BAB 9

Romance Completed 25273

Shahrul merebahkan badannya di atas katil. Tiba-tiba dia teringatkan gadis itu. Cantiknya. Dia tahu gadis itu sebenarnya bukanlah jahat seperti mana yang difikirkan sebelum ini. Mungkin gadis itu ada sebab yang tersendiri.

" Ya Allah Shah, kenapalah kau asyik ingatkan dia. Kau ni penjual burger jer. Manalah layak nak berdampingan dengan orang kaya macam dia. Sedarlah diri Shah. Entah-entah dia dah ada boyfriend " Shahrul bercakap sendiri dengan dirinya.

Tapi yang dia tahu, dia memang sudah jatuh cinta dengan gadis itu sejak pertama kali mereka bertentang mata.

Hari ini Adriana pulang awal sedikit daripada pejabat. Dia tidak mahu abaikan anak-anak saudaranya. Nanti tak pasal-pasal dia orang lari rumah lagi.

" Alif, Alisa jom kita keluar makan nak tak? " ajaknya.

" Nak! " jawab mereka berdua teruja.

" Okay malam ni maksu bagi peluang dekat kau orang pilih mana-mana tempat makan yang kau orang nak" .

" Maksu, Alif teringin lah nak makan burger abang Shah dengan abang Lan" .

Burger abang Shah dengan abang Lan? Errr lelaki haritu ke? Aduhai Alif, maksu ni baru jer nak mengelak dengan dia orang. Malu lagi dengan kejadian malam itu.

" Okaylah kita pergi makan dekat gerai abang tu " disebabkan dia sudah terlanjur menawarkan mereka memilih tempat makan yang mereka suka, Adriana terpaksa bersetuju.

" Abang Shah! Abang Lan! " Alif dan Alisa terus berlari ke arah mereka sebaik tiba di gerai burger itu.

Adriana hanya mengikut langkah mereka.

" Kau orang lari lagi ke? " soal Azlan.

" Taklah. Tu maksu " Alif menunjukkan jari ke arah Adriana.

Azlan tersengih. Alamak dia dah salah sangka. Shahrul yang sedang sibuk menyiapkan pesanan pelanggan terus menoleh ke arah Adriana yang sudah mengambil tempat di meja kosong. Dia nak makan ke dekat gerai burger aku ni? Soal Shahrul dalam hati.

" Shah oh Shah kau pandang mana tu Shah? Hangus burger customer nanti" tegur Azlan.

Dia bukannya tidak tahu kawan baiknya itu sudah angau. Rasanya sesiapa yang melihat Adriana pun boleh angau. Gadis itu sangat cantik lagi-lagi dia bertudung. Memang menepati ciri-ciri isteri solehah. Nasib baiklah dia dah bertunang, kalau tak dia pun angau pada Adriana.

Shahrul tersentak apabila ditegur. Dia tersenyum hambar pada Azlan. Azlan pula melangkah ke meja Adriana untuk mengambil pesanan.

Gerai burger mereka pada malam ini agak ramai pelanggan. Sehinggakan Shahrul tiada masa untuk berehat. Dia harus menyiapkan semua pesanan. Azlan pula kerjanya membancuh air dan mengambil pesanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience