BAB 19

Romance Completed 25273

" Shah, boleh awak nyanyikan saya satu lagu? " pinta Adriana.

" Saya malu lah Ad. Lagipun suara saya bukannya sedap sangat. Takut nanti bernanah telinga awak bila dengar saya nyanyi " .

Adriana tergelak kecil.

" Alaaa awak belum nyanyi lagi macam mana saya nak tahu suara awak sedap ke tak. Please..satu lagu jer" rayu Adriana.

" Okaylah disebabkan awak, saya nyanyikan satu lagi " .

" Yeayy. Okay cepat, saya tak sabar nak dengar " .

Shahrul mula memetik gitarnya. Dia menyanyikan lagu bertajuk Permata Untuk Isteriku daripada Kopratasa.

Telah ku siapkan satu daerah yang paling sunyi..
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri..
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita..
Untuk kau beri erti dengan kelembutan..
Untuk kau hargai dengan kasih sayang..

Ku ingin kau jadi wanita mulia..
Yang tahu harga budi dan hati..
Seorang lelaki bernama suami..

Kerana engkau isteriku..
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini..
Tak semudah yang kita janjikan..
Yang kita janjikan..
Kerana kau isteriku..

Tersentuh hati Adriana mendengar bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Shahrul itu. Bertakung air matanya. Lagu yang dinyanyikan oleh Shahrul benar-benar kena dengan keadaan mereka.

" Ad? Awak menangis ke? Kan saya dah cakap yang suara saya tak sedap. Sampai menangis awak dengar " .

Adriana menggeleng perlahan.

" Suara awak sedap sangat Shah. Saya sedih dengar lagu yang awak nyanyikan tu. Bukannya sebab suara awak " .

" Maaf Ad. Saya tak ada niat nak buat awak sedih. Janganlah menangis ya. Saya nyanyikan awak lagu baby shark? Okay tak? " .

Adriana ketawa kecil.

" Awak ni Shah, hilang terus mood sedih saya tadi. Baru nak feeling-feeling. By the way terima kasih sebab nyanyikan untuk saya " .

" Sama-sama. Ad, walaupun kita kahwin bukan sebab cinta. Saya nak awak tahu yang kita pun boleh bahagia. Oh ya saya ada hadiah untuk awak " .

" Apa dia? " soal Adriana.

" Sekejap " Shahrul mengeluarkan kotak baldu merah berisi cincin yang dibelinya hari itu.

" Ni untuk awak, bagi saya jari manis awak " .

Adriana hanya menurut. Dia menghulurkan tangannya. Shahrul terus menyarungkan cincin itu.

" Maaf ya sebab lambat bagi cincin nikah. Waktu kita nikah haritu duit saya tak cukup nak belikan cincin. Sekarang dah cukup. Dapatlah saya belikan awak cincin ni " .

Adriana terharu dengan apa yang Shahrul lakukan. Ya Allah baiknya Shahrul. Dia berasa beruntung kerana menjadi isteri lelaki itu.

" Terima kasih Shah. Cantik sangat cincin ni. Saya suka. Saya janji akan jaga baik-baik " .

Shahrul tersenyum senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience