~5 years later...
Paris
Belle berdiri di dalam dewan yang sudah dihias dengan penuh gilang gemilang. Sebentar lagi PARIS FASHION WEEK akan bermula. Rekaannya merupakan salah satu highlight malam itu. Belle Annberlyn, seorang pereka fesyen cantik berumur 26 tahun yang terkenal dalam bidang fesyen di Kota Paris kerana koleksi rekaannya yang diminati ramai dan menjadi rebutan kepada pencinta fesyen.
"Belle, the show will start in thirty minutes", salah seorang krew memanggil Belle untuk bersiap sedia.
-----------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur
"Congratulations Ian! You are one of the youngest CEO in Malaysia and I'm proud with your achievement!" Tengku Iman Reid, Ayahanda kepada Tengku Ian berasa sangat berbangga terhadap anak lelakinya. Dengan kebolehannya, barisan lembaga pengarah bersetuju untuk menjadikan dia sebagai CEO untuk menerajui Reid Berhad, yang terdiri daripada beberapa cawangan hotel bertaraf lime bintang, The King's Castle.
"Thanks Ayah, this is all because of your trust. Without you, I wouldn't be able to come this far", Ian tersenyum bangga dengan pujian Ayahnya.
"But Bonda will be happier if you can make her dream come true", Tengku Iman berkias dengan anak bujangnya.
"Ayah, please don't start now. I am busy enough with the company, I don't have time for women", bidas Ian dengan pantas. Bukan dia tidak tahu, Bonda dengan Ayahandanya mahukan dia berkahwin secepat mungkin. Cuma dia yang sentiasa beralasan apabila topik itu dibahas.
Bukan dia tidak mahu, cuma dia rasa belum saatnya dia bermain perasaan. Peristiwa yang berlaku lima tahun lalu telah mencalar egonya. Ada dendam yang harus dibalas, ada hutang yang perlu dilangsai.
Tetapi sehingga kini dia masih tidak dapat mengesan jejak gadis itu. Sebaris nama itu masih terpahat kukuh dalam ingatannya. Tengku Rania Tengku Zachary!
Share this novel