10

Romance Series 4563

Belle melangkah masuk ke perkarangan rumah agam itu. Dia memandang sekeliling, semuanya masih sama seperti ketika dia tinggalkan dulu. Disebalik kemewahan rekaan rumah itu, hanya kesunyian yang menyelubungi.

Belle menekan loceng yang berada di sebelah pintu besar itu. Seorang wanita tua melepasi pertengahan abad membuka pintu.

"Mak mah!" tegur Belle.

"Rania? Kamu dah balik sayang?" Mak Mah, ketua pembantu rumah yang sudah berkhidmat selama puluhan tahun di rumah agam itu. Belle memeluk Mak Mah, dia sdh menganggap wanita itu seperti neneknya.

"Mak Mah, mana Daddy?" tanya Belle. Itu tujuan utamanya kembali ke rumah itu. Untuk bertemu Daddy.

"Tengku Zach ada di bilik bacaannya, sekejap Mak Mah panggilkan" ujar wanita itu.

"Tak perlu, Mak Mah. Biar Nia sendiri yang pergi jumpa Daddy", Belle memberitahu Mak Mah.

Belle berlalu ke tingkat dua, dia meninjau setiap sudut rumah itu. Perasaannya berbelah bagi. Antara gembira, sebak, rasa bersalah dan nostalgik! Tiba di hadapan bilik bacaan Daddy, dia berjeda sebentar, menarik nafas sebelum mengetuk pintu. Suara dari dalam sayup-sayup menyuruhnya masuk. Dia memulas tombol pintu dan membuka pintu. Di satu sudut, Daddy sedang menunduk membaca sesuatu di mejanya. Wajah tuanya semakin jelas di pandangan Belle. Merasakan seseorang sedang merenung, Daddy mengangkat muka. Di wajahnya jelas terpancar rasa tidak percaya.

"Nia, is that you honey?" Tengky Zach bersuara. Melihat kebisuan anak perempuan kesayangannya itu, dia bangkit mendekati.

"It's me Daddy, your daughter", ujar Belle pendek sambil air mata menitis dan dia menerpa ke arah Daddy. Tubuh tua itu didakap. Perasaan bersalahnya menebal, kenapa selama ini dia tidak pernah mengambil tahu tentang Daddy.

"Are you back now honey? Nia takkan tinggalkan Daddy lagi kan?" ujar Tengku Zach. Betapa rindunya terhadap puterinya itu mengalahkan amarahnya atas perbuatan anak gadisnya lima tahun lalu.

"Daddy tak marah Nia kan?" Belle melihat ke anak mata Daddy nya. Semakin jelas wajah tua itu dimakan usia.

"Daddy tak boleh marah kamu, Daddy terlalu sayangkan Nia" jelas si ayah sambil mengusap wajah puterinya. Semakin dewasa anak gadisnya itu, semakin menyerlah kecantikan yang dia warisi dari bekas isterinya. Tengku Zach membawanya ke dakapan. Sungguh dia sudah tidak sanggup ditinggalkan oleh puterinya itu.

Hampir sejam pasangan ayah dan anak itu meluah rasa yang terbuku. Tengku Zach memandang anak gadisnya.

"Are you happy with you life now honey?" soal si ayah. Dia ingin tahu bagaimana kehidupan anaknya sekarang. Dia tahu si anak terlibat dengan dunia fesyen. Walaupun sudah lima tahun anaknya meninggalkan rumah tapi itu tidak bermakna dia tidak mengambil tahu mengenai kehidupannya. Dia tahu segala gerak geri si anak termasuk lah kehadirannya di pertunjukan fesyen yang diadakan di KL.

"I am so happy Daddy. Nia dah ada jenama sendiri, butik Nia ,La Belle Couture pun dah ada beberapa cawangan" jawab Belle sambil tersenyum manis. Tengku Zach berasa bahagia melihat mata anaknya yang bersinar ceria bercerita tentang kehidupannya. Selaku ayah, dia turut merasa tempias kebahagiaan itu. Betapa selama ini dia tidak pernah mengambil tahu kemahuan anak gadisnya itu sehingga dia lari dari rumah hanya untuk menolak keinginannya menyatukan anak gadisnya dengan anak keluarga Reid.

Wajah berkerut Daddy seperti sedang memikirkan sesuatu membuat Belle rasa bersalah.

"Daddy, tengah fikir apa tu?" ujar Belle sambil memegang tangan Daddy.

"Nia sayang, kamu dah jumpa Ian?" tanya Tengku Zach. Mustahil anak gadisnya tidak bertemu dengan Ian kerana setahunya Ian merupakan tetamu vip majlis tersebut.

"Ian? Which Ian?" tanya Belle kehairanan.

"Tengku Ian Reid Arrayan, your fiance He's the CEO for the hotel you stayed in." Tengku Zach menerangkan.

"He's my fiance???!!" bulat mata Belle mendengar kenyataan Daddy.

"Ye, he is. Itulah Nia langsung tak nak ambil tahu langsung pasal tunang Nia dulu" bebel Tengku Zach.

"Honey, since you are here, should we arrange a dinner with them as an apology?" cadang Tengku Zach tiba-tiba. Matanya memandang anak gadisnya dengan penuh harapan. Berharap Belle akan bersetuju dengan cadangannya. Setelah peristiwa lima tahun lalu, hubungan keluarga mereka dengan the Reid masih sama tetapi rasa bersalah tetap ada kerana telah melanggar janji yang telah dimeterai berpuluh tahun dulu.

"Sure Daddy" angguk Belle selepas lama berdiam. Mungkin sudah masanya dia berdepan dengan masalah yang sentiasa dia elak.

Belle kembali ke hotel setelah menemani Daddynya makan malam. Daddy telah banyak berubah, mungkin telah sedar akan kekhilafannya selama ini dalam memimpin keluarga mereka sehingga berpecah belah. Daddy kini tampak lebih tenang dan santai. Ketegasannya masih ada tetapi tidak seperti dulu. Dalam hati, Belle mempunyai secebis harapan bahawa satu hari nanti keluarga mereka akan bersatu kembali.

Belle melangkah masuk ke lobi The King's Castle, dalam hati berdebar selepas mengetahui pemilik hotel ini adalah tunang yang ditinggalkan di hari pernikahan mereka. Ingin saja dia mengajak Adeline untuk pindah ke hotel lain. Dia masih belum bersedia untuk terserempak dengan bekas bakal suaminya itu.

Bagaikan disumpah, lif berhenti di tingkat 3 dan Tengku Ian melangkah masuk ke lif yang sama. Belle hampir diserang sakit jantung. Rasa seperti oksigen tidak cukup. Belle seperti cacing kepanasan padahal hanya mereka berdua di dalam ruang lif yang mewah itu.

"Why are you so quiet today?" tegur Tengku Ian. Hairan dia melihat gadis ini seperti tidak mengenalinya. Betapa hatinya berbunga-bunga ketika pintu lif terbuka dan benda pertama yang dilihatnya adalah sepasang mata cantik yang menjadi igauannya.

"Well, I have nothing to say" balas Belle ringkas. Dalam hati dia berdoa akan ada manusia lain yang menyertai mereka. Mengapa malam ini lif itu seperti dalam mod slow motion, terlalu lambat.

"Are you nervous being around me?" Tengku Ian serkap jarang. Bukan dia tidak perasan si gadis kelihatan resah semenjak dia masuk tadi.

"Excuse me? Why should I?" Belle membalas dengan jengkel. Dah kenapa dia nak nervous dengan lelaki itu. Dia mengerling tajam.

"If not, then why did you look so uncomfortable? Or are you scared of me? Tak nak mengaku lah tu" bidas Tengku Ian.

"Eh, awak jangan nak perasan sangat ya, awak ingat awak tu siapa saya nak takut!" bidas Belle kembali. Nampaknya lelaki ini ada bakat untuk meningkatkan tahap tekanan darah nya.

"You boleh cakap Melayu?" soal Tengku Ian. Ini kali pertama dia dengar gadis itu berbahasa Melayu.

"Of course!" jawab Belle bangga.

"Does that mean awak ni kacukan Melayu-Inggeris?" tanya Tengku Ian lagi. Rasa ingin tahunya sangat tinggi apabila ia berkaitan dengan gadis itu.

Ting!! Lif berhenti di tingkat 35. Belle senyum segaris sebelum melangkah keluar meninggalkan Tengku Ian dengan soalannya tergantung. Belle berasa lega yang teramat. Harap-harap lepas ni dia takkan bertembung lagi dengan Tengku Ian. Biarlah mereka bertemu di majlis makan malam yang Daddynya atur nanti. Dia tidak dapat agak reaksi Tengku Ian apabila mengetahui kenyataan bahawa dia tunang yang meninggalkan dia lima tahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience