar sebagai salah seorang staf untuk majlis tersebut sebelum dia menyelinap keluar.

Sebelum keluar, Belle meninggalkan nota untuk Daddynya. Semua luahan hati yang tidak mampu dia zahirkan melalui kata-kata hanya mampu ditulis.

Daddy,

I am sorry for doing this to you. But please just for this one time, let me choose and decide my own path. Marriage is the last thing I would like to do now. Not until I have achieved my dreams. One day, I will come back to you when I am ready. Ready to fulfill all your dreams. I love you Daddy.

Love,
Your daughter ?

----------------------------------------------------

Buat kesekian kalinya, Belle menarik nafas lagi. Segalanya berulang tayang seperti baru semalam ia berlaku. Dia juga masih ingat janjinya kepada Daddy melalui surat yang dia tinggalkan dulu. Kini dia sudah kembali, sediakah dia untuk menunaikan apa sahaja permintaan Daddy?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience