BAB 18

Romance Completed 25273

" Dah kenyang? " soal Shahrul.

Adriana mengangguk perlahan.

" Ad, boleh tak lepas ni saya mintak sangat dekat awak jaga diri awak. Ya saya tahu awak banyak kerja, tapi awak tak boleh abaikan diri awak. Sampai awak lupa makan, tidur tak menentu. Saya tak nak awak sakit, awak tahu tak saya risau bila awak sakit " .

Adriana terkedu seketika. Err dia risau kalau aku sakit? Aku silap dengar ke?

" Maksud saya, kalau awak sakit kesianlah dekat Alif dan Alisa. Dia orang mesti tak nak tengok awak sakit kan " Shahrul cepat-cepat menutup malunya.

" Ya saya janji lepas ni saya tak akan abaikan kesihatan saya lagi. Terima kasih sebab jaga saya " .

" Awak isteri saya Ad. Awak adalah tanggungjawab saya. Saya akan selalu ada untuk awak " Shahrul tersenyum kecil.

Adriana mengangguk perlahan.

" Alif dan Alisa perlukan kita Ad. Dia orang dah tak ada sesiapa lagi selain kita. Jadi awak kena jaga diri awak. Saya dah tak nak awak sakit lagi. Okay? " .

" Okay " jawab Adriana akur.

" Saya nak pergi tengok dia orang sekejap. Kalau ada apa-apa, awak panggil saya " Shahrul terus melangkah keluar daripada bilik Adriana.

" Shah, tunggu " panggil Adriana.

Shahrul menoleh.

" Ya? ".

" Terima kasih " ucap Adriana.

" Sama-sama Ad. Awak rehat ya " Shahrul tersenyum kecil.

Adriana mengangguk.

Shahrul duduk sendirian di buaian diluar rumah. Bintang-bintang yang bercahaya di langit direnungnya. Di tangannya terdapat gitar. Sudah lama rasanya dia tidak bermain dengan gitar. Jadi malam ini saja dia ingin bermain gitar semula. Memandangkan malam ini dia free kerana masih tidak berniaga. Azlan masih berada di kampung. Lagi dua hari baru Azlan pulang.

" Shah " tegur Adriana.

Shahrul terus menoleh.

" Eh Ad " .

" Jauhnya termenung " .

" Mana ada saya termenung. Saja ambil angin malam dekat luar. Alif dengan Alisa dah tidur ke? " .

" Ha'ah dia orang dah tidur. Saya pulak yang tak boleh tidur malam ni sebab siang tadi saya dah tidur lama sangat " .

Shahrul ketawa kecil.

" Marilah temankan saya kat sini " ajak Shahrul.

" Boleh ke saya duduk sekali? " soal Adriana.

" Boleh Ad. Marilah " .

Adriana melabuhkan punggungnya di sebelah Shahrul.

" Awak pandai main gitar ke? " pandangannya jatuh pada gitar yang berada di tangan Shahrul.

" Pandai tu tak adalah pandai sangat. Biasa-biasa jer. Lagipun saya dah lama tak main guitar. Dulu sebelum saya berniaga burger, saya busking tepi jalan jer " cerita Shahrul.

Terangguk-angguk kepala Adriana. Rupanya banyak benda lagi yang dia tidak tahu tentang Shahrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience