BAB 4

Romance Completed 25394

" Cik? Cik Ad okay? " soal Aini.

" Saya tak okay sekarang ni Aini. Awak tahu kan saya bukannya mahir lagi nk buat semua ni. Ini semua kerja-kerja arwah abang dan kak Dina. Tak mungkin saya dapat siapkan secepat mungkin " .

" Saya faham cik Ad. Takpa, saya akan cuba bantu cik Ad mana yang saya boleh bantu. Cik Ad jangan risau ya?" Aini juga bersimpati dengan nasib yang menimpa Adriana.

" Thank you Aini. Projek ni penting sangat-sangat untuk syarikat kita. Kalau boleh saya tak nak, pihak dia orang batalkan projek ni disebabkan saya lewat submit kerja kerja " .

Adriana masih ingat lagi kegigihan arwah abang ipar dan kakaknya untuk mendapatkan projek ini. Tak mungkin Adriana mahu mensia-siakan peluang dan usaha arwah.

" Insya Allah cik Ad. Saya yakin kita akan dapat projek ni " Aini cuba meyakinkan Adriana.

Adriana mengangguk perlahan.

" Terima kasih Aini sebab sudi tolong saya " .

" Sama-sama cik. Saya keluar dulu ya. Kalau ada apa-apa cik panggil jer saya" .

" Okay " .

Aini terus berlalu keluar daripada bilik Adriana.

Adriana termenung seketika membayangkan nasib syarikat ini. Sejujurnya dia memang tidak begitu pandai dengan hal selok-belok perniagaan. Tidak seperti kakaknya, Adina.

" Ya Allah kuatkan aku. Aku tak boleh lemah macam ni. Kak Dina, tolong doakan Ad mampu jaga syarikat ni macam mana kak Dina jaga " .

Pintu bilik Adriana tiba-tiba terbuka. Muncul seorang lelaki. Adriana sedikit terkejut dengan kedatangan lelaki itu.

" Cik Ad, saya dah cuba halang dia. Tapi dia tetap nak masuk " kata Aini yang baru tiba. Wajahnya sudah serba salah.

" It's okay Aini. Takpa. Awak boleh sambung kerja awak " .

" Baik cik Ad " Aini terus berlalu.

Lelaki itu menghampiri Adriana. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ tanpa dipelawa.

" What are you doing here? " dingin Adriana bertanya.

" I cuma nak lawat you. Takziah untuk you atas pemergian abang dan kakak you " kata Danial.

Adriana langsung tidak memandang wajah lelaki itu. Sejujurnya dia benci dengan Danial. Danial ialah bekas kekasihnya. Mereka berpisah pun gara-gara Danial curang dengan Adriana. Dia sanggup mengkhianati Adriana dengan bercinta dengan kawan baik Adriana sendiri. Siapa yang tak sakit hati kan?

" Ada lagi? Kalau tak ada, you boleh balik sekarang. I tak ada masa nak layan you Danial. Banyak lagi kerja I" tegas Adriana.

Prinsip hidup Adriana sekali dia sudah benci, sampai bila-bila dia benci. Ya dulu mungkin Danial pernah mendapat tempat di hatinya. Tapi itu dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience