12

Romance Series 4563

"Who are you? How did you know about the Reid's family? Did you stalk my background?" tuduh Tengku Ian. Dia jarang memperkenalkan nama keluarganya. Kebanyakan kawan-kawan bisnes hanya mengetahui namanya sebagai Tengku Ian Arrayan. Bagaimana gadis didepannya ini selamba menyebut nama keluarganya seperti sudah lama mengenalinya. Dia curiga.

Gulp! Belle rasa tercekik. Takkan dia nak mengaku depan Tengku Ian sekarang bahawa dia tunang yang meninggalkannya lima tahun lalu di hari perkahwinan mereka. Otaknya ligat mencari jawapan.

"Do I look like I have so much free time to stalk you?" balas Belle dengan soalan. Dia butuh masa untuk mencari alasan lain yang lebih logik.

Tengku Ian mengangkat sebelah keningnya. Dia dapat rasakan Belle mengelak untuk menjawab soalannya. Hmm something is fishy here. Bisik naluri lelakinya.

"Are you trying to avoid my question?" Tengku Ian memprovok lagi. Pipi putih mulus si gadis kelihatan makin merah. Dia tidak pasti sama ada Belle sedang marah atau sedang resah dengan soalan yang dia lontarkan.

"Yes, I am", Belle mengakui dengan tenang. Itu hakikatnya, dia memang belum sedia untuk menjawab soalan Tengku Ian.

Tengku Ian pula yang berkerut dahi. Gadis di depannya ini memang sukar diduga. Dalam sekelip mata dia boleh tayang muka poker face seperti tiada apa yang berlaku.

"Belle!" laungan Adeline yang memanggilnya buatkan Belle berterima kasih yang tak terhingga. Just in time! Bisik Belle.

"I will leave first, see you when I see you" ujar Belle sebelum meninggalkan Tengku Ian sendirian. Ini kali kedua dia membiarkan Tengku Ian dengan persoalannya tergantung.

Tengku Ian hanya menghantar bayangan Belle berlalu pergi. Gadis itu sentiasa membuat tahap ingin tahunya melonjak ke paras yang paling tinggi. Dia tidak akan melepaskan gadis itu pergi begitu sahaja, tidak selagi dia belum mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berada di kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience