“KENAPA kau tak ajak Hakim je? Bolehlah korang dating time cuti ni…” aju Rania sewaktu mereka sedang beriringan melangkah masuk ke dalam pusat beli belah terkenal di bandar mereka.
Waktu cuti umum Tahun Baru Cina begitu membuatkan pengunjung di pusat beli-belah itu dipenuhi manusia yang mahu berlibur. Lebih-lebih lagi kehadiran ramai anak muda yang ikut sama memanfaatkan waktu cuti sekolah mereka.
“Tapi aku ajak kau, kan? Ish… ikut jelah teman aku, kau ni macam tak suka je keluar dengan aku?” tempelak Suri dengan bibirnya sudah terjuih kedepan, merajuk hati.
“Janganlah merajuk! Aku bukan tak suka, bukan tak nak keluar dengan kau. Tapi kau tengok eh ni semua budak-budak sekolah ni masing-masing berpasangan. Mestilah dorang nak keluar dating dengan pakwe makwe masing-masing. Yang kau ni ajak aku pulak, peliklah aku.” Perjelas Rania sambil memaut lengan sahabatnya erat, cubaan menjaga hati.
“Alah, sekali-sekala aku nak keluar dengan kau pulak. Apa salahnya? Takkanlah setiap masa aku nak luang masa berkepit dengan Hakim? Kat sekolah pun boleh jumpa dia bila-bila masa. Mesej pun ni setiap masa. Lagipun tak manislah aku berdua je dengan dia, at least kau ada boleh teman aku.” Jawapan Suri hanya mendapat anggukan saja dari Rania.
“So, ni kau nak jumpa dia jugak ke?” soal Rania sedikit gusar. Rimasnya kalau jadi orang ketiga.
“Eh, taklah. Kita dua jelah. Buat apa nak jumpa dengan dia, dia pun ada kawan jugak nak lepak sama-sama. Kitorang ni bukan jenis belangkaslah, Nia.” Tambah Suri dengan mimik muka bangga.
Rania menjungkit tinggi bibirnya tanda jengkel namun kemudian dia melepaskan ketawa kecil. Suri seorang yang sangat matang dalam berfikir. Mungkin faktor anak sulung dalam lima adik beradik. Tidak seperti dirinya yang manja dan hanya anak tunggal.
Mereka berdua kemudian mengatur langkah terus menaiki lif hingga ke tingkat terletaknya pawagam. Ketika berada di kaunter pawagam, terdapat ramai juga pengunjung beratur mahupun menunggu waktu tayangan tiba di sekitar pawagam itu.
Setelah memilih filem yang mahu ditontoni serta memilih masa yang masih ada beberapa jam, mereka berdua berkira-kira untuk menjamu makan dahulu sementara menunggu waktu tayangan.
Ketika mereka berdua melintasi pintu keluar pawagam, tidak semena Rania terserempak dengan Fadli yang sedang berpimpin tangan dengan Sofia. Mereka berdua kelihatan mesra. Rania menelan air liur. Pandangan matanya tepat merenung ke arah pasangan itu.
Bagaimanapun, Fadli tidak bersuara langsung. Hanya tersenyum nipis sebelum dia berlalu menuju ke kaunter tiket beratur. Rania sempat menyoroti langkah mereka berdua sebelum berpaling semula setelah ditarik secara paksa oleh Suri.
“Tak payahlah kau nak usya dorang tu, Nia. Buang masa je!” gesa Suri dengan nada suara meluat.
“Kenapalah dorang pun datang sini jugak? Kan ada banyak lagi mall lain, ishhh… Rosak mood macam ni…” bebel Suri masih lagi menarik tangan Rania dengan langkah yang laju.
“Ni kan mall paling dekat kat bandar ni, mestilah ramai pastu budak-budak sekolah lain pun datang sini.” jawab Rania bersahaja tanpa perasaan.
Suri terhenti langkahnya. Dia berpaling melihat Rania yang sedang tersenyum nipis. Tiada riak sedih mahupun kesal. Suri melepaskan keluhan kecil. Lengan Rania kemudian dia tarik dan peluk. Erat.
“Kita cari makan, pastu pusing-pusing. Lepas tengok wayang, kita balik. Okay?” cadang Suri seakan mahu memujuk Rania walaupun rakannya itu kelihatan biasa sahaja reaksinya. Rania pula cuma mengangguk kecil. Bersetuju.
*
*
*
BULAT mata Rania sewaktu dia melabuhkan punggungnya di kerusi dalam panggung wayang. Langsung tidak menyangka kebetulan yang sangat mengejutkan dan terasa tak tercapai dek akalnya saat itu.
Adakah ini yang dinamakan suratan atau kebetulan? Zairin yang jirannya juga kini menjadi jiran tempat duduk mereka di dalam panggung itu. Sungguh dia tidak menyangka. Padahal dia dan Suri sempat berjalan mengelilingi setiap tingkat pusat beli-belah itu namun tidak pula terserempak dengan anak muda itu.
Tetapi dalam ruang yang sama ini mereka ditemukan. Ternyata Zairin juga sedikit terkesima sebaik dia bertentang mata dengan Rania. Jelas dia juga terkejut. Masing-masing bersikap gugup.
“Suri, nak tukar tempat duduk dengan aku tak?” bisik Rania pada Suri.
Suri mengerutkan dahinya. Pelik. Lantas dia menundukkan badannya mahu mengintai siapa yang duduk di sebelah rakannya. Mata Suri juga automatik bulat dengan kening terangkat tinggi. Mulutnya herot dengan sengihan nakal.
“Alah, duduk jelah situ! Aku dah malas nak bangun!” Suri menolak permintaan Rania bersama senyuman sinis penuh makna. Rania mencebik.
Untuk beberapa ketika sebelum lampu dimalapkan dan tayangan bermula, Rania jelas kurang selesa berada di tempat duduknya. Dadanya juga berdegup laju antara malu, kekok tetapi sedikit teruja.
“Berdua je?” sapa Zairin secara tiba-tiba. Kepalanya sedikit senget ke arah Rania dengan suara yang perlahan.
Rania tersentak, terkejut. Kepalanya kemudian mengangguk perlahan meskipun matanya tepat menatap layar besar di hadapan mereka. Hujung jarinya dianyam-anyam menandakan hatinya tidak tenteram setelah disapa begitu.
“Perut okay dah ke?” selang beberapa saat kemudian Zairin bertanya lagi.
“Errr.. okay dah. Tak sakit dah, makan ubat.” Akhirnya Rania beranikan diri menjawab dengan mengeluarkan suaranya. Takkan nak angguk geleng lagi, kang dicop tiba-tiba bisu pulak.
“Makan kena on time, tak boleh lewat-lewat dah macam sebelum ni. Dah makan?”
Nampaknya perbualan mereka tidak akan berakhir begitu sahaja.Rania menelan air liurnya. Rasanya ini kali pertama dia dapat berbual biasa dan panjang bersama Zairin. Selama ini mereka hanya saling pandang memandang sahaja.
“Sebelum masuk tadi dah makan siap-siap. Hmmm… awak datang nak tengok cerita ni jugak ke?” kali ini Rania berinisiatif mengajukan soalan pula.
“Member ajak, saya ikut jelah. Lepas ni awak nak ke mana lagi?”
Nampak gayanya cerita yang sedang ditayangkan di hadapan layar skrin tidak mendapat perhatian mereka berdua saat ini. Rania juga memberanikan dirinya untuk menoleh sedikit ke arah Zairin yang masih lagi senget badannya ke arah Rania.
Mungkin enggan mengganggu konsentrasi rakannya di sebelah yang sedang khusyuk menonton. Rania juga sempat menoleh ke sisinya, Suri juga sudah melekat matanya pada skrin lebar itu. Tidak lagi mengendahkan Rania di sebelah.
“Balik terus je, tak kemana-mana dah…”
“Ooo… kalau saya ajak duduk kat McD lepas ni nak? Tadi sampai terus beli tiket masuk hall, tak sempat nak makan. Ni pun beli popcorn je,” Zairin mengangkat kotak popcorn di sebelahnya namun rakannya cepat-cepat mengambil semula popcorn itu.
Khusyuk menonton sambil mengunyah. Rania tertawa kecil. Zairin hanya berdua juga dengan kawannya, sama seperti dia dan Suri.
Tapi mahukah Suri memenuhi pelawaan itu? Risau juga jika ada akan menyalah anggap ianya perjumpaan yang membawa cerita buruk kepada Hakim.
Rania menggigit hujung bibir. Teragak-agak mahu memberi jawapan segera. Nampak gelojoh jika dia terus mengiyakan tetapi hatinya mendesak mahu mengangguk kepala.
***
20 FEBRUARI 2007
Cik Diari, Nia terserempak Fadli hari ni kat mall. Suri yang ajak Nia ke mall di bandar cuti Tahun Baru Cina ni. Dia kata nak tengok wayang, tak sangka Fadli pun ke situ dating dengan Sofia. Mesra sangat dorang berdua tu!
Tapi Cik Diari, Nia tak sangka rupanya budak sayur pun tengok wayang yang sama dengan kami. Dia duduk sebelah Nia tau! Hati Nia ni tak tau nak explain macam mana? Tapi tipulah kalau Nia kata tak happy, excited!
Tak sangka budak sayur tu peramah betul dengan Nia, ajak Nia lepak kat McD sekali. Selama Nia couple dengan Fadli, rasanya ni kali pertama Nia rasa berdebar seronok.
Fadli dengan Sofia pun Nia dah tak peduli, tak heran pun kat dorang. Buat semak kepala je fikir!
Share this novel