RANIA segera masuk ke dalam bilik dengan keadaan yang tergesa-gesa sebelum mengunci pintu biliknya. Suara riuh di luar tidak dia endahkan kerana dia sememangnya sedang melarikan diri dari punca keriuhan itu.
Dia segera menuju ke meja solek yang terletak di sebelah katilnya. Dia sempat menoleh pada katil bersaiz queen yang baru saja tiba semalam melalui khidmat lori penghantaran. Katil bujangnya telah pun ditukarkan pada katil bersaiz yang lebih besar. Keputusan daripada kedua ibubapanya.
Senyumannya mulai terukir mekar. Terasa panas tiba-tiba wajahnya saat itu. Dia segera membuka salah satu laci pada meja soleknya. Sebuah buku tebal dia keluarkan dan diletakkan di atas meja. Diselak satu persatu setiap helaian muka surat buku itu. Dibaca setiap bait serta coretan hasil tulisan tangannya pada setiap baris di muka buku itu.
Dia meluangkan masa yang lama membelek penuh berhati-hati setiap helaian buku itu. Ada waktu dia tersenyum, ada masa wajahnya bertukar masam dan ada ketika tubir matanya bergenang air menahan sebak di dada.
Tidak sangka masa berlalu dengan pantas. Getus hati kecilnya.
Rania kemudian mencapai sebatang pen dan mula mencoret sesuatu pada helaian mukasurat yang baharu. Senyumannya mengulum sebaik jari-jemarinya mula bergerak mengikut arahan dari hati dan otaknya.
*
*
*
Januari 2012.
Selamat Tahun Baru & Happy Birthday Cik Diari! Maaflah Cik Diari sebab dah lama tak bercerita kat Cik Diari. Bukan apa, sekarang ni Nia tengah sibuk sikit la Cik Diari. Yalah, tinggal beberapa hari je lagi Nia nak bergelar isteri orang. Berdebar-debar rasa, malu pun ada…(~^_^~)
Tapi kan Cik Diari, bila Nia kenang semula kisah Nia empat tahun dulu, Nia rasa macam tak percaya aje. Cepat betul masa berlalu, kan? (o_O) Tak sangka dari Nia SPM sampailah Nia dah tamat diploma, sekarang ni dah nak kahwin pun…(==!)
Hari ni Nia ada masa terluang sikit sebab tu dapat bercerita kat Cik Diari ni dan Nia pun sempat juga baca semula kisah 28 hari Tanpa Cinta tu…(^_^)
Share this novel