Special Chapter (19)

Short Story Series 4930

" Mana mama tahuu ni?? Mama nampak ke??" soal Mia.

"Mama nampak lah semalam , tapi saja tak nak tegur .."

Mia tersengih depan ibunya itu.

"Mia nanti kita jadi kan balik melaka sabtu ni ..nak sambut birthday Yaya tu ??" Tanya ibu Mia

"Jadii lahh..apa pulak tak jadi..Mia pun ingat nak rehat-rehat kat sana..penat sikit lah sekarang banyak kerja." luah Mia .

"Hmm bagus jugak..Mia mana boleh penat-penat lagi ..kan lagi sebulan nak kawin dahh anak mama ni..nanti kalau penat tak ada seri pengantin nya tu." kata ibu Mia.
Mia hanya senyum kelat.

**********************

Mia seperti biasa termenung sambil mengambil angin malam di halaman rumah makngah nya . Sementara ahli keluarga nya yang lain berada di dalam rumah. Malam ini , sedara-sedaranya termasuk Mia akan tidur di rumah itu kerana ajakan makngah nya .

"Assalamulaikum ..ehh cik Mia kita ni kat sini rupanya .. puas saya cari tadi kat dalam.. Awak memang suka duduk sorang - sorang sambil ambil angin macam ni ehh??" Tegur 'baju hitam' .

"Waalaikumsalam .. ehh Haziq..hahhaha.. haah saya memang suka duduk sorang-sorang macam ni. Rasa tenang jee..Awak cari saya ke tadi?? " soal Mia . Dalam hatinya penuh dengan perasaan malu dan cuak. Haihh apalah nasib nya sekarang ini.

"Kalau ada saya mesti lagi tenang kan?? hahhahaha ..haah tadi saya cari awak." ujar Haziq sambil tersenyum lebar.

Mata Mia membulat mendengarkan kata-kata 'baju hitam 'itu.Mukanya sudah merah dan jantungnya mula berdegup kencang . Maluu oii!

"Haa..perasaan je awak ni ..A..awak cari saya kenapa eh??" Tanya Mia gagap mahu menukar topik.

"Saya nak ajak awak pergi Taman pagi esok..Dalam pukul sembilan macam tu..teman saya jogging ..tu pun kalau awak free lah.." ajak 'baju hitam'.

"Haa saya okay jee..urmm okay lah saya nak masuk tidur dulu byee , Assalamulaikum." Kata Mia sambil berdiri.

"Okayyy ..byee.. waalaikumsalam ..sweet dreams ..mimpi saya tauu.! " laung 'baju hitam'.

"Eee merepekk !" lantas Mia berjalan laju meninggalkan 'baju hitam' di luar rumah. Perasaannya mula tidak keruan..Haishh geram Mia dengan Haziq itu..suka sangat buat dia gelabah dan malu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience