Special Chapter (15)

Short Story Series 4930

Pada malam itu , suasana di rumah paktehnya itu sangat meriah dengan kehadiran sepupu dan makcik pakcik Mia yang lain. Tapi tidak semeriah hati Mia kini. Mia hanya bertemankan air mata dan lebih suka menyendiri.

"Ya Allah Mia , kat sini rupanya..orang tengah bergembira dalam rumah..ni dah macam orang meroyan duduk sorang-sorang kat luar ni kenapa??" bebelan Jasmin mengejutkan Mia yang sedang melayan perasaannya .

"Tak ada lah Mia saja nak ambil angin malam , sejuk. Macam sesak lah kat dalam tu." sengih Mia . Sedangkan dia cuba untuk mengelakkan diri dari bertembung dengan 'baju hitam' dan 'perempuan' yang menyakitkan mata dan hatinya di dalam rumah itu.

"Hah biasalah tu bila keluarga besar berkumpul. Ni ha tadi mama Mia panggil ajak berborak sekali." beritahu Jasmin .

"Okay." balas Mia pendek.

Mia menuju ke arah ibunya , hatinya berasa sedikit gugup melihat ibu , ayah , pakteh dan cikSiti sedang berbual mesra manakala 'baju hitam' dan 'perempuan' itu turut berada di situ juga.

"Aduhhh.. kenapa dia ada kat sini..orang tak nak jumpa dia lah." gumam Mia di dalam hatinya.Lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah ibunya.

" Ni haa Badlee ..aku nak cakap yang Mia ni dia dah tunang ..tapi kami tak buat majlis pun..cuma sarung cincin je." kata ibu Mia kepada Abang nya merangakap pakteh Mia.

"Lahh dah tunang ...ni Haziq ni pun dah jadi tunangan orang jugak... haa bolehlah buat majlis sekali." cadang paktehnya.

Mia terkejut mendengar kata- kata paktehnya ..nak buat majlis sekali dengan 'baju hitam' ?? Hatinya yang terasa bagai ditusuk oleh beratus ribu panahan duri disebabkan terima pilihan calon suami yang dicadangkan ibunya itu ditambah lagi dengan berita 'baju hitam' sudah bertunang ..Dan sekarang ni ditambah lagi mahu buat majlis sekali. Sanggupkah Mia melihat orang yang dicintainya itu bersanding bersama perempuan lain, sekarang ni pun hatinya bagai dihiris-hiris melihat kemesraan 'mereka' lagi sekali..Dah macam belangkas tak berenggang langsung asyik berkepit je. Kakinya bagaikan mahu cepat pergi tinggalkan tempat itu. Di dalam hatinya kini, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana sakitnya yang Mia hadapi sekarang ini.

"Haa bagus jugak cadangan tu.. macam tu kita pilih tarikh je lah nanti ..keluarga tunang Mia pun tak kisah nak buat majlis tu bila..tapi keluarga tunang si Haziq ni tak kisah ke??." jawab ibu Mia .

"Kalau macam tu kita buat majlis dalam dua bulan lagi lah ..Keluarga tunang Haziq tak kisah pun .. so jadi kan kita buat majlis sama-sama dalam dua bulan lagi? Mia okay kan ?" Tanya paktehnya inginkan kepastian.

Mia hanya angguk dan tersenyum kelat. Di tubir matanya terasa panas menandakan air mata nya mula hendak keluar. Lalu dia terus meminta izin untuk masuk tidur.

Setelah berlari anak menuju ke bilik dan mengunci pintu , seluruh badan Mia bagaikan tiada tenaga ..dia langsung terduduk dan menangis ter esak - esak tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Ya Allah dugaan apa yang kau beri kepada ku ini ya Allah ...Aku lemah ya Allah ..Aku tak mampu... Aku tak kuat ya Allah .." kata Mia perlahan sambil memegang dadanya yang terasa amat sakit akibat tangisannya itu. Hatinya kini seperti telah hancur selumat- lumatnya. Dia akan menjadi isteru orang dalam masa dua bulan sahaja lagi. Dia buntu. Fikirannya amat serabut ditambah dengan emosinya yang tidak stabil.

"Ya Allah .. kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan mu ini. Sesungguhnya , Aku sudah tiada kekuatan lagi ya Allah ..hanya engkaulah tempat aku berharap, mengadu dan meminta pertolongan.

Setelah puas menangis akhirnya Mia tertidur dengan air mata yang masih tersisa di pipinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience