Special Chapter (11)

Short Story Series 4930

"Betul lah Mia...mama dah terima dah pinangan keluarga dia tu..kejap lagi mama bagi cincin , Mia pakai tau." kata ibu Mia sambil senyuman masih tidak lekang di bibir.

"Tapi kenapa mama tak bagitahu Mia dulu?? lagipun Mia tak sedia lagi lah ma..Mia masih muda lagi." ujar Mia sedikit kecewa dengan ibunya.

"Mia , mama buat semua ni untuk kebaikan Mia jugakk sayang, mama tahu Mia masih muda tapi mama nak Mia terjaga ..at least kalau Mia dah kawin nanti , tak payahlah mama nak risaukan tentang Mia lagi.. Mama ni bukan masih muda lagi Mia , mama nak jugak tengok Mia bahagia dengan keluarga Mia sendiri nanti. Terima ya sayang." terang ibu Mia panjang lebar , memujuk Mia .

"Hmmmm...mama jangan lah cakap macam tu.. okayy M..mia terima ..Mama jangan cakap macam ni lagi tauu." Dia mengalah , dia tidak sampai hati mahu menghampakan ibunya itu.

***************************

Di dalam biliknya , Mia memandang dengan perasaan yang sayu ke arah cincin di jari manisnya itu sambil fikirannya menerawang tentang nasib nya nanti.

Sedar tak sedar, dirinya kini telah menjadi tunangan orang...bagaikan tidak percaya pula.

"Nampaknya, kita memang tak ada jodoh baju hitam...Mia dah jadi tunangan orang dah.. Macam mana Mia nak buang perasaan Mia kat Haziq ni kalau semakin hari semakin bertambah perasaan tu. Bolehkah Mia lupakan Haziq?? setelah 12 tahun Mia pendam perasaan ni ?? Mia tak boleh percaya yang Mia memang kene lupakan Haziq...Mia tak sanggup dan tak boleh nak lupakan awak , Haziq." air matanya berjujuran jatuh mengalir membasahi pipinya itu. Sakit yang teramat sangat yang dirasakannya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience