Special chapter (14)

Short Story Series 4930

Di pagi yang segar itu , Mia sedang bersiap untuk pergi keluar bersama sepupu yang sangat dirindui itu.

Laju sahaja kereta Mia meluncur di atas jalan raya yang lengang itu. Semestinya tidak banyak kereta kerana hari itu bukan hari cuti.

Bunyi hon kereta Mia kedengaran agak bising di kawasan taman perumahan Jasmin .

"Assalamulaikum.. Mimin." Mia memberi salam

"Waalaikumsalam...haa kejap-kejap .." terkocoh-kocoh Jasmin membuka pintu pagar.

"Yaya mana?" mata Mia melilau mencari sepupunya yang seorang lagi itu.

"Yaya tak jadi ikut sebab dia nak pergi keluar dengan makngah dan pakngah."

"Laa dari tadi Mimin sorang lah ni duduk rumah?"

"Ye lah Mia oii..takkan hantu teman pulakk."balas Jasmin

"Haa kang dia datang teman betul-betul kangg baru tahu..dah lah cepatt nanti Taman yang kita nak pergi ni ramai orang pulak." sempat Mia mengusik sepupunya.

"Yee jomm-jommm..ishhh cakap dah macam mak-mak dahh ." bebel Jasmin sebelum masuk ke kereta.

*************************

Banyak sangat perkara yang dibuat dan topik yang dibual oleh mereka sampai tidak sedar yang masa sudah pukul hampir pukul 5:30 petang.

"Ehh Mia , tu 'baju hitam' kann?? " kata Jasmin sambil jarinya menunjukkan ke arah satu pasangan di bawah pokok berhampiran dengan mereka itu.

"Haah tu dia lah." balas Mia pendek. Dia terkejut dan tergamam melihat perempuan di depan 'baju hitam' itu. Mata Mia tidak berkelip melihat perempuan itu.

" Tapi siapa perempuan depan dia tu..mesra semacam jeee..tantah tu tunang dia ..yela dia kan dah tunang patutlahh mesra semacam jee.."Kata Jasmin lagi.

"Hahh!! dia dah tunang?!" suara Mia agak kuat berbaur kecewa.

"Haah dia dah tunang..rasa macam perempuan tu kot tunang dia." balas Jasmin.

Mia terkejut dengan perkhabaran yang baginya buruk itu. Dia hanya senyap membisu. Hatinya remuk dan seperti disiat-siat setelah mendapat tahu 'baju hitam' sudah bertunang dan tambahan lagi melihat kemesraan mereka itu , seperti pasangan yang sangat bahagia.

Melihat wajah Mia berubah sayu, Jasmin terus mengajak Mia untuk pulang.

"Mia jom lah balik..malam nanti kita kene berkumpul untuk makan-makan kann."

"Nah mimin ambil kunci kereta ni dulu. Mia nak buang sampah kejap."Mia terus berlalu pergi ke arah tong sampah yang berada berdekatan kawasan 'baju hitam' itu.Sementara Jasmin telah pergi ke kereta.

Setelah membuang sampah sisa makanan yang mereka makan tadi , Mia mengerling ke arah 'baju hitam' lagi. Melihat senyuman dan tawa Haziq bersama perempuan itu menambahkan lagi sakit di hati Mia yang masih belum pulih itu.Kini sakitnyaa ditambah lagi.

Kolam air mata Mia telah penuh dan air matanya jatuh mengalir lagi membasahi pipinya . Lantas dia mengelap air matanya itu menggunakan tangannya dan terus beredar dari situ. Tidak sanggup lagi melihat kemesraan mereka yang akan membuatkan Mia lagi bertambah merana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience