Tengku Ian melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk di pejabat nya sambil membetulkan tie nya. Dia akan menjadi salah satu tetamu vip untuk majlis pertunjukan fesyen yang akan bermula dalam beberapa jam lagi. Ketukan di pintu membuatkan dia mengangkat muka. Adriana,setiausahanya muncul dengan fail di tangan dengan senyum semanis madu.
"Ian, here's the information you needed", ucap Tanya.
"Thank you, Ad! You can leave now", Ian menyambut fail yang diberikan oleh Adriana.
Belle Annberlyn
26 years
A fashion designer based in Paris
Owner of La Belle Couture
-No information about parents-
Ian membaca satu persatu maklumat peribadi Belle yang tercatat di dalam fail itu. Entah apa yang merasuknya tetapi selepas pertemuan semalam, rasa ingin tahunya membuatkan dia menyiasat latar belakang gadis itu.
"Ian, it's time", interkom berbunyi, suara Adriana memberitahu Ian sudah tiba masanya untuk mereka turun ke dewan utama.
----------------------------------------------------------
Pertunjukan fesyen dimulakan, beberapa model membuat catwalk di tengah-tengah dewan. Beratus orang pereka fesyen dari seluruh dunia turut serta. Belle dan model-modelnya mengambil tempat di pentas. Belle akan meragakan sendiri koleksi limited edition yang direka khas untuk musim bunga. Gaun merah sehingga paras tumit bercorak floral dipasangkan dengan stilleto berwarna putih dan rambut panjangnya dibiarkan beralun lembut tanpa apa-apa aksesori Nampak ringkas tetapi elegan.
Giliran La Belle Couture untuk meragakan koleksi mereka. Belle berjalan di belakang semua model sebelum pengacara majlis memperkenalkan nya sebagai pereka fesyen koleksi tersebut. Belle berjalan penuh yakin di hamparan karpet merah, semua cahaya kamera menghala ke arahnya.
Tengku Ian memandang ke tengah pentas tanpa berkelip. Gadis itu sekali lagi berjaya menarik perhatiannya. Ini bukan kali pertama dia menyaksikan pertunjukan fesyen tetapi ini kali pertama dia tertarik dengan model yang sedang melakukan catwalk. Lenggok gadis itu bukan lenggok menggoda tetapi lenggok yang penuh keyakinan. Bagaikan dunia ini dia yang punya, senyuman yang dipamerkan melengkapkan penampilannya.
Share this novel