Special Chapter (22)

Short Story Series 4930

Setelah setengah jam di dalam kereta . Akhirnya mereka sampai di sebuah pantai. 'Baju hitam' turun dari kereta dan membukakan pintu untuk isterinya itu.

"Terima kasihh..ehh kita nak buat apa kat pantai malam-malam ni??" soal Mia sambil memandang ke arah sekelilingnya. Kelihatan beberapa orang sahaja yang berada di pantai pada waktu itu.

'Baju hitam' hanya tersenyum sambil menutup mata Mia menggunakan kain berwarna merah.

"Ehh awakk..kenapa tutup mata saya nii..macam mana saya nak jalan..dah lah nak nikah pun kene tutup muka ..sekarang pun kene tutup lagi." omel Mia panjang .

"Alolololo, awak jangan lah risauu ..Saya kan adaa.." Ujar 'baju hitam' sambil memegang tangan dan memimpin Mia ke arah sebuah meja makan yang khas untuk mereka berdua .

"Surprise!!!" ucap Haziq sambil membuka ikatan di kepala Mia .

"Wowww!! candle light dinner !! awak buat semua ni untuk saya??" Tanya Mia matanya tidak lepas memandang ke arah meja yang cantik dihiasi dengan bunga , lilin dan belon-belon disekelilingnya.

"Mestilahhh untuk awakk sayanggg.. Demi awak , saya sanggup buat apa sahaja tauu.." ujar Haziq sambil senyum manis dan memegang tangan isterinya.

"Awhhhh.. awakk nii..terima kasihh sangatt- sangattt! " ucap Mia terharu.

'Baju hitam' tersenyum dan mereka berdua duduk sambil bersedia untuk makan.

"Ehh wait..sebelum makan saya ada satu lagi surprise .."

"Haa ..ada lagii..okayy-okayy apa diaa ??" kata Mia . Senyum masih tidak lekang dibibirnya.

"Nahh ..Happy Birthday Mia!!.. Ni untuk awakk" 'Baju hitam' memberikan sejambak bunga rose merah dan di tengah bungkusan bunga itu terdapat sebuah kotak baldu berwarna merah.

"Alalalalala..sweetnya suami Mia niii...wahh!! gelangg ...Terima kasihh .. Nak awak pakaikan boleh takk??" Mia menghulurkan kotak itu kepada suaminya.

"Kasih diterima .. Of course lah boleh .." balas 'baju hitam' sambil membuka kotak itu dan memakai kan gelang yang berwarna emas putih itu ke tangan Mia .

" Awak..awak nak tahu tak ..sebenarnya kan saya pernah crush kan awak tauu..time kita first time jumpa kat kenduri kawin mama saya dengan pakteh tu. Saya ingat lagi awak masa tu pakai baju kurung warna ungu dengan tudung biru gelap dengan cermin mata besarnya..Eeeee comell betull!! " Cerita 'baju hitam' pada Mia sambil menyelitkan pujian pada isterinya.

"Awakkkk!! maksudnya selama ni memang kita suka sama suka lahh!! sebab saya suka awak pun masa time tu jugak..lepastu saya panggil awak dengan gelaran 'baju hitam' sebab masa tu awak pakai baju hitam kann..." Sambung Mia teruja.

" Haah ..woww, baju hitam ..interesting!! awak ingat lagi ehh.. lepastu kan kita kan memang tak ada gambar ..Saya ada satu lagu ni yang kalau dengar je mesti ingat awak.." 'baju hitam' senyum lebar memandang Mia .

" Awak nyanyilah ..saya nak dengar!" mata Mia bersinar-sinar mahu mendengar lagu untuknya.

"Okayy .. Saya nyanyi.. Hey kamu gadis berbaju ungu , dekat padaku disini~ Hey kamu yang mencuri hatiku nama mu ingin ku tahuu~" Nyanyi Haziq.

"Awakk kita memang samaa lahh!! Saya pun kalau dengar lagu tu memang ingat awak..Saya pulak nak nyanyi.. Senyumanmu , buatku tersenyum malu~ Lirikanmu , memberi panahan kalbu.. Oh sayangku~ dengar lah bahawa diriku ku perlu kamu~..Saya rasa lirik yang atas tu memang kena dengan awak tauu.." Mia bersyukur sangat . Dia berasa amat gembira sekali. Dengan kehadiran 'baju hitam' sebagai suaminya.

"Okayy kalau macam tu kita nyanyi part bayanganmu tuu." dalam kiraan tiga mereka menyanyi bersama-sama .

BAYANGANMU~
BUATKU TERINGATKANMU DI MALAMKU~
KU SELALU MERINDUKANMU , OH SAYANGKU ~
DENGARLAH BAHAWA DIRIKU KU PERLU KAMU~

"Tapi kan awak ..Saya nak tanya..Dulu-dulu kan..Kalau awak ingat lah kita kan pernah berjumpa dekat taman ..Saya nampak awak dengan seorang perempuan tu..siapa dia tu.. girlfriend awak ehh." Duga Mia sambil mengecilkan matanya memandang 'baju hitam'.

"Ouhh..waktu tuu..ehh mana ada girlfriend tu sepupu saya lah...dia belajar overseas tu yang jarang nampak dia tu..Saya sejak first jumpa awak tu...Saya terus tunggu awak je tauu..Takde nya tunang , or girlfriend ..sebab tu dah duapuluh lapan tahun ni saya masih single sebab saya minat kat awak seorang je." terang 'baju hitam' panjang lebar.

"Ouhhh..samalah macam saya ..Saya pun tunggu je awak..sampai sekarang..Saya bersyukur sangat-sangat bila dapat tahu yang awak ni suami saya.." Mia terharu dengan penjelasan suaminya.

"Awak , saya berdoa agar kita akan kekal sampai ke jannatul firdaus .. Jodoh kita panjang..Tak ada siapa-siapa pun yang dapat pisahkan kita melainkan Allah dan maut..Saya akan ada dan jaga awak sampai lah hujung nyawa saya..Saya takkan tinggal kan awak..Awak pun jangan tinggalkan saya tauu..Saya cintakan awak , fisabilillah." kata 'baju hitam' sambil memandang Mia .

"Amiin...saya pun takkan tinggalkan awak ..Saya pun cintakan awak, fisabilillah." Mia membalas pandangan suaminya dengan senyuman. Dia berdoa agar jodoh mereka panjang dan akan rumahtangganya akan kekal sampai lah ke syurga firdaus.


~TAMAT~

*Assalamulaikum..haii readers2 kesayangan Mia .Mia nak ucap terima kasih banyak2 kerana sudi baca novel Mia yang tk seberapa ni....dengan ini novel Crush Itu Sepupuku telah tamat ..setamat-tamatnya ..hihihihi..terima kasihh sangat2 atas semua sokongan korang semua..mia amat2 lah hargainya. Insyaallah penulisan Mia tidak sampai di sini sahaja ..cuma novel baru tu buat Masa ni Tak Ada lagi..sebab Mia nak fokuskan pelajaran dulu...hehehehe..dan masih banyak yang perlu dipelajari dalam bab2 penulisan novel nii..Mia berdoa agar kita semua dapat menjadi penulis yang berjaya suatu Hari nanti..Dan berjaya di dunia dan di akhirat.. insyaallah..mia nak mintak maaf ats semua kekurangan novel Mia ni..Mia kan Cuba perbaiki lagii dan lagii..Byeee readers2 yang disayangi Mia semuaa..Mia rasaa Mia akan rindu so muchh dengan Mia dan 'baju hitam'..Okayy lahh..byee Assalamulaikum! >>3..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience