Bunyi nada dering iPhone nya memenuhi ruang bilik mewah hotel itu. Perkataan 'Daddy' muncul di skrin sebelum dia menggesek ikon hijau.
"Hello Daddy!" Belle bersuara ceria.
"Hello my Belle", suara Daddy nya juga kedengaran gembira dan energetik di hujung talian.
"How are you Daddy? Are you fine?"
"Yes, I am! Couldn't be better" suara ayah makin bersemangat pada pendengaran Belle.
"Nia, ingat tak bila Daddy kata nak arrange makan malam dengan keluarga tunang Belle? It's tomorrow night. It will be in their home, esok Daddy akan jemput Belle dekat hotel ya" panjang lebar Daddy memberitahu.
Belle di hujung talian hanya mendengar tetapi berdebar memikirkan apa yang akan berlaku esok malam. Dia tidak boleh mengagak reaksi keluarga tunangnya dan tunangnya itu.
"Belle? Are you still there?" suara Tengku Zach kedengaran risau. Risau Belle akan menolak. Dia tidak mahu Belle mengelak lagi, sudah tiba masanya dia berdepan dengan isu ini. Dia redha jika selepas ini, Belle tidak mahu meneruskan pertunangannya dengan Tengku Ian.
"Yes, I'm here Daddy! Tengah fikir nak pakai apa untuk esok" jawab Belle sambil melepaskan ketawa yang dibuat-buat.
"Anak Daddy ni pakai apa pun tetap cantik. So, tomorrow at 7pm Daddy datang ambil Belle okay", Tengku Zach memberi kata putus sebelum memutuskan talian.
Belle merenung smartphone di tangan. Esok, segalanya akan terungkai. Persoalan Tengku Ian tentang siapa dia sebelum ini akan terjawab. Perasaan bersalah yang bermukim dihatinya selama ini akan terlerai. Dia sedar tidak selamanya dia boleh mengelak daripada masalah ini. Dia berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik sebelum dia pergi. Adeline sudah meninggalkan Malaysia pagi tadi dan terbang ke Melbourne untuk menjenguk keluarganya. Ingin meluangkan masa dengan keluarga sebelum mereka kembali ke Paris.
-----------------------------------
Pukul 6.50 petang, Belle sudah siap. Malam ini dia mengenakan gaun malam yang ringkas, salah satu dari koleksinya. Gaun berwarna pink polos yang beralun mengikut bentuk tubuh. Lengannya panjang hingga ke pergelangan tangan dan direka daripada lace. Nampak ringkas tapi mewah dan elegan. Rambut panjang paras pinggangnya di lepas, dibiarkan beralun bebas.
Setelah berpuas hati, Belle turun ke lobi utama dan berdiri di luar untuk memudahkan dia melihat kereta Daddy. Dia mengerling jam di tangan. Lagi 5 minit sebelum jam 7. Daddy seorang yang sangat mementingkan masa dan dia juga telah dilatih untuk menepati masa. Tidak lama selepas itu, sebuah kereta Mercedes hitam bersinar berhenti di depannya. Pak Adi, pemandu Daddy keluar dari kereta dan membuka pintu untuk Belle. Tengku Zach tersenyum senang melihat anak gadisnya yang berdandan cantik.
---------------------------------
Di satu sudut lain, Tengku Ian berdiri memerhati kelibat Belle hilang dari pandangan. Dia berada di lobi ketika Belle keluar dari pintu lif, niat di hati ingin menegur gadis itu tetapi Belle langsung tidak berpaling ke kiri dan kanan, hanya menonong keluar ke pintu utama. Hatinya sedikit terusik melihat gadis itu berdandan anggun seperti mempunyai date malam ini. Di lubuk hati yang paling dalam, ada cemburu yang terselit.
'Argh! Buang masa je fikir pasal dia' bisik hati kecilnya sebelum dia berlalu ke keretanya. Bunda dan ayahnya sudah berkali-kali menghubunginya untuk pulang ke rumah untuk menikmati makan malam bersama. Sebulan sekali, walau sesibuk mana pun, dia akan pulang ke rumah orang tuanya untuk meluangkan masa bersama adik beradiknya yang lain. Tetapi malam ini, sepertinya lebih istimewa dari malam-malam yang lain kerana suara Bunda kedengaran sangat ceria.
Share this novel