BAB 3

Romance Completed 25273

Adriana terkocoh-kocoh bangun daripada katil dan melangkah masuk ke kamar mandi. Dia sudah terlewat bangun untuk ke pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Selalunya arwah Adina yang akan mengejutkannya bangun pagi kerana Adriana seorang yang agak susah untuk bangun pagi. Ya Allah kuatkan aku untuk lalui semua ini tanpa Kak Dina.

Selepas bersiap, Adriana melangkah pula ke bilik Alif dan Alisa untuk mengejutkan mereka. Kelam-kabut pagi itu. Ikutkan Adriana masih lagi tidak mahu masuk ke pejabat tapi setelah seminggu pejabat ditinggalkan, terlalu banyak kerja yang tertangguh. Dia harus menyiapkannya.

Lagipun kerja Adriana semakin bertambah kerana selepas ini dia akan mengambil alih FA Holdings. Mahu atau tidak, dia harus mengambil alih syarikat itu. Jika tidak, sia-sia sahaja penat lelah arwah abang ipar dan kakaknya membangunkan syarikat itu sehingga berjaya. Memang bukan hal yang mudah untuk mengambil alih syarikat. Lagi-lagi dengan usianya yang masih muda, tetapi Adriana tiada pilihan lain.

" Alif, Alisa cepat sayang. Maksu dah lambat ni " .

Adriana tidak sempat untuk menyediakan sarapan pagi ini. Dia hanya memberikan Alif dan Alisa makan roti kosong. Itu saja yang ada. Alisa tidak mengapa jika tidak bersarapan pun kerana pihak taskanya akan memberikannya makan. Cuma Alif terpaksa menahan lapar sehingga tiba waktu rehat. Kasihan anak-anak ini. Kalau Kak Dina ada, pagi-pagi lagi dia sudah menyediakan sarapan buat mereka.

Tapi kini semuanya tiada lagi. Adriana harus bangkit. Dia harus berdikari.

Selepas menghantar Alif dan Alisa ke sekolah mereka, Adriana terus memecut laju menuju ke pejabat. Tepat jam 8.30 dia tiba di pejabat.

" Selamat pagi cik Adriana " ucap Aini sebaik Adriana melangkah masuk ke dalam pejabat.

" Morning " Adriana tersenyum kecil sebelum berlalu masuk ke biliknya.

Dia menghempaskan tubuhnya di atas kerusi. Berpinar matanya sebaik melihat fail-fail yang bertimbun di atas meja. Ini pasti kerja-kerjanya yang tertunda selama seminggu. Nasiblah Adriana.

Tok..tok..

" Masuk " laung Adriana.

Aini melangkah masuk ke dalam bilik Adriana.

" Cik Adriana, client kita minta cik Adriana submit kertas kerja untuk projek kita dalam minggu ni jugak "beritahu Aini.

" What? Mana sempat nak siap. Tak boleh ke tunda sampai minggu depan?" .

" Saya dah cuba cakap dengan pihak dia orang. Tapi keputusan dia orang tetap sama " .

Adriana meraup wajahnya. Ya Allah dugaan apakah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience