6

Romance Series 4563

Suasana di Kuala Lumpur International Airport hingar bingar. Masing-masing mempunyai hala tuju masing-masing. Belle berjalan melepasi balai ketibaan menuju ke pintu luar. Sesampainya di luar, Adeline sudah sedia menunggu di luar dengan kereta Range Rover putih. Adeline telah berlepas ke Malaysia dua hari sebelumnya untuk membuat persiapan sempena majlis pertunjukan fesyen yang akan diadakan esok.

"So, how's the preparation going?", tanya Belle sejurus kereta bergerak meninggalkan kawasan itu.

"Everything is going on smoothly, you don't have to worry", balas Adeline dengan bangga. Dia dan krew mereka yang lain telah membuat segala persiapan. Ini kali pertama koleksi mereka akan diperagakan di pertunjukan fesyen di negara Asia.

"Good, I know I can count on you! By the way, where are we staying?", Belle bertanya untuk menutup gundah di hati. Setelah lima tahun, dia kembali jua ke tanah air. Ada rindu yang bertamu. Setegas-tegas Daddy, dia masih ayah yang menimang dia ketika kecil.

"We are staying in The King's Castle, the hotel where the fashion show willbe held. The car belongs to my cousin. She works and lives here so I just ask favour from her", jawab Adeline. Namun, Belle seperti sedang berada di dunianya sendiri.

---------------------------------------------------------

Selepas hampir sejam, mereka tiba di perkarangan Hotel The King's Castle. Itu pertama kali Belle menjejakkan kaki ke hotel tersebut walaupun dia menetap di Kuala Lumpur sebelum ini. Mereka berjalan terus ke bilik yang telah ditempah untuk meletakkan barang-barang yang dibawa oleh Belle.

"Belle, I am going to the hall to check the others, you can get some rest here"

"No, I'm fine! I would like to see the hall, I will come down after I get changed"

"Okay then, the hall is on the ground floor, come down to the lobby when you are done", setelah itu Adeline berlalu meninggalkan Belle.

------------------------------------------------------------

"How is everything going on? Make sure there is no mistake during the show. This fashion show has gained international attention and it is very important for us to give the best", jelas Tengku Ian dalam mesyuarat yang sedang diadakan bersama ketua-ketua bahagian.

"No worries, Tengku! Almost 80% of the preparation has been done and we are providing the best facilities", jawab Isaac, ketua bahagian Logistik hotel.

Ketua bahagian lain juga memberi jawapan sama, mereka kenal cara Tengku Ian bekerja. He's a perfectionist! Semua tugasan harus dilaksanakan dengan pantas dan teliti.Disebabkan itu, staf-staf hotel sangat memahami kehendak CEO muda itu. Mesyuarat dibubarkan setelah Tengku Ian berpuas hati dengan laporan setiap bahagian.

Usai mesyuarat, Tengku Ian turun ke lobi untuk meninjau dewan yang bakal digunakan esok.

"Excuse me, may I know where is the hall for the fashion show?" Belle bertanya kepada receptionist di lobi.

"May I know if you are involved in the show? Do you have your name tag?" Adriana, receptionist yang bertugas bertanya kepada Belle.

"Name tag? I don't have one but I am one of the designers who will be participating tomorrow. I am Belle from La Belle Couture" jelas Belle kepada gadis itu.

"I am sorry Miss but without the name tag, I cannot let you into the hall" jawab Adriana.

Tengku Ian yang menyaksikan babak itu melangkah ke arah meja receptionist dan mendekati gadis tersebut.

"Excuse me Miss, is there anything I can help you?" tanya Tengku Ian dengan penuh gentlemen.

Belle yang mendengar suara dari belakangnya berpaling ke arah itu. Mata bertentang mata. Belle terpukau dengan sepasang mata hitam yang dingin. Lelaki itu punya aura tersendiri. Aura yang cukup kuat untuk memukau Belle terus menatapnya.

Tengku Ian terpaku, ini kali pertama dia hanyut dalam renungan mata seorang gadis. Dia perasan gadis itu merenung dia tetapi dia tidak dapat membuang pandangannya. Masih setia merenung ke anak mata hijau kebiruan, sekilas pandang dia sudah tahu, itu bukan sekadar kanta lekap. Melihat wajah kacukan si gadis, tidak mustahil itu warna sebenar matanya.

"Err hi, I would like to go into the hall but the staff said I cannot go in because I don't have my name tag" jawab Belle setelah tersedar dari perbuatannya merenung jejaka dihadapannya. Silapnya juga sebab tertinggal telefon di bilik, tak dapatlah dia hubungi Adeline.

"It's okay, I will accompany you in to look for your colleague to confirm your identity. Is that fine with you Miss errr?" Ian berjeda untuk bertanya nama si gadis. Terlalu asyik merenung sehingga dia lupa profesionalisme yang selalu dipraktikkan. 'Hmm no good Ian'. Monolog dalaman Tengku Ian.

"Belle Annberlyn, but just call me Belle", Belle menyambung ayat lelaki tersebut.

"Nice to meet you Miss Belle, I am Ian", jelas Tengku Ian memperkenalkan diri kepada Belle. Belle senyum sambil menundukkan sedikit kepala tanda hormat.

Ian mengiring Belle ke dewan utama yang akan menjadi tempat untuk majlis pertunjukan fesyen. Belle perasan semua mata yang berada di dalam dewan itu sedang memandang ke arah mereka. Tidak pasti mengapa tetapi yang Belle tahu dia harus mencari Adeline. Mata meliar ke sekeliling dewan dan akhirnya jumpa apa yang dicari.

"That's my PA", tunjuk Belle ke arah Adeline yang juga sedang memandang ke arahnya.

"Belle, why are you so late?", Adeline mendekati Belle ketika menyedari kehadirannya di dalam dewan itu. Dia memandang lelaki yang mengiringi Belle kemudian memandang semula ke arah Belle. Meminta penjelasan.

"Oh, he's Ian. He helped me to come in because I don't have my name tag to prove that I am part of this crew. And Ian, this is my staff, Adeline", jelas Belle kepada Adeline sekaligus memperkenalkan Adeline kepada Ian untuk membuktikan identitinya.

"Oh hi, thanks for taking her here. She's with me, but I forgot to give her name tag", Adeline berbahasa kepada Ian.

"No worries, it's part of my responsibilities to make sure that the event is running smoothly, I will leave first", Ian memandang Belle, sekadar menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. Belle membalas dengan senyum segaris dan juga menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda menghargai budi baik lelaki itu.

Tengku Ian berlalu meninggalkan dewan tersebut dan seisi dewan kembali sibuk dengan persiapan untuk majlis yang akan berlangsung dalam beberapa jam saja lagi.

"Who is he?",luah Adeline dengan tanda tanya yang terpapar jelas diwajahnya.

"You heard me just now Adel, he's Ian", jawab Belle sepatah.

"No, I didn't mean his name, but who is he that he has the authority to bring you in without your tag?", persoalan utama yang bermain di kepala Adeline kerana dari cara staf lain menundukkan kepala kepada lelaki itu tadi menunjukkan dia bukan seorang yang biasa-biasa di hotel itu.

"I am not sure, he just showed up suddenly", Belle menjawab ringkas. Malas berfikir lebih tentang orang yang baru dijumpai. Walaupun pandangan pertamanya terhadap lelaki itu membawa getaran aneh di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience