2

Romance Series 4563

Heathrow, London

"Ladies and gentlemen! This is your captain speaking, we have landed safely at Heathrow International Airport. Thank you for flying with us and have a great day!"

Suara juruterbang yang baru saja membuat pengumuman menyedarkan Bella dari lamunanya. Tidak sedar bahawa dia telah mendarat di Kota London selepas perjalanan yang berjam lamanya. Sebagai penumpang kelas pertama, dia antara yang terawal keluar dari pesawat itu. Laju dia berjalan keluar sambil memeriksa iPhone di tangan,menunggu panggilan daripada Mummy nya.

Perancangannya untuk bertemu Mummy di London telah dirancang semenjak berbulan yang lalu, lebih tepat lagi setelah Daddy memberitahu akan hari perkahwinannya. Ya, dia telah nekad untuk melarikan diri dan mencari Mummy. Dia tidak kisah jika orang lain menggelar dia anak manja yang hanya tahu lari dari masalah dan mencari perlindungan daripada keluarganya. Untuk kali ini dia nekad untuk mementingkan diri sendiri jika itu dapat menyelamatkan dia.

Keluar dari balai ketibaan, dia melihat banner tertera "Welcome to London, my Belle"
Belle tersenyum, dia tahu itu Selina, bestfriend merangkap PA Mummynya. Belle mendekati Selina dan memeluknya.

"Hi Auntie Selina, where's Mummy?" Belle bertanya kepada wanita tersebut yang tidak lekang dengan senyuman.

"I am sorry dear, she's not here. She's still in the office, she asked me to pick you up and send you home first", Auntie Selina mengusap pipi Belle seperti sedang memujuknya. Dia perasan senyum kehampaan yang diberikan gadis itu.

Belle mengikut Auntie Selina ke limosin yang sedang setia menunggu di luar.

"So, how's Malaysia?" tanya Auntie Selina kepada Belle yang membesar menjadi seorang anak gadis yang sangat cantik dan sempurna dimatanya. Dia menganggap Belle seperti anak nya sendiri.

"Well, Malaysia is just fine Auntie. You should come and visit sometimes", balas Belle sambil menyandarkan kepalanya ke bahu Selina. Dia tidak kekok untuk bermanja dengan Selina kerana dia bagaikan ibu kedua untuknya. Terkadang dia berasa lebih selesa untuk berkongsi cerita dengan Selina berbanding dengan ibunya.

"Then, what about you? How are you?" Selina menyoal lagi. Sekilas pandang dia sudah dapat mengagak, gadis itu sedang dalam kekusutan. Dia sudah terlalu kenal dengan raut wajah dan sinar mata anak gadis itu. Dia tahu jika dia sedang bahagia atau sebaliknya.

Belle memandang Auntie Selina sejenak sebelum kembali menyandarkan kepalanya di bahu wanita separuh abad itu. Dia menarik nafas panjang sebelum membalas kata-kata Auntie Selina.

"I ran away from home, Daddy wants to marry me off to someone I didn't know", jawab Belle dengan perlahan sambil air mata menitis tanpa dia sedar.

"Don't worry, you are safe now honey", Selina mengusap bahu anak gadis itu. Dia tidak terkejut dengan kenyataan yang baru saja diluahkan oleh Belle. Dia kenal Tengku Zachry itu bagaimana. Dia mengenali Daddy Belle 30 tahun lalu dan dia tahu orangnya bagaimana. Dia bijak dalam mengatur percaturan hidup, tapi sayangnya dia tidak bijak mengawal emosi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience