BAB 20

Romance Completed 25273

Adriana dan Shahrul jalan beriringan keluar daripada pasaraya tesco. Mereka baru sahaja lepas membeli barang-barang keperluan rumah. Memandangkan hari ini Adriana mengambil cuti, jadi dia mengajak Shahrul memberi barang keperluan rumah.

Shahrul memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam bonet kereta.

" Adriana " .

Adriana dan Shahrul terus menoleh.

" Danial? Apa you buat kat sini?" soal Adriana.

" I nak kan you Ad. I tahu you tak bahagia dengan lelaki ni " .

" You dah gila ke Danial?! " Adriana mula geram dengan lelaki itu.

Shahrul hanya menjadi pemerhati antara mereka.

" Lelaki macam ni ke you jadikan suami Ad? Setakat jual burger " Danial tergelak sinis.

" Hei Danial! Siapa pun dia, apa pun kerja dia you siapa nak pertikaikan? Sikit pun you tak ada hak atas I. You bukan sesiapa pun dalam hidup I. Now berambus! " .

" Ad you lupa ke I orang yang pernah you sayang, you cinta. Senang macam tu jer you lupakan I kan " .

" Tapi itu semua dulu. Sekarang ni you dah tak ada dalam kisah hidup I lagi. I dah lama anggap you mati Danial. Jangan ganggu I lagi. Kalau tak, I tak teragak-agak untuk report polis " ugut Adriana.

" Ad please Ad...I sayangkan you. I tak boleh untuk lupakan you Ad " Danial memegang tangan Adriana.

Adriana segera menepis.

" Eh bro, jangan berani-berani nak sentuh isteri orang " Shahrul yang sejak daripada tadi jadi pemerhati mula masuk campur.

Tidak mungkin dia boleh duduk diam apabila ada lelaki memegang tangan isterinya.

" Hei kau jangan nak masuk campur lah " marah Danial.

" Bro dia ni isteri aku. Tak akan aku nak duduk diam jer bila kau pegang-pegang isteri aku " balas Shahrul.

" Kau memang cabar aku lah! " Danial terus menghayun penumbuk tepat ke muka Shahrul menyebabkan Shahrul terdorong ke belakang.

" Danial! " jerit Adriana.

Danial betul-betul dah melampau. Suka-suka jer dia nak pukul Shahrul.

Adriana membantu Shahrul bangun. Belum sempat Shahrul berdiri, Danial menghadiahkan lagi penumbuk ke muka Shahrul.

" Danial stop it! " Adriana menarik baju Danial.

" Lepaskan I Ad. I nak ajar mamat ni. Dia dah rampas you daripada I " .

" Danial cukup lah. Shah tak salah " Adriana cuba menghalang Danial daripada terus membelasah Shahrul.

" Tepi Ad! You jangan sibuk " Danial menolak tubuh Adriana sehingga gadis itu terduduk jatuh.

" Argghh! " Adriana memegang lengannya yang sakit akibat terhentak.

" Ya Allah Ad! " Shahrul terus menumbuk perut Danial.

Danial terbaring lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience