BAB 11

Romance Completed 25273

" Shah " panggil Adriana.

Adriana nekad untuk mengajak Shahrul berkahwin. Demi anak-anak saudaranya dia sanggup berkorban. Pulang sahaja daripada pejabat, Adriana singgah ke gerai burger Shahrul. Kebetulan Shahrul ada di gerai sendirian. Kenapa Shahrul dan bukannya Azlan adalah kerana Shahrul masih bujang. Azlan pula sudah bertunang.

Nasib baik dia bertanyakan terlebih dahulu pada Alif dan Alisa, jika tidak tak pasal-pasal tunang Azlan serang dia.

Shahrul yang sedang duduk di meja itu terkejut melihat Adriana yang tiba-tiba muncul di depannya.

" Eh Ad? Mana Alif dengan Alisa? Gerai belum bukak lagi saya tengah tunggu Lan beli bahan nak buat burger " soal Shahrul.

" Dia orang ada dekat rumah. Saya sebenarnya daripada pejabat terus datang ke sini. Err saya datang pun bukan sebab nak beli burger. Ada hal yang saya nak bincang sikit dengan awak " .

Shahrul memandang pelik ke arahnya.

" Hal apa? Eh jemputlah duduk " Shahrul menarik kerusi untuk Adriana.

" Saya straight to the point lah ea, awak kan rapat dengan anak-anak saudara saya. Dia orang pun nampak selesa sangat dengan awak. Saya nak..err..nak..nak ajak awak kahwin dengan saya " merah padam muka Adriana.

Tak pernah-pernah dia ajak lelaki kahwin. Tapi kali ini dia terpaksa. Dia sudah tiada pilihan lain.

Ternganga luas mulut Shahrul. Dia salah dengar ke tadi?

" Kahwin? Awak ajak saya kahwin dengan awak? " soalnya meminta kepastian.

Adriana mengangguk.

" Saya serius. Ya saya tahu benda ni tiba-tiba jer. Tapi saya harap awak dapat terima lamaran saya ni " .

" Awak biar betul? Kahwin ni bukan perkara main-main tau. Lagipun saya belum cukup duit " .

" Shah awak tak payah risau pasal duit. Saya tak minta apa-apa pun daripada awak. Kita nikah jer. Tak perlu buat majlis besar-besaran pun. Lagipun saya dah tak ada keluarga. Awak pun kan? " .

" Tapi Ad.. " .

" Shah please, saya tak pernah merayu macam ni dekat mana-mana lelaki tau. Saya nampak keikhlasan awak layan anak-anak saudara saya. Dia orang pun dah mula sayangkan awak. Saya buat semua ni bukan untuk kepentingan saya, awak jangan salah faham pulak. Saya buat semua ni untuk Alif dan Alisa. Saya nak bahagiakan dia orang. Saya tahu saya tak mampu kalau nak bahagiakan dia orang seorang-seorang. Saya perlukan awak " .

Ah kau memang dah gila Adriana. Sanggup merayu pada Shahrul untuk terima lamaran kau. Adriana mengutuk dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience