BAB 12

Romance Completed 25273

Adriana memandang ke arah Alif dan Alisa yang sedang ralit menonton televisyen.

' Alif, Alisa, maksu sayangkan sangat kau orang berdua. Maksu sanggup buat apa saja demi kebahagiaan kau orang berdua ' .

" Alif, Alisa " panggilnya.

Mereka berdua terus menoleh ke arah Adriana.

" Ada apa maksu? " soal Alif.

" Mari sini kat maksu " Adriana menepuk sofa di sebelahnya.

Mereka berdua terus melangkah ke arah Adriana. Adriana mengangkat Alisa duduk di atas pangkuannya.

" Alif dengan Alisa suka tak kalau maksu kahwin dengan abang Shah?" soal Adriana.

" Betul ke maksu nak kahwin dengan abang Shah? Alif suka sangat! " jawab Alif teruja.

" Lisa pun suka. Abang Shah baik sangat " jawab Alisa pula.

Adriana tersenyum senang mendengar jawapan anak-anak saudaranya itu. Jelas riak gembira di wajah mereka.

Pada awalnya Adriana takut Shahrul menolak lamarannya. Tetapi petang tadi Shahrul menghubunginya dan mengatakan dia setuju untuk berkahwin dengan Adriana. Adriana harap keputusan yang diambil ini adalah keputusan yang betul.

Hujung minggu ini dia akan bernikah dengan Shahrul. Tiada majlis persandingan. Hanya ada kenduri kesyukuran saja. Lagipun Shahrul juga sama sepertinya anak yatim piatu.

Dengan sekali lafaz, Adriana sah menjadi isteri kepada Shahrul. Shahrul juga sudah berpindah ke rumahnya. Dia tidak tinggal lagi di rumah sewa bersama dengan Azlan.

Mereka bernikah di masjid berdekatan dengan rumah Adriana selepas Isyak tadi. Kemudian mereka mengadakan kenduri kesyukuran.

" Mulai hari ni rumah ni, rumah awak jugak. Awak buatlah macam rumah sendiri. Jangan segan-segan " Adriana tersenyum nipis pada Shahrul.

Shahrul mengangguk kecil.

" Tu bilik awak, sebelah bilik Alif. Bilik lagi satu tu bilik Alisa " Adriana menunjukkan satu persatu bilik.

" Bilik awak? " soal Shahrul.

" Bilik saya yang tu " Adriana menunjukkan ke arah biliknya yang terletak di sebelah bilik Alisa.

" Kenapa kita tak sebilik jer? " soal Shahrul tiba-tiba.

Adriana tercengang. Erkk mamat ni lupa ke sebab mereka nikah?

" Shah awak tahu kan kita nikah sebab apa " .

Shahrul tersenyum kecil.

" Saya tahu. Saya cuma bergurau jer tadi " .

" Saya masuk bilik dulu. Dah lewat malam ni. Awak pergilah rehat. Good night " Adriana terus berlalu ke biliknya.

" Good night " Shahrul hanya memandang sepi langkah Adriana.

Dia terus menapak masuk ke dalam biliknya. Punggung dilabuhkan di atas katil.

Sejujurnya dia ikhlas bernikah dengan Adriana. Andai saja Adriana tahu yang dia sudah mula cintakan gadis itu. Saat pertama kali dia melihat Adriana dulu dia sudah jatuh cinta. Apatah lagi bila Adriana mengajaknya bernikah, pastilah dia sudi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience