Seawal jam 6 pagi Adeline sudah tercegat di hadapan pintu bilik Belle. Dia ingin mengajak Belle untuk turun ke kolam renang yang terdapat di tingkat 15 hotel itu. Adeline mencadangkan mereka menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh The King's Castle sementelah mereka adalah pelanggan kelas pertama. Belle hanya mengikut sahaja pelan Adeline.
Belle mengenakan dress floral paras lutut berwarna kuning yang menyerlahkan lagi warna kulitnya yang putih kemerahan. Rambut panjangnya disanggul tinggi menjadi messy bun tetapi sikit pun tidak mencacatkan penampilannya. Dia lebih selesa duduk di kerusi yang disediakan di tepi kolam sementara Adeline sudah melakukan aksi gimrama di kolam. Belle sedang ralit membaca majalah yang diletakkan di meja bulat ketika seseorang menegurnya.
"Good morning!", Tengku Ian menyapa Belle.
Belle mengangkat muka, dahinya berkerut. Kenapa lelaki itu sentiasa muncul di hadapannya padahal kalau boleh dia ingin saja mengelak dari berjumpa. Walaupun begitu, sapaan Tengku Ian masih dibalas.
"Hi, morning!" Belle membalas pendek sebelum tunduk semula menyambung membaca majalah.
Dia bukan lah fokus sangat dengan majalah itu, dia cuma ingin mengalih perhatian agar Tengku Ian tahu dia tidak ingin diganggu. Tapi sepertinya Tengku Ian tidak dapat membaca gerak gerinya kerana dia memilih untuk duduk di kerusi bersebelahan dengannya.
"Why are you sitting there?" soal Belle.
"Kenapa? Tak boleh ke? Hotel I kut, suka hati I lah nak duduk mana."jawab Tengku Ian dengan gaya penuh authority sambil mengangkat sebelah keningnya. Sengaja dia berbuat begitu, ingin memancing reaksi si gadis manis di hadapannya.
Belle melopong mendengar ayat kebudak-budakan yang baru terlepas dari bibir merah lelaki itu.
"I tahu lah hotel ni awak yang punya, tak payah la nak announce dekat sini" bidas Belle sambil menjeling tajam. Kan dah cakap lelaki yang satu ini punya bakat untuk menaikkan paras tekanan darahnya. Pagi-pagi dah buat dia naik angin. Huh! Ini tidak boleh jadi.
Dia menutup majalah yang sedang dibaca dan berjalan ke arah taman mini yang terletak bersebelahan dengan kolam renang. Dia kagum dengan rekaan hotel ini. Sangat nature friendly. Belle terlalu asyik meninjau pelbagai jenis bunga dan tumbuhan sehingga tidak sedar seekor gonggok sedang merayap di kakinya. Ketika merasakan sesuatu berjalan di kakinya, dia menunduk dan di luar sedar menjerit histeria.
Tengku Ian yang dari tadi memerhatikan dia dari kawasan kolam renang berlari laju mendapatkan Belle.
"Why? What happened?", tanya Tengku Ian.
"Kaki saya... arghhh!!" Belle menjawab sambil menunjukkan ke arah gonggok yang masih berada di kakinya.
Tengku Ian tunduk mengambil gonggok tersebut sebelum dibuang ke arah tanah.
"Dah tak de lah, saya dah buang", jelasnya kepada Belle ketika melihat gadis itu memejam mata. Alahai, gonggok je kut! Bukan ular pun. Tengku Ian tidak dapat menahan tawa.
Belle yang melihat reaksi Tengku Ian terus memukul bahunya. Geram ditertawakan begitu. Dia memang fobia dengan haiwan-haiwan yang merayap begitu. Tawa Tengku Ian terhenti apabila melihat muka merah padam Belle seperti hendak nangis.
"Lain kali jangan pakai seksi sangat", ulas Tengku Ian menilai pakaian yang dipakai Belle. Sebenarnya Belle tidaklah terlalu seksi cuma dia sengaja berkata begitu. Bukan dia tidak perasan ada beberapa pasang mata nakal yang mencuri pandang ke arah Belle sejak tadi.
"I did not!", nafi Belle keras.Pakaiannya tidaklah terlalu seksi baginya, dress itu masih di paras lutut. Makin merah wajahnya ditegur begitu. Selama ini, Daddy mahupun Mummy tidak pernah menegur cara dia berpakaian. Tapi apabila ditegur sebegitu oleh lelaki yang baru dikenalinya walaupun lelaki itu tunangnya, dia tetap berasa segan.
"Well,I am a man. If I said it's sexy in my eyes then it is!" bidas Tengku Ian lagi. Dia suka memancing amarah gadis itu dan lagi tepat dia suka bila bibir mungil itu memuncung tanda tidak berpuas hati.
"Huh whatever! I have no time to argue with the Reid!" Belle mengalah akhirnya. Malas mahu bertekak dengan alpha male seperti Tengku Ian kerana dia tahu, dia akan kalah.
"How did you know about my family name?", soalan cepumas yang dilontarkan oleh Tengku Ian membuat Belle tersentak. Did she just blown her cover????!!!
Share this novel