BAB 13

Romance Completed 25273

" Adriana tunggu! " Danial mengejar langkah Adriana. Haish laju betul minah ni jalan. Getus hatinya.

Adriana mengeluh kasar. Apa lagi dia nak agaknya.

" You nak apa lagi Danial?! " soal Adriana.

" I nak you Ad " .

Mencerlung mata Adriana memandang Danial.

" What? You ingat I ni apa? Barang permainan ? " .

" Ad, I menyesal tinggalkan you dulu. I still love you Ad. Please forgive me and we start again our relationship " pinta Danial.

" Hei Danial, you cakap seolah-olah you mangsa keadaan. You lupa ke apa yang you dah buat dekat I dulu? You khianati cinta I. I masih ingat lagi, you cakap you akan lebih bahagia bila tanpa I. Then kenapa sekarang tiba-tiba berubah pulak? " .

" Ad, I'm sorry. I menyesal. Give me a second chance " .

Adriana menggelengkan kepalanya. Melihat wajah Danial pun dia tidak sanggup, apatah lagi beri peluang kedua kepada Danial.

" Dah terlambat Danial. I tak sangka pulak you ni jenis yang dah ludah, jilat balik. Sekali you dah buang I daripada hidup you, I takkan jadi bodoh untuk terima you semula. Can't you stop ganggu I? I rimas! " .

" Ad kenapa susah sangat ha you nak terima I semula? " .

" Sebab I dah kahwin " jawab Adriana selamba.

Berubah terus riak wajah Danial.

" You jangan tak tipu I lah Ad. You ingat I ni senang-senang nak percaya?" .

" You nak percaya atau tak, terserah pada you. I tak paksa you untuk percaya. Dah lah Danial, I dah tak nak tengok muka you lagi, tolong jangan muncul lagi depan mata I " Adriana terus berlalu meninggalkan Danial.

Danial meraup rambutnya kasar.

" Kau ingat senang-senang aku nak mengalah? Jangan haraplah Ad. Aku akan pastikan kau melutut semula dekat aku " tekad Danial.

Hari ini Adriana pulang lewat sikit daripada pejabat kerana banyak kerja yang perlu disiapkan. Mujur Aini sudi menemaninya sehingga lewat malam. Alif dan Alisa pula dijaga oleh Shahrul. Shahrul terpaksa membawa mereka ke gerai memandangkan Shahrul harus berniaga. Selalunya waktu malam Adriana yang akan menjaga mereka. Siang pula Shahrul yang uruskan mereka.

Adriana melangkah masuk ke dalam rumah. Sudah gelap. Pasti mereka semua sudah tidur.

" Ad? " Shahrul tiba-tiba muncul di hadapannya.

" Arghhhh! " jerit Adriana terkejut. Dia terus pengsan.

" Ad! Ad kenapa ni? " Shahrul menekan suis lampu. Ruang yang gelap itu kini sudah terang-benderang.

" Ad, bangun Ad " Shahrul menampar lembut pipi Adriana.

Dia terus mencempung tubuh Adriana dan meletakkannnya di atas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience