Special Chapter (10)

Short Story Series 4930

Kini, Mia telah berjaya mencapai cita-citanya. Dia digelar sebagai Dr. Damia. Mia berasa amat bangga dengan rezeki yang diberikan kepadanya kini.

Namun , dia masih tidak mampu untuk melupakan tentang 'baju hitam'. Mia masih setia menunggu Haziq. Dia juga tidak faham dengan perasaannya yang langsung tidak boleh untuk move on walaupun sudah dicuba dan dipaksa, tapi hasilnya tetap sama. Mia masih menyukai Haziq .Dia tidak boleh menafikan perasaannya.

**************************

Kebiasaanya, pada waktu makan tengahari Mia memang akan makan di rumah ibunya , kerana rumah ibunya dan hospital tempat kerja Mia, memang dekat hanya mengambil masa di dalam 20 minit sahaja. Lagipun Mia memang tidak suka membazir.

"Mia , mama nak cakap sikit ni."suara ibu Mia memecahkan kesunyian di ruang meja makan itu.

"Cakap lah mama ...bunyi macam pelik je ni."balas Mia pelik dengan ibunya.

"Mama nak cakap pasal Mia."

"Hah pasal Mia , kenapa Mia ada buat salah ke."Tanya Mia. Pelik dengan soalan ibunya itu.

"Tak lah , Mia tak ada buat salah apa-apa pun. Mama nak tanya, Mia dah ada boyfriend or calon suami ke?" Soalan 'maut' itu ditujukan kepada Mia.

"Uhukk." tersedak Mia dibuatnya akibat soalan ibunya yang sangat dianggap merepek itu. Come on , dia baru 24 muda lagi kot untuk fikir pasal perkahwinan semua nii.

"Hahaha , mama cakap apa ni , of course lah Mia tak ada lagi calonnya tu..Lambat lagi Mia nak kawin..kenapa mama tiba-tiba tanya soalan macam ni ?" soal Mia semula.

"Hmmm , baguslah kalau Mia tak ada calon lagi..sebab mama dah ada calon suami untuk Mia ! " Ujarnya girang.

"Hah!! apa yang mama cakap ni??..M..Mia tak faham lah?"

" Ya Allah , risaunya aku, Aku tak bersedia lagi nak kawin...muda lagi kott...hishh ...Aku dah lah tengah tunggu ' baju hitam' nii..kalau Aku kawin nanti macam mana??..ya Allah tolonglah Aku ." kata Mia di dalam hatinya. Adakah memang tiada jodoh antara dia dan Haziq?.Hatinya dicampur dengan perasaan sedih dan tidak sampai hati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience