BAB 15

Romance Completed 25273

Shahrul merebahkan badannya di atas katil. Bibirnya sejak daripada tadi mengukir senyuman. Gayanya sudah seperti orang kurang siuman saja. Entah kenapa dia rasa begitu gembira apabila Adriana bersandar pada bahunya tadi.

" Ad, Ad. Awak dah buat saya angau dekat awak " Shahrul tergelak kecil.

Dia bingkas bangun daripada katil dan membuka laci meja solek. Sebuah kotak baldu berwarna merah dikeluarkan daripada laci. Dia membuka kotak itu. Ada sebentuk cincin emas yang dibelikan khas untuk Adriana. Ketika nikah hari itu dia tidak sempat membelikan cincin. Lagipun duitnya tidak cukup ketika itu.

Semalam dia pergi ke kedai emas untuk membeli cincin itu. Shahrul tidak sabar ingin memberikannya kepada Adriana. Dia berharap Adriana sukakan cincin itu. Walaupun harganya tidaklah begitu mahal.

Bunyi dentuman petir yang diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Adriana daripada tidur.

Dumm!

" Astaghfirullah al-azim " Adriana mengusap dadanya perlahan.

Suara tangisan Alisa membuatkan Adriana bingkas bangun daripada katil. Dia segera melangkah ke bilik Alisa.

" Alisa " .

Alif sedang menenangkan Alisa yang sedang menangis teresak-esak. Alisa memang takut dengan bunyi petir. Adriana terus mendapatkan Alisa.

" Lisa, jangan menangis sayang. Maksu ada. Jangan takut ya " Adriana memeluk erat tubuh Alisa.

" Lisa..na..nak mama.. " .

Adriana menahan sebak. Memang setiap kali bunyi petir, arwah Adina akan memeluk dan menenangkan Alisa.

" Sayang, jangan macam ni. Maksu ada kat sini " pujuk Adriana.

" Maksu, boleh tak kalau maksu teman kami tidur malam ni? " soal Alif.

Adriana mengangguk setuju.

" Boleh sayang. Tidur ya " .

Adriana baring di tengah-tengah katil. Manakala Alif berada di sebelah kirinya. Alisa pula di sebelah kanannya. Mujur sahaja katil itu bersaiz king.

Beberapa minit selepas itu, mereka semua dibuai mimpi.

Shahrul melangkah masuk ke dalam rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Hari ini dia terpaksa menutup gerainya lewat kerana ramai pelanggan. Lagi-lagi sejak dia memasang LCD dan layar lebar. Ramai anak-anak muda yang melepak sambil menonton perlawanan bola sepak. Lagipun malam ini malam minggu.

Sebelum melangkah ke biliknya, Shahrul menapak ke bilik Alif terlebih dahulu. Setiap malam rutinnya begitu. Dia akan melihat Alif dan Alisa sebelum dia masuk tidur. Kalau boleh bilik Adriana pun dia nak masuk sekali. Tapi itu kerja gila. Sia-sia jer nanti makan penerajang Adriana.

" Kosong? " Shahrul terus keluar semula daripada bilik Alif. Dia melangkah pula ke bilik Alisa.

Shahrul tersenyum nipis melihat Adriana juga ada bersama mereka. Perlahan-lahan Shahrul mendekati mereka. Dia duduk di ruang kosong sebelah Alif. Lama Shahrul memerhatikan tiga insan itu.

Insan yang baru saja hadir di dalam hidupnya tetapi sangat beerti di dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience