Chapter 7

Short Story Series 4930

"Mama, siapa eh yang pakai baju hitam tu?" Tanya Mia lagi,masih mencuba untuk dapat kan maklumat tentang 'baju hitam'.

"ouhh dia tu pun anak cikSiti jugak lah..lupa pulak nak cakap tadi."Kata ibu Mia.

"Haa, ye kee maa?"Tanya Mia lagi ingin kan kepastian.Dalam hatinya, bagaikan mahu menjerit apabila mendapat tahu bahawa 'baju hitam' adalah sepupu tirinya.

"yeee." jawab ibu Mia pendek.

"Ya Allah terima kasih kau telah dengar permintaan ku ya Allah!..Aku bersyukur sangatt...Yeayyyy!! kalau ada rezeki bolehh lah jumpa dia lagi!"gumam Mia di dalam hatinya sambil tersenyum manis. Dia merasa seperti mahu melompat sahaja, mujur sahaja Mia berada di dalam kereta . Kalau tidak mesti dia sudah dicop gila oleh orang-orang yang melihatnya.

****************************

Pada malam yang dingin itu, Mia seperti biasa duduk seorang diri di meja batu dalam halaman rumahnya sambil ditemani lagu 'istimewa' nya itu dan secawan milo panas.

Dia tersenyum mengingati memori dia berjumpa dengan 'baju hitam' tadi. Mia akui, Haziq mempunyai rupa paras yang comel berbanding dengan kacak. Haziq juga mempunyai sepasang mata yang amat cantik, bulu matanya juga lentik..Dan memiliki senyuman yang manis sekali.Rambutnya pula dibiarkan agak 'messy' tapi tidak terlalu sangat.

"Assalamulaikum cik Miaa..boleh Saya duduk?"Tanya Jasmin kepada Mia sambil tersenyum mengejek.

"Waalaikumsalam cik Mimin..bolehh sangat..duduk tepi pokok tu sana tu pun bolehh"ujar Mia sambil ketawa kecil.

"Ishhhh, mimin tak usik Mia pun tauu." ucap Jasmin membuat gaya merajuk.

"Alalalala..okay-okay tak usik dahh...Mimin Mia ada benda nak cerita ni, tapi janji jangan bagitahu sesiapa tauu."kata Mia kepada Jasmin.

" Janji-janji , haa nak bagitahu apa?" jawab Jasmin .

"Sebenarnya kan , Mia rasa mia macam minat lah kat 'baju hitam' tu." ujar Mia meluahkan rasa hatinya. Dia yakin dengan perasaannya kini, dia telah kalah dengan motonya itu.Dia akui dia memang sudah ter'crush' kan sepupu tirinya itu.

"Haaaa Mia dah jatuh cinta ehhh..bagitahu cikSiti ada orang jatuh cinta kat anak dia... Mimin dah agak dah Mia suka dia, sebab tadi waktu Mia pergi kereta tu muka Mia macam sedih lepas pandang muka 'baju hitam' ." Kata Jasmin panjang lebar bersertakan usikan.

"Eiii mana ada jatuh cinta.. orang minat jee lahh, crush faham tak?? C.R.U.S.H. Tapi Mia tak nak pun dia suka Mia balik.. biar Mia je suka dia..mimin nii tak payahlah bagitahu cikSiti ..baling mimin kat longkang kang baru tahuu" bebel Mia sambil tangannya memberikan satu pukulan di lengan sepupunya itu.

"Okayy - okayy Tak bagitahu, okay lah Mia jom kita masuk tidur esok kan Mia nak balik kajang ."ajak Jasmin

"haah kan, jom lah..siapa lambat dia kunci pintu"kata Mia sambil ketawa kecil dan pantas meninggalkan Jasmin yang terpinga-pinga itu.

"Heishhh budak ni, nampaknya Aku lah yang kena tutup pintu nii." Bisik Jasmin di dalam hatinya sambil tersenyum menggelengkan kepala melihat perangai Mia yang seperti kanak-kanak, Tak padan dengan 15 tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience