8

Romance Series 4563

"Belle, someone sent flowers for you", Adeline menyerahkan jambangan bunga mawar berwarna merah dan putih.

"Who is it from?", Belle bertanya sambil menyambut jambangan tersebut. Dia mencari jika ada kad yang diselitkan. Jumpa pun!

'Congratulations on your fashion show, baby'

Love,
Daddy ?

Belle tersentak! Daddy datang melihat persembahannya?! Belle menghulurkan kembali jambangan itu kepada Adeline dan bergegas ke ruang lobi utama hotel tersebut.

Belle melihat ke sekeliling perkarangan lobi untuk mencari kelibat Daddynya. Perasaan terharu dan sebak bercampur dalam diri, dia sangat tidak sangka Daddy tahu dia berada di Malaysia. Belle berdiri di tengah-tengah lobi hotel tanpa sedar air mata mengalir di pipi. Dia berpaling untuk kembali ke biliknya tetapi terkejut ketika dia tiba-tiba terlanggar sesuatu. Dia mendongak, matanya bertentang dengan sepasang mata hitam pekat yang sangat dikenalinya.

"I'm sorry Tengku Ian", Belle menunduk memohon maaf. Ya, selepas majlis tadi dia sudah tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Tengku Ian Reid, CEO hotel yang sedang mereka diami.

"Please, drop the formalities! Just call me Ian", Tengku Ian tersenyum melihat kerenah gadis itu, rasa janggal bila dia terlalu formal dengannya.

"What are you doing here? Are you waiting for someone?", tanya Tengku Ian kepada Belle. Dia perasan gadis itu seperti tergesa-gesa seperti sedang mencari seseorang sebelum terlanggar dia tadi. Dan dia juga perasan ada air jernih yang bertakung di mata biru-hijau itu.

"Oh, nothing! I will just go back to my room", Belle berbasa basi sebelum meninggalkan lobi tersebut. Dia tiada hati mahu bermesra sekarang. Fikirannya hanya memikirkan Daddy. Mungkin ini masanya dia kembali ke rumah dan memohon ampun kepada Daddy atas perbuatannya dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience