Special Chapter (21)

Short Story Series 4930

Dengan sekali lafaz Mia sudah menjadi isteri orang. Air matanya jatuh dan terus dilap menggunakan tisu yang diberikan oleh ibu nya.

Tapi Mia tidak dapat mendengar nama suaminya . Dia hanya dapat menangkap butir-butir kata dari suaminya saja. Sekarang ini akan mulanya upacara pembatalan air sembahyang. Dan ini akan menjadi pertemuan pertama antara Mia dan suaminya.

"Assalamualaikum isteriku." Mia perlahan mendongak ke arah depan mahu melihat wajah yang telah sah menjadi suaminya. Ya , suara itu ..dia amat kenal dengan suara itu.

Wajah Haziq berada di depannya . Dia bagaikan tidak percaya. Air mata nya mengalir lagi sekali. Mia berasa amat-amat bersyukur kerana doanya selama ini telah dikabulkan.

"Waalaikumsalam ." Ujar Mia perlahan . Malu!

" Drama apa lagi ni , hulur lah tangan tu Mia .." Kata ayah Mia berbaur usikan.

Mia menghulurkan tangannya. Lalu 'baju hitam' terus menyarungkan sebentuk cincin permata bewarna emas putih. Dan Mia juga menyarungkan cincin di jari suaminya. 'Baju hitam' dapat merasakan tangan Mia yang sejuk itu. Dia hanya tersenyum , tahulah yang Mia berasa gementar.

Mia terus menyalam tangan 'baju hitam' , manakala tangan kiri Haziq berada di ubun-ubun nya. Selepas bersalam terus sahaja Haziq mengangkat dagu Mia menghadapnya dan mencium dahi isterinya itu. Lensa kamera tidak berhenti- henti menangkap gambar mereka. Pipi Mia sudah naik merah kerana perasaan malu yang amat.

"Terima kasih Mia , sudi jadi isteri saya ." bisik Haziq romantis. Mia hanya tersenyum malu.

*************************

Tulang pipi Mia bagaikan mahu kejang . Seharian mereka mengambil gambar membuatkan Mia dan suaminya berasa agak penat. Mia tersenyum malu mengingatkan kenangan semasa mereka mahu mengambil gambar tadi . Pelbagai gaya yang bagi Mia agak memalukan disuruh oleh jurugambar . 'Baju hitam' pula bersahaja je ikut arahan jurugambar tersebut. Mia sahaja yang kelihatan kekok sedikit.

Mia merehatkan diri di ruang tamu rumah. Sementara Haziq berada di bilik 'mereka' membersihkan dirinya. Tiba- tiba ibu Mia dan Jasmin datang dan duduk bersama Mia .

" Happynya dia dapat kawin dengan crush dia tuu." usik ibu Mia .

Mia terkejut mendengar usikan ibunya itu. Mana ibunya tahu.

"Mana mama tahu ni."

"Ni haa mula-mula mimin yang bagitahu Mia suka Haziq tu ..lepastu tiba-tiba cikSiti nak merisik Mia ..katanya dia berkenan dengan Mia..Dia kata lagi, Haziq pun minat dekat Mia jugak sbb dia ada tulis dalam diari dia, cikSiti terbaca ..Mak pun setuju je lahh ..Saja nak bagi surprise untuk Mia ..." terang ibu Mia panjang lebar. Jasmin disebelah Mia hanya tersenyum sambil membuat gaya peace sahaja.

"Ouhh mimin bocor rahsia ehh.." Dalam hatinya sudah berbunga-bunga mendapat tahu yang rupanya 'baju hitam' pun minat dia juga.

"Mama tapi umur dia berapa eh ..dari dulu lagi Mia nak tahu tapi malu nak tanya..heheh." Tanya Mia kepada ibunya.

"Ouhh..umur dia dua puluh lapan tahun beza empat tahun je dari Mia ."

"Ouhhhh ..Okaylah mama, Mia nak masuk bilik dulu ni .." kata Mia . Ibu Mia hanya tersenyum sambil mengangguk .

"Assalamualaikum.. " Mia memberi salam sambil membuka pintu biliknya.

"Waalaikumsalam .. Mia pergi mana tadi?" soal 'baju hitam' sambil mengeringkan rambutnya .

"Haihhhh..hensem plus comellnyaaaa suami aku nii.."gumam Mia di dalam hatinya .

"Mia kat ruang tamu tadi ...berborak dengan mama ..ehh jap awak ni pakai baju kemeja smart-smart ni nak pergi mana??"

" Ouhh..Saya nak ajak awak keluar..jomm" ajak 'baju hitam'.

"Haaa nak keluar?? pergi mana ?? " tanya Mia . Mukanya blur.

"Awak ikut je lah sayanggg..saya tunggu dekat luar..cepat sikit tau sayanggg ." kata 'baju hitam' dengan suara yang manja sambil mengenyitkan mata ke arah Mia. Comel nya muka Mia !

Mia tergamam dengan kata-kata dan tingkah suaminya itu. Dia rasa dia sudah cair dengan suaminya sendiri.

"Sayanggg?!!..uishhhh maluuuu nyaaaa!!!" Ucap Mia sambil menepuk bantal.Lantas dia terus bersiap dan terus keluar menuju ke arah suaminya.

************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience