Belle sedang mengemas bagasinya ketika loceng berbunyi. Dia membuka pintu dan wajah kacak Tengku Ian tersembul.
"Hi morning!" sapa Tengku Ian sambil tersenyum manis. Dia sangat bahagia bila bangun pagi ini. Dia akui, setelah mengetahui identiti tunangannya semalam, sedikit sebanyak hatinya berbunga-bunga.
"Hey, morning! What brings you here early in the morning?" soal Belle sambil dahi berkerut. Dia dan Daddy menghabiskan masa sehingga lewat malam di kediaman orang tua lelaki itu semalam. Dia sangat bersyukur dengan penerimaan keluarga tunangnya.
"Saja I nak ajak tunang I breakfast sekali, tak boleh ke?" Tengku Ian membalas.
"At least bagitahu lah awal-awal. I tak siap kemas lagi", Belle membalas sambil menunjukkan bagasi nya yang tersadai.
"Ala nanti you sambunglah, let's go have breakfast first" pujuk Tengku Ian.
Belle hanya menurut. Malas hendak bertekak lama-lama. Dia tahu dia tetap akan kalah kalau lawannya Tengku Ian.
--------------------------------------------
Tengku Ian dan Belle berjalan beriringan ke lobi utama hotel. Sekali pandang, pasangan itu kelihatan sangat sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Setiap langkah mereka menjadi tarikan staf-staf hotel. Ini kali pertama mereka melihat CEO muda itu kelihatan sungguh mesra dengan kaum hawa. Sebelum ini dia hanya bersikap dingin dengan wanita-wanita yang menghampirinya. Tengku Ian membawa Belle ke sebuah restoran eksklusif.
"What time is your flight tomorrow?" soal Tengku Ian usai selesai membuat pesanan.
"11 am. But I'm thinking of leaving early. Maybe around 8" jawab Belle sambil memerhati suasana di restoran itu.
"I will send you to the airport tomorrow" Tengku Ian bersuara lagi, lebih kepada mengeluarkan arahan.
"Do you have so much free time? I can go by myself, I can book Grab" balas Belle. Saja ingin menguji sejauh mana kesudian Ian untuk menghantarnya.
"Well, I am one of the busiest man in Malaysia, but I can always spare some time for my fiancee' ucap Tengku Ian sambil mengenyit mata. Suka melihat muka Belle memerah setiap kali dia mengusik.
"I guess I am one lucky woman for having you as my fiance" Belle membalas sarkastik sambil menjulingkan mata.
Tengku Ian ketawa senang. Dia suka melihat ekspresi wajah Belle. Akhirnya Belle juga tertawa melihat. Mereka menikmati sarapan pagi seperti pasangan bercinta yang lain. Selepas ini, mungkin agak susah untuk mereka meluangkan masa berdua seperti ini kerana Belle akan kembali ke Paris keesokkan harinya. Mereka menikmati masa berdua tanpa menyedari ada sepasang mata yang memerhati dengan perasaan hasad dengki.
Share this novel