BAB 10

Romance Completed 25394

" Cik Ad, saya bangga betul dengan cik Ad. Walaupun cik Ad busy kerja, cik Ad masih lagi ambil berat tentang anak-anak saudara cik Ad. Saya tahu bukan senang cik Ad nak uruskan semua tu " kata Aini.

Ketika itu mereka berada di restoran. Sejak dua menjak ini, hubungan persahabatan antara Adriana dan Aini semakin rapat. Lagi-lagi apabila Aini banyak membantunya.

" Saya tak tahulah Aini sama ada saya ni kuat atau tak untuk hadapi semua ni. Saya takut kalau awal-awal jer saya boleh uruskan semua ni lepas tu nanti saya give up sebab dah tak larat" .

" Apa kata cik Ad kahwin. Kalau cik Ad kahwin, sekurang-kurangnya cik Ad tak adalah nak kena uruskan semuanya sendiri. Suami cik Ad mesti akan bantu cik Ad " cadang Aini.

Terlopong mulut Adriana mendengar cadangan Aini. Kahwin?

" Kahwin? Aini, awak ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke. Lagipun saya manalah ada calon " .

" Kan cik Ad pernah cerita dekat saya pasal lelaki yang jual burger tu, dia kan rapat sangat dengan anak-anak saudara cik Ad. Cik Ad kahwin jer dengan dia. Sekurang-kurangnya dia boleh jaga anak-anak saudara cik Ad bila cik Ad sibuk. Tak adalah anak saudara cik Ad rasa diabaikan bila cik Ad sibuk " .

" Hah? Awak nak saya kahwin dengan penjual burger tu? Tapi saya tak cintakan dia. Perasaan suka pun tak ada langsung. Takkanlah saya nak kahwin dengan dia " .

Adriana akui Alif dan Alisa memang rapat dengan penjual burger itu. Hampir setiap hari mereka mengajak Adriana datang ke gerai burger. Dia juga nampak cara layanan lelaki itu pada anak-anak saudaranya. Lelaki itu sangat baik melayani karenah Alif dan Alisa. Alif dan Alisa juga nampak selesa apabila bersama dengan lelaki itu. Tetapi dia langsung tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan lelaki itu.

" Cik Ad, zaman sekarang ni ramai jer yang bercinta selepas nikah. Haa lagi romantik apa. Pasal cinta cik Ad tak payah lah risau. Yang penting anak-anak saudara cik Ad. Cik Ad nak ke dia orang rasa tersisih tanpa kasih sayang? Cik Ad fikirkanlah masak-masak" .

Kahwin? Aduh tidak pernah terlintas langsung di fikirannya untuk berkahwin dalam masa yang terdekat. Tapi dia tak boleh pentingkan dirinya sendiri. Dia harus fikirkan tentang Alif dan Alisa juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience