chapter 5

Short Story Series 4930

Jasmin ligat memerhatikan Mia yang asyik memandang ke arah lelaki yang memakai baju hitam itu, dari semasa mereka makan bersama lagi, mata Mia tidak lepas dari melihat ke arah lelaki itu.Bila ditanya, tak pandang apa2 pun.Bukan dia tidak dengar Mia memuji lelaki itu semasa berjalan menuju ke rumah kenduri tadi.Dia juga mencuri dengar dikala Mia membebel menafikan perasaannya.

"Mia pandang crush baru ke tuuu?? tekun semacam jee tengok.Ni minat dekat budak baju hitam tu kan, nama dia Haziq tadi mimin terdengar sebb ada ciksiti panggil dia tadi." kata Jasmin mengejutkan Mia yang masih leka memandang si 'baju hitam' itu, cumanya Mia akan cover bila dia dituduh memandang lelaki itu.Tapi hakikatnya memang Mia asyik memandang lelaki itu.

"Hahhh..err mana ada mimin ni orang pandang pokok lah yang kat belakang dia tu, bukan dia..apaa lah mimin niii tuduh orang jee...ouhh nama dia Haziq ehh, okay tak nak tau pun".Balas Mia.

"Uishhhh bahaya - bahaya mimin perasan..lepas ni kene cover sikit lah mata ni..ouhhh nama dia haziq rupanya....hihihihihi". gumam Mia di dalam hatinya, sambil dia tak sedar bahawa dirinya sedang menguntum senyum.

"Haaa Mia!!! senyum apaa niii??! mesti dah angau kan 'baju hitam' tu kan??? haaa mimin dah tahu dahh". usik Jasmin sambil menepuk lengan Mia.

"Ehh mana adaaa...tadi orang senyum sebab teringat bende lawak lahh dah jom masuk dalam rumah balik, nak ambil gambar". kata Mia malu sambil tersengeh.

"Eeee tak faham lah ngan hati aku ni, kenapa macam rasa lain eh bila jumpa or cakap pasal 'baju hitam' tu".omel Mia di dalam hatinya lantas terus masuk ke rumah untuk mengambil gambar bersama ahli keluarga nya yang lain.

*****************************

Setelah selesai mengambil gambar, ibu Mia menyuruhnya untuk salam pakteh dan cikSiti kerana mereka sudah mahu pergi ke kereta dan bersiap untuk pulang.

Mia melangkah dengan hati yang berat ke arah dua mempelai itu merangkumi pakteh dan isterinya.Sementara sepupu dan makciknya yang lain masih lagi mengambil gambar dan berborak bersama tetamu-tetamu yang lain.

Mia faham mengapa ibunya menyuruh untuk masuk di dalam kereta lebih awal dari makciknya yang lain akibat panas dan sesak.

Perasaan di dalam hatinya berkecamuk. Ada perasaan kecewa dan sedih. Dia tahu dia mesti tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki baju hitam itu lagi, kerana dia tidak kenal pun siapa lelaki tersebut. Ya , dia sangat yakin semua perasaan sedihnya berpunca kerana dia harus meninggalkan lelaki itu.walaupun dia tidak faham lagi apa perasaannya pada 'baju hitam'.

" 'baju hitam', insyaallah kalau ada jodoh kita jumpa lagi". Ujar mia di dalam hatinya, sambil melihat ke arah lelaki itu sebelum dia memasuki kereta. Hatinya betul-betul sedih. Pada saat itu dia hanya berserah ke pada Allah sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience