14

Romance Series 4563

Belle dan Tengku Zachary tiba di perkarangan sebuah rumah agam yang kelihatan seperti sebuah istana. Ketika turun dari kereta, kelihatan sepasang suami isteri sedang berdiri di muka pintu menunggu mereka.

"Assalamualaikum! Apa khabar Rian?" Tengku Zachary memulakan kata sambil memeluk Tengku Rian yang lebih kurang baya umurnya.

"Yang ni kah bakal menantu saya tu Zach?" Tengku Aliya yang sedari tadi memerhati pula bersuara.

"Nia, salam auntie Aliya", suruh Tengku Zach ketika melihat puterinya itu hanya diam memerhati.

Belle menyalami wanita yang kelihatan masih cantik dan elegan itu. "Auntie apa khabar?" tanya Belle berbahasa.

"Bunda sihat sayang", ujar wanita itu lalu membawa Belle ke dakapannya. Belle terkejut tetapi dalam masa yang sama ada perasaan halus menyelinap di hatinya. Rasa disayangi.

"Uncle apa khabar?" giliran lelaki itu pula disalami. Tengku Rian menyambut salam bakal menantunya.

"Panggil Ayah saja Nia. Ayah sihat, lamanya tak jumpa kamu ni, dah besar panjang dah", Tengku Rian membalas kata anak gadis sahabatnya. Ini kali pertama dia melihat Rania setelah dia meningkat dewasa. Kali terakhir dia melihat anak itu ketika dia masih di zaman sekolah.

"Eh apa pula berbual kat luar, marilah masuk", Tengku Aliya mengajak semua sambil membimbing tangan Belle. Belle hanya menurut sambil melangkah masuk.

"Jemput duduk Zach, Belle. Makanan tak siap lagi, si Ian ni pun baru dalam perjalanan balik rumah dari hotel", ujar Tengku Aliyah.

Baru beberapa minit mereka melabuhkan punggung di ruang tamu yang serba mewah dan klasik itu, kedengaran bunyi enjin kereta. Belle makin berdebar, dia pasti itu adalah Ian. Sesaat kemudian kedengaran suara Tengku Ian memberi salam dan melangkah masuk.

"Eh ada tetamu kah?" soal Tengku Ian apabila Bundanya menjemputnya di muka pintu.

"Aah, tetamu dari jauh", jawab Tengku Aliyah sambil memimpin anaknya ke ruang tamu.

"Eh Uncle Zach bila sampai?" soal Tengku ian ketika melihat lelaki itu sedang berbual dengan Ayahnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Baru je seminit yang lalu Ian", jawab Tengku Zach sambil mendakap tubuh tegap bakal menantunya.

Belle hanya memerhati gelagat lelaki itu dengan Daddynya. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya dia untuk memperkenalkan diri sebagai tunangan Tengku Ian.

Tengku Ian yang perasan bagaikan ada mata sedang memerhati membuang pandang ke arah Belle. Alangkah terkejutnya dia melihat sepasang mata biru-hijau itu.

"Belle? What are you doing here??" tanya Tengku Ian apabila menyedari kehadiran gadis itu.

Tiga pasang mata memerhati mereka berdua. Belle memandang Daddy, tidak tahu harus menjawab apa. Akhirnya, Tengku Zach yang bersuara.

"Ian, mari Uncle kenalkan. Ini anak Uncle, tunang Ian", jawab Tengku Zach sambil memperkenalkan Belle.

"Tunang Ian? But I thought my fiancee names Rania?" tanya Tengku Ian lagi sambil memandang Ayah dan Bunda yang selesa menjadi penonton. 'Diorang ni nak prank aku ke'. Monolog dalaman Tengku Ian.

"Ian, Belle dan Rania adalah orang yang sama. Tengku Belle Annberlyn Rania" jelas Tengku Zach. Kasihan pula dia melihat kerut di dahi anak muda itu. Pening dengan identiti tunang sendiri.

"What? Like seriously?" Tengku Ian rasa nak terduduk. Belle dan Rania adalah orang yang sama? Jadi gadis si mata biru itu adalah tunang yang lari meninggalkan dia 5 tahun lalu? Tengku Ian menoleh ke arah Belle. Gadis itu seperti sedang nervous. Pipinya kelihatan memerah.

"Ian, kamu naik atas dulu. Pergi mandi dan salin baju. Lepas tu baru sambung cerita. Kamu jangan nak tenung Nia macam nak telan", Tengku Rian bersuara. Bukan dia tidak tahu pandangan tajam anak terunanya. Dia tidak pasti kalau Tengku Ian masih menyimpan dendam kepada tunangnya kerana peristiwa 5 tahun lalu.

"Hmm baiklah. Uncle, Ian naik atas dulu" pamit Ian kepada bakal bapa mertuanya. Belle memghantar langkah Tengku Ian dengan pandangan mata yang sukar ditaksir. Dalam hati, perasaan bersalah makin menebal. Dia dapat rasakan Tengku Ian inginkan penjelasan mengapa dia berpura-pura tidak mengenalinya sebelum ini.

------------------------------------------

Tengku Rian suami isteri rancak bercerita dengan Tengku Zach dan Belle hanya selesa mendengar sambil sekali sekala mencelah jika ada topik berkenaan dia.

"Nia, boleh tolong Bunda panggilkan Ian. Panggil dia turun, Bunda takut dia sambung buat kerja pula kat bilik tu", arah Tengku Aliyah tiba-tiba. Belle memandang Daddy tetapi Daddy tidak berkata apa, hanya menoleh ke arahnya sebelum sambung catch up session dengan Tengku Rian.

"Tapi Nia tak tahu bilik dia kat mana" jawab Belle polos. Dalam hati dia ingin berasalan tetapi tidak mahu pula terlalu menunjuk keengganannya.

"Kamu naik ikut tangga tu dan belok ke kanan. Kat hujung tu bilik Ian", jelas Tengku Aliyah sambil senyum manis. Dia perasan wajah takut-takut anak gadis itu tetapi dia mahu mereka berdua berbicara secara privasi. Dia mahu mereka berdua merungkaikan segala persoalan, kedua-duanya sudah cukup dewasa dan matang untuk berbincang hala tuju hubungan mereka. Dengan berat hati, Belle bangun dan melangkah ke arah tangga.

---------------------

Setiap langkah yang diambil seperti sedang mengheret dia ke arah penghakiman Tunggu masa untuk dijatuhkan hukuman. Tiba di hadapan pintu bilik yang dimaksudkan Tengku Aliya, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk.

Satu ketukan, dua ketukan. Tiada respon dari dalam. Tiga ketukan empat ketukan dan pintu bilik tiba-tiba dibuka. Belle terkejut dan berundur sikit ketika melihat Tengku Ian muncul di muka pintu. Ini kali pertama dia melihat Tengku Ian kelihatan begitu santai dengan tshirt dan seluar pendek paras lutut. Dia mengangkat muka untuk menatap wajah kacak Tengku Ian, tetapi Tengku Ian sedang merenungnya dengan kening terangkat.

"Yes? What can I help you Miss Belle? Oops sorry Rania?" soal Tengku Ian sedikit sarkastik. Geram apabila gadis itu buat tidak kenal ketika bertembung di hotelnya.

"Bunda suruh turun", jawab Belle ringkas sebelum berpaling untuk meninggalkan Ian. Malas dia hendak berperang. Tidak buat masa ini. Dia sedar mereka berada dia mana.

"Bunda? You can only call her that if you are married to me. Is that mean you are ready to be my wife?", soal Tengku Ian lagi. Gadis itu kelihatan terlalu tenang, dia perlu memprovoknya. Dan sepertinya soalan itu berjaya menggugat ketenangannya. Belle berpaling semula ke arah Tengku Ian yang bersandar santai di muka pintu.

"Look here Tengku Ian Reid Arrayan! I know I was wrong for what happened five years ago. I takkan salahkan you kalau you nak marah I. I datang malam ni untuk minta maaf dengan you dan keluarga you. And I am sorry for taking five years to apologise", ucap Belle sambil memandang tepat ke arah anak mata hitam pekat Tengku Ian. Dia mahu Ian tahu bahawa kata-kata itu lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Tujuan utamanya memang untuk memohon maaf atas tindakannya.

"Then what will happen to us? Now that you are back here, should we continue where we left off?" soal Ian lagi, ingin melihat reaksi penerimaan Belle. Dalam masa yang sama dia ingin tahu jika gadis itu masih ingin meneruskan perhubungan ini. Walaupun hubungan ini terjalin atas kehendak keluarga tetapi dia tiada keinginan untuk membantah dan dia percaya pilihan orang tuanya adalah yang terbaik. Tapi dia perlu jawapan dari gadis itu, dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan.

Soalan Tengku Ian menjerat Belle. Dia tidak tahu Tengku Ian mahukan jawapan apa daripada dia. Tapi dia harus berhati-hati dalam berkata. Hubungan mereka melibatkan dua keluarga. Dia tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru lagi, cukup sekali.

"Can we talk about this later? I laparlah", lain yang ditanya lain yang dijawab. Tapi Belle bukan sengaja untuk mengelak, dia memang sedang lapar ketika ini.

Tengku Ian tertawa. Tidak sangka dengan jawapan yang dia terima. Dia bukan main berdebar dan serius tadi menunggu balasan gadis itu tetapi yang diterimanya adalah rengekan manjaBelle mengadu lapar.

"Tunggu kejap I ambil phone then kita turun makan", Tengku Ian masuk ke bilik dan mencapai iPhone yang tersadai di katil. Pintu bilik dibiarkan terbuka luas membolehkan Belle melihat ke dalam bilik.

"Nice room", komen Belle spontan ketika mereka beriringan untuk ke bawah.

"Wanna share it with me?" sakat Ian bersahaja. Belle di sebelah menjeling tajam.

-----------------

Tengku Ian dan Belle menyertai ahli keluarga yang lain. Kakak dan adik perempuannya juga sudah sampai. Tengku Aliyah memperkenalkan Belle kepada Tengku Delia, anak sulungnya. Tengku Delia memberi pelukan mesra kepada Belle. Tengku Jasmine, adik bongsu Tengku Ian pula kelihatan ragu-ragu ketika melihat Belle.

"Hmm excuse me, but aren't you Belle the fashion designer?" soal Tengku Jasmine. Dia kenal wanita itu, tapi Bunda perkenalkan dia sebagai Rania. Tengku Jasmine keliru.

"Yes, I am Belle", jawab Belle sambil tersenyum. Dia sangkakan kenapa gadis itu merenung dia lain macam.

"Oh my goodness! I'm your fan!!! I really love all your designs and collections " teriak Tengku Jasmine. Dia memang seorang penggemar fesyen dan sentiasa up to date.

"Can we take a selfie together?" tanya Tengku Jasmine malu-malu kepada Belle. Belle mengangguk sambil tersenyum. Bangga apabila ada yang menghargai hasil seninya.

"Jes, you boleh ambil seribu keping gambar dengan Belle nanti. She's your future sister in law. Tapi sekarang ni jom kita makan dulu, kesian Belle tengah lapar tu", celah Tengku Ian.

"Auch, since when you guys jadi sweet giler ni", sakat Tengku Delia pula.

"Yes! Lepas ni boleh la Jes show off yang Belle ni bakal kakak ipar Jes", tambah Tengku Jasmine.

Mereka semua ketawa mendengar kenyataan Tengku Jasmine. Belle tersenyum, dia gembira berada di kalangan keluarga itu. Sangat harmoni dan bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience