special chapter (17)

Short Story Series 4930

Lalu Mia perlahan mendongak memandang ke arah suara yang menegurnya.

Mia tergamam di situ dan lidahnya kelu. Dia terkejut melihat 'baju hitam' di depannya kini. Dan ini juga kali kedua Haziq bercakap dengannya . Kebiasaanya , mereka hanya tersenyum sahaja jika berjumpa.Suara Mia bagaikan tersekat di kerongkong , lututnya juga bagaikan tiada tenaga langsung.

"Wa.. waalaikumsalam , haah s...saya beli kat sini.Tunang saya tak ada , dia kata dia nak ambil sendiri..awak buat apa kat sini , sampai ke kajang awak pergi ni?."jawab Mia tergagap. Malu yang amat sangat dirasakannya kini.

"Ouhhh.. Saya pun beli baju kat sini jugak...Hahah jauh sikit..saya datang sini nak ambil baju ni ha..awak free ke lepas ni..kalau free jom pergi makan kat restoran nasi ayam yang famous tu ..tempat tu je saya tahu kat Kajang ni...Jangan risau ...Saya belanja.." pelawa Haziq sambil senyum memandang Mia .

"ARGHHHHHH!!! AKU CAIRRR DAH NII OIIII!! YA ALLAH SUMPAHH LAHH NAK AJAK MIA MAKANNN!! EEEEE MALUUUNYAAA!! EII RASA MACAM NAK NYOROK JEE DALAM GUA LAHH!." Ujar Mia girang di dalam hatinya.

"Mia ..awak free kee?? Boleh ke kita pergi makan sama ni..awak senyum ni kenapa , ada apa-apa ke?" ucap 'baju hitam' sambil melambai Mia yang sedang tersenyum sendiri.

"E..errr tak ade apa-apa pun ..hahah saja je senyum teringat bende lawak." kata Mia termalu sendiri.

"Urmm saya free jee , boleh je nak makan sama..hehehe." ucap Mia sambil tersenyum manis memandang 'baju hitam'. Lalu setelah mereka mengambil baju dan menyelesaikan apa yang patut. Mereka bergerak ke arah kereta dan menuju ke arah kereta masing-masing dan bergerak menuju ke kedai makan tersebut.Mua berasa amat gembira sekali. Bagai ringan sikit perasaan sedih di hatinya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience