BAB 6

Romance Completed 25394

" Maksu, kami lapar " jawab Alif takut-takut.

Lagi-lagi apabila melihat renungan tajam Adriana. Kecut perutnya.

" So? Pergilah cari apa yang ada dekat dapur tu " .

" Tapi maksu, ada roti jer " jawabnya.

" Then makan jer lah. Kenapa nak memilih? Cuba bersyukur sikit. Siang tadi dah makan nasi ayam kan? Maksu tengah serabut ni. Malas nak keluar beli makanan. Pergi makan roti tu. And please jangan ganggu maksu. Maksu banyak kerja " Adriana terus menutup pintu biliknya.

" Jom dik " Alif menarik tangan Alisa ke bilik.

" Abang, maksu jahat. Kenapa dia marah kita? Dia cakap nak jaga kita " soal Alisa.

" Entahlah. Abang pun tak tahu. Kalau mama dengan papa ada, mesti tak jadi macam ni dekat kita " .

" Adik nak mama dengan papa " Alisa mula menangis.

" Maksu dah tak sayangkan kita. Jom kita lari daripada sini " ajak Alif.

" Nak pergi mana? " .

" Mana-mana jer. Asalkan bukan tinggal dengan maksu. Maksu memang tak sayang kita " .

Mereka berdua mengambil keputusan untuk lari daripada rumah senyap-senyap. Lagipun Adriana bukannya perasan pemergian mereka daripada rumah itu kerana gadis itu asyik berkurung di dalam biliknya.

Adriana meraup kasar wajahnya. Fail-fail yang berselerak di atas katilnya di alihkan. Dia terpaksa membawa pulang kerja ke rumah.

" Ya Allah baru hari pertama aku uruskan company dah jadi macam ni. Serabutnya " rungut Adriana.

Dia membuat keputusan untuk berhenti seketika. Sebaik melangkah keluar daripada bilik, dia mencari anak-anak saudaranya. Rasa bersalah pula kerana memarahi mereka tadi. Bukan niatnya untuk marahkan mereka tetapi tadi dia terlalu tertekan.

" Alif, Alisa " panggilnya.

Adriana mencari mereka sekeliling rumah.

" Mana pulak dia orang pergi ni? " dia sudah mula cuak.

" Alif! Alisa! Mana kau orang? Janganlah buat maksu risau " panggilnya lagi.

Ya Allah mana pulak dia orang pergi ni? Takkan lah dia orang lari. Kak Dina, maafkan Ad tak dapat jaga dia orang dengan baik.

Tanpa menunggu lama Adriana terus menghidupkan enjin keretanya. Dia berharap anak-anak saudaranya itu tidak lari jauh.

" Ya Allah kau lindungilah mereka" doanya.

Hatinya benar-benar tidak tenang ketika ini. Nak-nak pula hari sudah semakin lewat malam. Dia risau jika ada apa-apa yang akan terjadi pada mereka.

Apa yang kau dah buat ni Ad? Kau tak jaga amanah kak Dina baik-baik. Kalau apa-apa terjadi pada dia orang, aku takkan maafkan diri aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience