BAB 9

Romance Series 8134

HARI KEKASIH, salah satu acara yang seringkali mendapat sambutan hangat di antara pelajar sekolah menengah dimana anak-anak remaja masing-masing sedang meningkat dewasa seiring jiwa raga mereka yang mula dibuai perasaan.

Tidak terkecuali dengan diri Rania suatu masa dahulu. Sewaktu dia masih sedang dilamun rasa hati bersama Fadli. Seawal pagi begini pasti akan ucapan manis dari lelaki itu. Tapi itu dulu. Kini pagi Rania hanyalah riuh dengan gelak ketawa dan celoteh cerita dari sahabat-sahabat baiknya.

Perhimpunan awal pagi itu meriah dan ceria apabila pentas di dewan terbuka dihiasi dengan warna warni bunga-bungaan dari pelbagai jenis dan spesis. Panitia dari beberapa subjek mengambil inisiatif menyertai upacara pagi itu dengan persembahan kreatif masing-masing menghiburkan para pelajar dan juga guru-guru.

Upacara semakin meriah pada kemuncaknya apabila para pelajar turut membuat persembahan spontan demi meraikan para guru. Bergema dewan terbuka itu dengan hilai ketawa serta tepukan gemuruh dari semua orang meraikan guru masing-masing termasuklah meraikan Pengetua sekolah.

Usai upacara persembahan yang berlangsung lebih kurang sejam itu, para pelajar kemudian beransur bersurai kembali ke kelas masing-masing. Pada saat inilah tugas Rania bermula apabila pelbagai sampah dan tinggalan yang bertaburan di lantai dewan terbuka itu.

Selain Rania, terdapat dua lagi pengawas perpustakaan yang turut sama bertugas dalam membersihkan sisa tinggalan di kawasan dewan terbuka itu yang juga ikut sama dibantu oleh beberapa orang pengawas sekolah.

Ketika Rania sedang leka menyapu sampah, tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang menyentuh belakangnya. Rania pantas berpaling dan melihat ada sekuntum bunga Carnation berwarna merah pucat terdampar cantik di atas lantai.

Rania mengerutkan dahinya, hampir bersambung keningnya melihat bunga itu di situ. Padahal dia sudah pun membersihkan kawasan itu tadi. Dia kemudian tunduk dan mengutip bunga itu. Tertanya-tanya siapa yang membuang bunga itu ke situ.

Kepalanya dipanggung memerhati sekelilingnya namun para pengawas lain masing-masing sedang tekun melakukan tugas dan tiada sesiapa melainkan mereka di situ. Untuk seketika Rania cuba menganalisa situasi yang sedang berlaku padanya saat ini.

Bunga Carnation itu elok cantik dan mekar di dalam balutan kertas seperti yang dijual oleh Kelab Perpustakaan. Rania menimbal balik harga bunga itu dan pada pengamatannya bunga itu antara yang termahal dijual selain daripada bunga ros yang sememangnya menjadi pilihan popular pelajar.

Bagaimanapun permintaan untuk bunga Carnation tidak sebanyak bunga ros. Namun Rania tahu makna disebalik bunga itu yang membawa maksud kasih sayang dan kekaguman. Macam mana dia tahu? Sudah tentulah kerana dia telah dua tahun mengendalikan tugas sebagai si pengedar kupon bunga.

Mengetahui sedikit sebanyak produk jualan adalah salah satu tarikan si penjual melariskan jualannya. Rania tanpa sedar tersenyum kecil. Entah kenapa hatinya terusik dengan ingatan remeh begitu.

“Kenapalah buang, sayang duit. Membazir betul! Dah tu main buang je merata, padahal satu sekolah ni setiap kelas setiap penjuru ada tong sampah. Dah kenapa buang kat tempat terbuka orang tengah sibuk kemas ni? Hishhh… budak-budak ni!” bebel Rania seketika kemudian.

“Dah tau orang tu tak tau nak terima ke tak bunga tu, belilah bunga yang biasa-biasa je. Tak pun bagi je bunga kertas, free je boleh petik tepi pagar sekolah tu! Bunga ni dah la limited edition sebab mahal tak banyak permintaan, sayang je…” gumamnya lagi.

Hatinya berbolak-balik mahu membuang bunga itu ataupun mahu menyimpannya. Hatinya terasa sayang untuk membuang bunga yang cantik itu namun untuk diambil dan simpan juga adalah mustahil.

Salah satu sebab utama, tentulah dia akan menjadi bahan usikan dan jenaka dari kawan-kawan dan rakan sekelasnya nanti. Siapa mahu percaya aku kutip bunga ni atas lantai sebab cantik? Ish, buat malu je kalau dia orang kaitkan dengan tak boleh move lepas frust putus cinta dengan Fadli. Buang jelah, Rania oiii!!! Desak hati Rania

“Ah, buang jelah! Bukan guna duit aku pun! Nak sayang buat apa?! Lantaklah situ!”

Maka terkulai layulah bunga Carnation itu di dalam tong sampah, dibuang tanpa belas kasihan dan tanpa ditoleh lagi oleh Rania yang kembali menyambung tugasnya.

*
* *

SENYUMAN lebar dan mekar yang terukir di bibir setiap rakan-rakan Rania menjadi tatapan matanya sepanjang waktu persekolahan. Kuntuman bunga menjadi hiasan hampir setiap meja di dalam kelasnya.

Masing-masing gembira dengan penerimaan dari pemberian orang-orang yang mereka harapkan. Namun seperti yang dikatakan oleh Suri, demi tidak mengabaikan sahabat baiknya dia turut sama memberi bunga kepada Rania terutamanya.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Rania akan menerima bunga ros merah dan ucapan manis pemberian dari Fadli. Kali ini, Rania masih menerima bunga namun hanyalah bunga ros kuning tanda persahabatan daripada Suri.

“Thank you, Suri… Tapi tak bagi pun takpelah, aku okay je…” ucap Rania dengan senyuman yang agak kekok.

“Ah, aku nak bagi jugak! Persahabatan kita ni lagi kuat ikatan dia dari cinta monyet macam si Fadli tu!” cebik Suri sambil menjuih bibirnya.

Rania ketawa kecil. Macam-macamlah Suri ni dengan gelarannya terhadap Fadli. Bukan main marah dan benci dia dengan lelaki itu kini. Takut pula jika satu hari nanti jika Suri terlalu membenci, ia akan berbalik semula pada rakannya itu. Ish… simpang malaikat 44!!!

“Weh, korang nampak tak masa rehat tadi?!” sampuk Jamie ketika mereka beransur keluar dari kelas setelah tamat sesi persekolahan petang itu.

“Eleh, aku tau kau nak gossip pasal apa. Pasal Fadli dengan Sofia, kan?!” teka Vina bersama sengihan nakalnya. Tepat menebak topik dari Jamie.

“Ye weh! Kemain ye dia orang! Fadli pun berani eh ambil teddy bear tu kat luar sekolah masa rehat tadi. Tak pernah buat masa dengan Rania dulu. Makin berani dia eh?” luah Jamie bersama kerutan didahinya.

“Aik, kau tak tangkap pulak dia tu? Kau, kan pengawas?” Vina mempersoalkan kredibiliti Jamie.

“Aku pulak? Fadli tu sendiri pengawas tapi berani buat macam tu!” jawab Jamie sambil mengetap giginya. Geram pula dia dengan tuduhan Vina terhadapnya.

“Yalah, dia kan student kesayangan cikgu… Kan, Nia?” sahut Vina kemudian melirik pada Rania.

Rania hanya menjungkit bibir atas sambil menjelingkan matanya. Tidak kuasa untuk memberikan sebarang komen tentang hal itu. Dia tahu dan faham apa yang cuba disampaikan oleh Vina namun dia enggan mengambil tahu atau membincangkannya.

Padanya biarlah, dia kini sudah tiada kaitan dengan Fadli. Andai kata dia tertangkap menyalahguna kuasanya sekali pun dia tidak akan masuk campur atau membahaskannya. Bukannya dia tidak pernah menegur Fadli dahulu, dia tahu sikap Fadli yang ada ketikanya suka mengambil kesempatan atas keistimewaan yang dia ada namun lelaki itu terlalu ego untuk mendengarkan nasihatnya.

“Sofia pun kau tengok tak muka dia bangga semacam… Eee… tergedik-gedik malu konon! Padahal dia tau je semalam dah kecoh Fadli nak bagi dia teddy bear. Hipokrit betul!” Bersungguh-sungguh Jamie meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadapan pasangan baru itu.

“Haah, Fadli bagi dia bunga ros merah 10 kuntum tau! Aku sempat kira!” celah Vina lagi menambah perasa pada cerita mereka.

“Eee… membazir je bagi banyak-banyak. Nanti layu jugak, bukan boleh buat apa. Saja nak menunjuk Fadli tu!” Suri akhirnya bersuara setelah cuping telinganya panas mendengar celoteh dari Jamie dan Vina dari tadi.

Ingatan Rania kembali pada bunga Carnation yang ditongsampahkan olehnya pagi tadi saat Suri menyebut perkataan membazir. Teringat-ingat pula dia dengan bunga misteri itu. Tiba-tiba hatinya terjentik semula rasa sayang kerana membuang bunga mekar dan cantik itu.

***

14 FEBRUARI 2007


Meriah sungguh hari ni, Cik Diari. Warna warni bunga-bunga hias pentas terbuka, semua hasil kerja budak-budak Kelab Perpustakaan. Nia cuma tolong sapu sampah aje tiba-tiba ada orang campak bunga Carnation kat kaki Nia. Nia tak tahu siapa punya kerja tapi mesti budak-budak lain saja nak kacau Nia… So, Nia buang aje sampah dengan bunga tu sekali ke tong sampah. Kan dah membazir. Hishh…budak-budak ni…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience