BAB 1

Romance Completed 25394

Adriana bergegas ke hospital apabila mendapat tahu kakak dan abang iparnya kemalangan ketika dalam perjalanan ke pejabat. Sebelum dia ke hospital, sempat dia singgah ke sekolah anak buahnya untuk mengambil mereka.

" Doktor macam keadaan abang dan kakak saya?" soal Adriana.

" Maaf cik. Abang cik meninggal dunia di tempat kejadian. Kakak cik pula masih lagi dalam rawatan " kata doktor bernama Mariam itu.

Lemah lutut Adriana ketika itu. Ya Allah macam mana lah anak-anak mereka selepas ini. Kehilangan ayah bukan perkara yang kecil. Mereka hilang tempat bergantung.

Adriana memeluk erat anak-anak buahnya. Mereka masih kecil dan mungkin mereka tidak akan faham.

" Maksu, Alif nak mama dengan papa" Aleeya mula menangis.

" Sayang, papa dah tak ada sayang. Kita doakan mama selamat ya " dahi Aleeya dikucup lembut.

Adriana juga tidak dapat menahan sebaknya. Dia begitu rapat dengan arwah abang iparnya. Jadi kehilangan arwah juga terkesan di hatinya.

" Alif nak ikut papa! " .

Alisa juga mula menangis apabila melihat abangnya menangis.

" Ya Allah kuatkan anak-anak ini Ya Allah. Kau selamatkan lah kak Dina Ya Allah " basah wajah Adriana dengan air mata.

" Kak Dina, akak kena kuat untuk anak-anak akak. Dia orang perlukan akak " Adriana mengenggam erat tangan kakaknya.

Dalam dunia ini dia sudah tiada siapa-siapa lagi melainkan kakaknya. Dia tidak sanggup kehilangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

" Ad..to..tolong jaga anak akak. Jaga Alif, jaga Alisa...Ad jaga syarikat baik-baik ya..akak dah tak kuat lagi Ad..Ad kena tolong akak.. " Adina sudah tidak mampu bertahan lama lagi.

Pendarahan yang dialami sangat serius.

" Kak Dina, tolong jangan tinggalkan Ad kak! " teresak-esak Adriana menangis.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, Adina menghembuskan nafasnya yang terakhir.

" Kak Dina! " Adriana terduduk lemah. Dia sudah tidak kuat lagi.

Suasana sayu menyelubungi tanah perkuburan islam Ar-Raudhah. Memandangkan Fadil dan Adina kedua-duanya anak yatim, hanya Adriana dan anak-anak mereka sahaja yang mengiringi jenazah mereka. Terdapat juga beberapa orang kawan baik mereka yang hadir ke pengebumian jenazah mereka.

Selepas itu, mereka semua pulang. Yang tinggal hanya Adriana dan anak-anak arwah.

" Maksu, kenapa dia orang tanam mama dengan papa dekat dalam ni?" soal Alisa.

Adriana menatap wajah polos itu. Kasihan Alisa. Umurnya baru 4 tahun. Kini dia sudah bergelar anak yatim piatu.

Share this novel

Syahril@NovelPlus
2019-07-12 15:44:54 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience