chapter 4

Short Story Series 4930

Awal pagi tadi Mia sudah bangun dan solat subuh berjemaah bersama sepupunya. Sekejap lagi dia akan bergerak ke majlis paktehnya itu..Mia mengenakan baju kurung berwarna ungu dan dipadankan dengan tudung berwarna biru gelap. Dia kelihatan sungguh manis sekali .

Sejujurnya , dia pasti akan merindui setiap kenangan bersama keluarga dan sepupunya itu. Bukan mudah untuk dia berjumpa dengan sepupunya seperti orang lain , kerana ibunya bekerja sebagai seorang guru di kajang dan sepupunya menetap di Melaka. Jadi jika cuti sekolah sahaja baru dia ada kesempatan untuk berjumpa dengan sepupunya itu. Tapi walaupun jarak memisahkan mereka, Mia tetap rapat dengan sepupunya seperti selalu berjumpa.

*****************************

" Hahhhh panasnyaa cuaca hari nii! eishh tak selesalah pulakk adoii..baru pukul sebelas lebih kot, tapi panas nya mengalahkan panas tengahari..." ujar Mia sambil berjalan menuju ke rumah kenduri serta membawa dulang hantaran, dan tanganya yang sebelah kanan sibuk mengipaskan dirinya yang kepanasan itu.

Sedang Mia berjalan menuju ke rumah kenduri itu , dia terlihat seorang lelaki yang membuatkan dia berasa sesuatu yang lain di dalam hatinya setelah sekian lama dia tidak merasa kan perasaan seperti itu.

"Ehhh, macam comel pulak lelaki yang pakai baju hitam tu lah". kata Mia di dalam hatinya.

" Yaya tengok kat sana, lelaki yang tengah cek suhu tu, Mia rasa macam comel pulak dia". kata Mia pada Suraya yang berjalan di sebelah nya.

"Eh ehh sempat lagi eh usyar tengah - tengah panas nii..nampak je mata tu...hahahahah" balas Suraya.Dia merasakan ada - ada je sepupunya yang seorang itu.. Dah lah mereka agak jauh lagi dari rumah majlis , lebih kurang beberapa belas meter dari jarak mereka.. Nampak ajee.. Tak padan dengan berkaca mata..

*****************************

Ketika Mia dan sepupunya hendak masuk ke dalam rumah yang agak dipenuh oleh tetamu- tetamu , dia perlu periksa suhu terlebih dahulu, maklumlah mesti lah kene mengikut S.O.P.

Jasmin dan Suraya sudah discan dan telah masuk ke dalam rumah, manakala Mia masih di luar dalam keadaan yang gelabah tidak tentu arah.

"Aduiiii baru tadi aku puji lelaki tu, asal dia pulak yang nak kene scan nii..aishh asal aku gelabah, malu semacam jee nii" gumam Mia di dalam hatinya.

"Nama siapa?" Tanya lelaki itu kepada Mia sambil mengescan suhu Mia.

"Eeer, Damia". jawab Mia pendek dalam keadaan yang sudah tak tentu arah disebabkan perasaan malu yang amat sangat kerana jarak mereka agak dekat.

Setelah selesai , Mia terus berjalanan laju meninggalkan tempat itu , dan menuju ke tempat sepupunya pergi iaitu di ruang tamu yang cantik dijadikan pelamin dan dihiasi oleh bunga - bunga hiasan dan lampu yang menarik dan sesuai dengan warna bunga tersebut.

"Eeeiiiii asal aku gelabah sangat tadi eh, jantung pun macam nak terkeluar jee , nasib tak terkeluar betul-betul.Lepastu macam rasa malu yang teramat sangatt and kalut semacam ..tantahh". Omel Mia di dalam hatinya sambil tanganya menyusun dulang hantaran yang dipegangnya dari tadi bersama dulang-dulang yang lain.

"Eishhhh nooo..noo..nooo aku tak minat dia and takkan ter'minat dengan dia.Dah lah stranger pulak tuu..hahah..Tak mungkin - tak mungkin". bebel Mia seorang diri sambil menggelengkan kepalanya.Mencuba menafikan perasaan yang timbul di otak nya saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience